Mati Itu Pasti~


Assalamualaikum wbt.

Sudah lama saya memencilkan diri di alam blogger ini kerana sedikit terpengaruh dengan tarikan Facebook. Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang masih sudi mengunjungi laman ini namun jutaan kemaafan juga dipohon di atas kelembapan blog ini untuk dikemaskini. Akibat tercabar dengan laman Tarmizi dan Kasihduahati, saya terpaksa menguatkan diri untuk menulis pada malam ini..=)

Yang Hidup Pasti Akan Mati..

Awal pagi Sabtu yang lepas, saya telah bermimpi berjumpa dengan nenek saya. Dalam masa yang singkat itu, dia memberi sedikit pesanan. Selepas saya terjaga dari tidur untuk solat Subuh, saya cuba untuk ingat apa yang dimimpikan tadi kerana jarang-jarang sahaja saya mengingati kronologi mimpi-mimpi saya. Saya memikirkan julung-julung kali saya bermimpi mengenai nenek saya.

Semasa bersiap untuk ke kelas pada pagi itu, tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada Abah di Malaysia yang membawa berita duka. Nenek sebelah Ma saya telah kembali ke Rahmatullah..Terkedu seketika memikirkan tentang berita itu dan juga mimpi saya awal pagi tadi. Apakah tafsiran pada mimpi itu?Wallahualam~

*Maaf, saya bukanlah seorang pencerita yang baik. Semoga rohnya dirahmati ALLAH. Ameen.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

9 Comments to "Mati Itu Pasti~"

  1. salam..moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.InsyaAllah.

  2. eh..heheh..
    ye..solehah..
    peace!

  3. salam takziah...
    moga roh arwah di tempatkan dikalangan para solehin...
    ameen...

  4. Pelawat

    هو الموت ما منه ملاذ ومهرب...إذا حط ذا عن نعشه ذاك يركب
    لا الموت محتقر الصغير فعادل...عنه ولا كبر الكبير مهيب

    فلتصبر ولتحتسب

  5. Pelawat

    http://www.youtube.com/watch?v=9Ekp9gb1_kw&feature=related

    Semoga terubat kedukaan

  6. slm takziah..
    tabahkn hati kmu=)

  7. mekaseh sume..smoga arwah dirahmati~

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft