Harimau vs Garuda

harap2 otromen tak de esok~

Esok Final 2nd Leg Malaysia lawan Indonesia. Tak tahu Malaysia pakai jersi warna apa. Kalau pakai jersi biru jugak, anggaplah mereka bukan percaya pada tuah baju biru itu, tapi mereka beriktikad bahawa jersi biru merah itu adalah jersi utama Malaysia berdasarkan jalur gemilang. Bukan apa, ada orang cakap jersi warna kuning hitam itu hanyalah mewakili FAM, bukan Malaysia. Boleh terima??

Bila dah menang 3-0 ni, ramai je yang tetiba minat bola sepak Malaysia. Suratkhabar pon tiap2 hari siar berita keyakinan Malaysia untuk juarai Piala Suzuki AFF kali pertama, pakcik2 yang kutuk kaw2 sebelum ni pon dah senyap sepi..bravo Rajagopal!

Seandainya kalah, nampak tak apa yang akan berlaku? Pakcik2 mulut laser tadi kembali bersuara, pemain2 Malaysia kena kutuk balik dan berita EPL kembali memenuhi berita sukan. Ngee, itulah umat Malaysia yang tak pernah nak komited menyokong pasukan bola sepak sendiri=D Bila menang sokong, bila kalah kutuk..cuba main sekali bro~

Harap2 andai Malaysia menang, takdelah penyokong Indonesia nak buat onar, siap bawak buluh runcing ke kan..mintak jauh la yea..semoga dilindungi semua dari kehilangan waras yang membahayakan. Tapi masih tiada berita jaminan pihak keselamatan Indonesia berkaitan perlawanan final esok, mungkin ada dalam berita hari ni kot..

Akhir kata, selamat berjuang buat pasukan Malaysia, kekalkan corak permainan yang menarik, jaga emosi, kuatkan psikologi kalian <--nasihat atas dasar berita ini. tak pasal je kan. pemain tengok bola, tapi entah le kan..ke saja nak alihkan pandangan laser ek?ishk3 macam2.

Juga buat peminat2 bola sepak tanah air, selamat menonton dan menyokong, walau di mana saja anda berada, jangan main laser yeppp (kang ada yang suluh kat laptop/tv masing2 kan) =D


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

0 Comments to "Harimau vs Garuda"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft