Pertama kali saya disaman adalah ketika memandu kereta melalui road-block polis di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu dari SMA Khairiah menghala ke Pantai Batu Burok. Ketika itu saya bersama sahabat saya, Fitri Rashid. Saya mengaku bahawa saya lalai kerana terlupa untuk memakai tali pinggang keselamatan. Sedang ketika menyedari road-block di depan, saya sibuk memeriksa lesen dan IC sehingga terlupa bahawa saya terlupa memakai tali pinggang keselamatan.
Bila ingat kembali, kelakar pun ada. Risau sangat pada lesen, padahal tali pinggang keselamatan itu adalah lebih utama sebab boleh nampak dengan jelas jika tidak memakainya. Jika pakai tali pinggang keselamatan itu, mungkin tertinggal lesen pun tak mengapa sebab boleh lepas dari polis tu. Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya bersama polis dan saman.
Secara amnya, saya boleh simpulkan bahawa keluarga saya adalah keluarga polis. Ramai daripada ahli keluarga saya berkhidmat dengan PDRM. Bermula dengan datuk sebelah emak saya, tujuh orang ayah saudara saya dan empat sepupu saya; semuanya pernah dan sedang berkhidmat bersama PDRM. Tidak ketinggalan, ramai ayah kepada kawan dan kawan serta kenalan saya sendiri juga adalah berkhidmat sebagai polis.
Saya juga dibesarkan dengan drama bertemakan polis seperti Gerak Khas dan Polis KL ( Kalau tak silap saya). Hakikatnya saya amat berbangga dan menghormati profession polis ini atas dasar menjaga keamanan dan keselamatan negara (rakyat).
Namun, ibarat kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana beberapa kerat polis yang tidak menjalankan amanah mereka dengan baik, habis nama PDRM menjadi buruk. Saya kecewa dengan perkara ini dan saya rasa perkara ini patut dibaiki dengan sebaiknya. Saya tahu tugas polis bukanlah menyaman rakyat semata-mata, tetapi melindungi dan mendidik rakyat supaya berdisiplin dalam menjalani kehidupan seharian. Kepercayaan, Integriti dan Professional polis perlu dikembalikan. Saya sayang polis bukan kerana semata-mata saya anak saudara kepada Ketua Polis Pahang, tetapi kerana saya seorang rakyat Malaysia. Saya sayang polis!
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
Kita perlu faham berkenaan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini. Perhimpunan ini bukanlah seperti demonstrasi rakyat Mesir di Medan Tahrir. Bukan bertujuan untuk menentang kerajaan pemerintah, tetapi untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil. Hak demokrasi pada parti yang bertanding dan hak demokrasi pada rakyat yang mengundi. Itu kena faham.
Saya pelik juga bila terbaca berita MCA akan memecat ahlinya yang menghadiri BERSIH 2.0. Mereka yang menghadiri BERSIH 2.0 bukan menentang gabungan BN, tetapi hanya memperjuangkan demokrasi dan menggesa SPR- Pengadil dalam pertembungan parti-parti politik di Malaysia. Jika dibuang keahlian MCA, mereka sudah tidak boleh masuk UMNO (khas untuk Melayu) atau MIC (khas untuk India) dah selepas ini, pasti mereka akan menyertai PAS + PKR + DAP yang menerima keahlian tanpa prinsip perkauman sempit. Ini satu tindakan yang merugikan bagi sebuah parti politik yang mengharapkan undi.
Kenapa sesetengah pihak perlu berasa takut dengan perhimpunan dan tuntutan BERSIH 2.0 ini jika berada di pihak yang betul? Saya pernah terdengar kata-kata seorang pemimpin dari pihak tertentu yang berbunyi, "Saya pantang dicabar". Ayuh, kita terima cabaran ini, luluskan tuntutan mereka, dan kita test-power kita. Kalau menang kita puas hati, kalau tewas pun, kita tetap puas hati, kerana ini semua adalah pilihan rakyat Malaysia. Kenapa perlu takut dengan BERSIH 2.0 jika kita sudah bersih?
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
Baru-baru ini saya dan sahabat-sahabat telah merancang untuk bercuti di dalam negara. Yelah, sebelum ini, habis saja peperiksaan semester musim sejuk, semua terbang sana sini. Dalam negara tak main, semua nak gi jauh-jauh, luar negara. Lepas peperiksaan semester musim bunga ni, semua senyap je. Dah takde yang terbang-terbang. Bajet dah tak cukup lah tu. He.
Jadinya, kali ni kita bercamping di dalam negara je lah yea. Lagipun saya dah lama tak berjalan dalam negara ni, last sekali masa tahun pertama di sini. Tahun 2,3 dan 4 memang saya banyak ke tempat-tempat jauh dalam negara, tapi bukan atas dasar bercuti. Semua atas dasar urusan kerja, iring tetamu dan lawatan anjuran persatuan. Bercuti sendiri di dalam negara, tahun pertama dan saya amat merindui saat itu.
Kali ini, kami berkelah dan bercamping di Chefchaouen, bandar biru yang dibina di atas bukit. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini. Cantik. Tenang. Sentosa. Orang-orang dia pun cantik-cantik dan baik-baik kat sini. Orang cakap orang Morocco belah utara ni memang cantik-cantik. Tapi kalau kat Malaysia, orang belah pantai timur yang manis-manis, yang sweet-sweet. Orang cakap lah. No komen.
Kami berkelah di Akshor, sebuah kawasan air terjun 45 minit dari pusat bandar Chefchaouen. Sebelum sampai ke tempat air terjun ini, kami terpaksa mendaki bukit dan merentasi hutan. Walaupun penat, namun kami rasa amat berbaloi kerana akhirnya sampai ke destinasi yang dihajati dan air terjun yang bukan sejuk, tapi menyegarkan. Malas nak cerita panjang-panjang, gambar di bawah mengisahkan 1001 ceritera percutian dua hari satu malam kami bersembilan:)
Dalam perjalanan nak balik pon, ada lagi yang sebut nama tempat ni "Chefwan".
Pemandangan Morocco yang kaya dengan pertanian.
Bandar Biru Chefchaouen - 260KM dari Rabat
Sampai di Akshor, kawasan air terjun 45 minit dari bandar Chefchaouen
Bermulanya pengembaraan mendaki gunung dan merentas desa sebelum sampai ke destinasi yang dituju
Nampak pun dah best kan?:)
Kami
Dan kami lagi
Hotel Al-Manar, 60dh semalam. Selesa dan Best.
Sarapan pagi kami di beranda hotel (+15dh) sambil berangan sarapan di rumah sebegini rupa setiap hari.
Bersambung...
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
Alhamdulillah, akhirnya tesis yang ditugaskan untuk kami setiap pelajar tahun akhir di sini, berjaya saya siapkan. Untuk makluman semua, kami di sini ditugaskan untuk menyiapkan tesis pada semester akhir (subjek wajib) manakala praktikal adalah khusus untuk pelajar bidang Pengajian Islam di Universiti Mohamed El-Khamis, Rabat sahaja. Mengenai praktikal, saya sudah menulisnya di sini. <--
Namun menjadi kekecewaan kami, walaupun kami mempunyai tugasan tesis dan praktikal, tetapi sijil ijazah kami masih belum mendapat penaiktarafan dari pihak JPA. Tidak tahu dimanakah silapnya, tapi bagi saya, kami pelajar-pelajar di Morocco ini juga berhak dapat sepertimana sahabat-sahabat di Timur Tengah yang lain dapat; penaiktarafan ijazah- daripada Ijazah Am kepada Kepujian. Tambahan pula, sistem pemarkahan di sini sedikit menyesakkan. Tanpa menafikan ada sebahagian pelajar di sini mendapat Kepujian secara langsung, namun kebanyakannya masih di peringkat Ijazah Am walaupun kualiti mereka boleh dibanggakan. 'Mereka' itu merujuk kepada senior-senior saya yang sudah graduan.
Muka Belakang
Kami pelajar-pelajar di sini menggunakan sistem pemarkahan sama seperti pelajar-pelajar di Perancis. Kerana Morocco merupakan salah sebuah bekas tanah jajahan Perancis sebelum ini. Bahasa kedua di sini juga adalah Bahasa Perancis. Markah kami hanya per 20. Tiada CGPA seperti di Malaysia. Dan sangat tidak adil bagi kami jika markah kami cuba untuk didarabkan lima bagi mengetahui peratusan keseluruhan. Sekali lagi, sangat tidak adil. Kenapa? Kerana sistem yang membezakannya.
Kecuali beberapa universiti di Morocco yang mudah dan memudahkan, pelajar-pelajar di Universiti lain perlu bekerja sangat keras untuk mendapat Kepujian di dalam ijazah mereka. Saya berharap suara ini dapat didengari oleh pihak yang bertanggungjawab. Dan jika mempunyai kesempatan dan peluang, mahu juga saya berusaha untuk menyelesaikan isu yang telah saya dengar sejak saya tahun pertama lagi di sini. Sehingga sekarang, saya di tahun akhir, masih tiada penyelesaiannya. Mana tidaknya, usaha pun tidak nampak bayang-bayang. Cakap, bincang, senyap. Cakap, bincang, senyap. Ulangan rutin yang saya sendiri tidak pasti bilakah pengakhirannya.
Siap Dicetak
Berbalik kepada topik utama, tajuk tesis saya adalah "Dakwah Islamiah di Malaysia", berkonsepkan pengumpulan maklumat dari pelbagai sumber. Saya akui, kajian yang dilakukan ini masih banyak kekurangannya. Masih banyak yang perlu dikaji dan ditambahbaik memandangkan masa dan peluang untuk membuat kajian ini dengan lebih mendalam juga sangat terhad. Menjadi harapan saya untuk menyambung kajian ini demi kemaslahatan dan keberkesanan dakwah di Malaysia. Ramai orang berdakwah, tapi tidak banyak dakwah mereka berkesan. Dengan pelbagai alasan, kita menyatakan itu adalah 'sunnah orang berjuang', namun dalam masa yang sama, kita ego dengan kelemahan kita sendiri. Kita harus terima itu sebagai cabaran.
Harapan saya untuk tesis saya ini adalah supaya kajian yang dibuat dapat menjadi asas dan langkah mula kepada hala tuju dan masa depan dakwah di negara kita. Dengan kehidupan di era globalisasi yang semakin mencabar ini, usaha dakwah untuk mengajak manusia ke arah Islam perlu seiring dengan kemajuan tanpa mengabaikan prinsipnya dan memerlukan sandaran ilmu-ilmu lain seperti ilmu Maqasid, IT, Psikologi, Komunikasi dan banyak lagi. Semoga Allah memberi kekuatan untuk meneruskan usaha ini, insyaAllah~
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
Apakah yang diharapkan daripada 'Negara Kebajikan'? Bagi saya apa yang saya harapkan adalah :-
1. Menambahkan 'subsidi' / menurunkan harga barang-barang keperluan harian rakyat seperti minyak petrol, elektrik dan gula. Jika harga barang rendah, pasti kurang tuntutan kenaikan gaji dari pekerja-pekerja. Hipotesisnya, semakin rendah harga barang, semakin kurang tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja-pekerja. Setuju? Kenapa perlu mengurangkan subsidi negara sedangkan klaim pimpinan yang tak perlu sentiasa dipenuhi/berlebihan?
*Sebelum ni saya ada bercakap bersama seorang pegawai kerajaan Terengganu yang menetap di Besut, daerah paling hujung Terengganu bersempadan dengan Kelantan. Dan beliau mengakui bahawa beliau dan keluarga banyak membeli barang-barang di Kelantan atas sebab di Kelantan lebih murah berbanding di Terengganu. Mungkin kalian lebih tahu daripada saya apakah sebabnya.
2. . Saya fikir pemimpin perlu mengurangkan klaim/tuntutan kewangan yang tidak perlu seperti lawatan beramai-ramai ke luar negara. Kadang-kadang ahli rombongan melebihi orang yang hendak dilawati. Satu lagi, saguhati yang hendak diberikan kepada yang dilawat itu adalah lebih sedikit berbanding dengan perbelanjaan orang-orang besar ini datang membuat lawatan. Saya bercakap dari pengalaman.
Saya lihat ini lebih kepada mengambil kesempatan melancong (mungkin?) walhal hasil daripada lawatan ini untuk masyarakat umum tidak dapat dirasa. Saya pernah terfikir, berapakah duit rakyat yang telah habis ketika mereka melawat kami di sini. Kalau mahu berikan kepada kami sedikit bantuan atas dasar rakyat/mahasiswa, saya rasa kemudahan bank-in sekarang ini ada di mana-mana. Menjimatkan mungkin beribu-ribu ringgit duit rakyat dan dalam masa yang sama matlamatnya sampai. Nak beri duit kepada kami, berilah. Kami tak marah, kami tak halang, bak kata pepatah, 'kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan'. Tapi janganlah sampai membazirkan hak adik-beradik kami yang lain pula.
3. Saya berharap agar kerajaan mengurangkan projek-projek gajah putih. Projek yang hanya menguntungkan kroni-kroni, tanpa tender terbuka dan hasil yang tidak memuaskan. Bocor. Runtuh. Retak. Projek berjuta-juta, hasil hanya untuk kualiti ribu ringgit. Juga harap kerajaan kurangkan projek-projek yang tidak membawa hasil pelaburan yang menguntungkan rakyat. Taman Tamadun Islam yang kian lama kian kelam? Kompleks Paya Bunga? Bangunan di depan Pasar Kedai Payang? Lapangan Terbang KT yang sempit? Aduh, itulah duit-duit rakyat. Lepas ni mahu bina menara berkembar 30 tingkat pula?
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
Tahun Akhir Pengajian Islam,
Kuliah Adab dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Mohammed El-Khamis,
Rabat, Morocco.
Myself : Berpendidikan Aliran Agama-Family-Social Network & Friendship-ALUMNI-Management & Admin-Politik-Sportive-Football-Bowling-Swimming-Pingponging-Travelling-Matured-Comel.
Ta’rif Bid’ah (Bahagian 2)
-
Assalamualaikum w.b.t… Pada minggu lepas kita telah membincangkan tentang
manhaj ulama dalam berta’mul dengan perkara-perkara baru. Maka secara
umunya ada ...
Jamal Abdul Naser, Anwar Sadat Dan Hosni Mubarak
-
Bismillahirrahmaanirrahim Jamal Abdel Naser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak
adalah tiga orang bekas presiden Mesir. Ketiga-tiga mereka dikisahkan
berkumpul ...
Ayuh Membina Cinta !
-
Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera buat semua ! sambil menaip , sambil mendengar lagu Muslimah
by Nazrey Raihan... best and very meaningfull...try la d...
Mereka pergi...
-
DI HARI PEMAKAMANMU
Kandaku,
siapalah aku
untuk menghalang
pemergianmu...
kerana
hakikatnya
kau pergi
menemui
Kekasih Sejati dan Hakiki...
Tuhan Yang Esa.
...
Allah sayangkan kita, hambaNya.
-
Assalamualaikum semua.. Apa kabar korang semua? Apa kabar iman dengan Allah?
Allah sangat sayangkan hambaNya.. everybody knows it. Tapi ada juga
menafika...
Barakallah Lakuma 2
-
[image: N2R1]
Gambar wajib - Iman Haikal selepas 8 bulan
Baiklah, pada 11 dan 12 Mac 2012 baru-baru ini, alhamdulillah telah selamat
sudah
majlis akad nika...
Graduasi
-
Aku ada kisah menarik sebenarnya berkaitan dengan graduasi ni. Tahun lepas
aku terlepas majlis graduasi sendiri sebab terlepas kapal terbang! ahaha 2
kali ...
Dari Bawah
-
Esok genap setengah bulan bagi bulan Mac. Tetapi, ini entri pertama saya
untuk bulan ini. Menyorot kembali dua bulan sebelumnya, saya hanya mampu
menulis t...
in person Tan Sri Datuk Seri Pandikar Amin Mulia
-
In Person Tan Sri Datuk Seri Pandikar Amin Hj Mulia.
jam 11.30 am saya sudah terpacak di hadapan masjidilharam. Saya menyaksikan begitu ramai orang berpusu-...
Kubah-kubahmu Kian Pudar
-
Laporan Rehlah Andalusia ; Seville, Granada, Cordoba (SGC) 2012
Tanggal 24 Februari 2012 hingga 28 Februari 2012, Persatuan
Mahasiswa Malay...
selamat datang sayang !
-
ahlan wasahlannn wa marhaban bikumm!
hari ini lina menerima tetamu khas dari dua negara. huuu~
1 --- > dari Malaysia
2 ---> dari Indonesia
waa. menarik sa...
Kaunter E9
-
Assalamualaikum.
2009 @ KLIA
Aku sampai ke KLIA bersama keluarga tercinta. Jam menunjukkan pukul 2 pagi.
Mata-mata manusia yang aku sayangi masing-masing...
:: Tanggungjawab Kita ::
-
Assalamualaikum wth,
Sekali lagi blog ini ditinggal sepi tanpa berita.
Adakalanya tak dapat dinafikan, *Muka Buku* menjadikan banyak blog sepi
tanpa b...
konfius
-
assalamualaikum wbt.
korang penah konfiusx?
mase tadika dulu aku penah konfius antare nombor lima dan buah limau...
taw je ,lima tu nombor dan limau tu plak...
Muhasabah Cinta
-
Assslamualaikum..
apa khabar semua?dah lama udy x update blog ni..insyaAllah..entry kali ni
udy de buat cover sedikit lagu yg menarik lirik dan lagunya dari...
setelah sekian lama
-
fuh.... 10 bulan ditinggalkan. habuk tebal bape inci tah. dasat2. kalo
umah, sure kena mop balik lantai pe semua. kn?
actually, tengah mengantuk... penat n...
yang dirindui
-
rindukan ukhuwwah di sana
biah mesir menggamit rindu
rindu akan mereka di sana
indahnya kalau mereka ada di sini
indahnya kalau dapat berada di sana
bersama...
Rindu Wangian Kus-Kus
-
Ingin berkongsi dengan sidang pembaca video keadan persekitaran Universiti
Hassan II, Mohammedia Morocco tempat sy menuntut ilmu ketika di sana.
Kredit unt...
Pilu pulak rasanya....
-
Hari nih...aku belek balik coretan2 aku di blog nih....perghhh rasa macam
lama sangat aku tak update blog Daunkuchai yg penuh nostalgia nih.....rasa
macam ...
Bersama itu indah 1
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah dengan kehendaknya masih mampu bernafas, melihat dunia dengan
nikmat penglihatan, ...
lamanyaaa..
-
Assalamualaikum wbt..
Lamanya saya tak update blog..sebenarnya rindu sangat2 nak cerita2 kat
sini..
Pernah je ada niat untuk tutup blog ni..tapi sayang se...
Salam Tahun 2012
-
Assalamualaikum wth.
Pertamanya, aku ucap salam tahun baru 2012 kepada semua yang nak baca blog
ni. Sekejap sungguh aku rasa 2011 pergi. Macam angin sendaw...
PERTAMA UNTUKMU
-
Assalamualaikum...
Kerana aku seorang lelaki,
Yang pasti ingin mencari yang terbaik,
Untuk menyempurnakan hidup ini,
Tetapi diri ini bukan sehebat Saidina...
Hingga Kini
-
TIDAK tahu apa yang mereka fikirkan. Hingga hari ini, sedariku masih
berdiri dengan sehelai selendang yang kusimpul kemas di keliling pinggang;
di dadanya ...
Menutup tirai
-
Assalamualaikum warohmatullah.
Catatan di blog ini terpaksa menutup tirainya kerana terdapat masalah yang
tidak dapat dikenal pasti oleh Penulis. Jika diiz...
RINDU
-
lama nya tak buka blog ah....rasa dah macam dalam gua banyak sarang labah2
ahahahaahahha.........biasalah sebuk nak balik malaysia kan lagi2 dah ada
anak k...
Yesterday Was The 1st Day Ever.
-
Yesterday, 26 September 2011 was my first day being a TEACHER for
somewhile. I was inspired to write this post when my eyes started to see
and my mind s...
A Simple Thought
-
Second year second. Harap peristiwa itu memberi hikmah yang aku nampak.
Setiap kejadian itu pasti terjadi dengan reason yang munasabah. Cuba untuk
pulihkan...
Pembuka Bicara
-
Assalamualaikum WBT..
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang masih meminjamkan kita nikmat
usia.Semoga dengan nikmat umur yang Allah kurniakan ini menja...
Kepada Kamu…
-
BEBURUNG pagi meratib zikir alam lagi. Ya, seperti hari-hari yang lain.
Masih udara yang sama, tetapi dalam nafas yang berbeza. Meniti hari yang
sukar dala...
Siapa Aku ?
-
مَنْ أنَا؟
أنا إن سألتَ القومَ عني مَنْ أنا
أنا مؤمن سأَعِيشُ دَوْمًا مؤمنا
فاليَعْلَمِ الجَميعُ عني ها هُنا
لَنْ أنْحَني لن أنْتَني لن أرْكَنا
Andai ka...
Dakwah kampung…
-
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasiihani…
Alhamdulilah…segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekalian alam… Maafkan
daku… Sudah terlalu l...
Ending Of Rajawalibiru and Beginning of Murabi6
-
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, sudah hampir 3 tahun saya menulis di
rajawalibiru, kini sudah sampai masanya untuk saya beralih ke tempat baru,
dengan ...
ALVISE, DAMIA
-
SOLD (ALVISE)
KAKI, BUNGA LENGAN, SHADOW
RM350
AVAILABLE (ALVISE)
KAKI, TABUR, SHADOW
RM350
AVAILABLE (ALVISE)
KAKI, BUNGA LENGAN
RM350
AVAILABLE (DAM...
Aqidah siri 1
-
Tiada siapa yang akan mengingkari jika kita katakan bahawa pekara yang
paling utama bagi setiap insane di atas muka bumi ini kecapi adalah
mengenal da...
HATI YANG BERDUSTA
-
"Aku redha Allah sebagai tuhanku, dan Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku". Kurun berganti kurun, abad berganti abad, tahun bergan...
..::2010 in review::..
-
The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in
2010, and here’s a high level summary of its overall blog health: The
Blog-Healt...
Tanda-tanda kita sudah jatuh cinta
-
Menurut Ibn Hazm, cinta itu sulit dihuraikan. Namun ada *beberapa tanda
seseorang yang telah jatuh cinta*, iaitu (Sila rujuk /Tuq al-Hamamah/) :-
*Pertama ...
Cerita hati
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Pagi ini sejuk,tenang.
Hati masih kucar.Masih dibelenggu rasa sayu.Terima kasih ya Allah kerana
...
Kepulangan setelah 4 tahun
-
MALAYSIA
Tanah air ku
Setelah 4 tahun aku sudah pulang ke tanah air TERCHINTA
Banyak perubahan berlaku di sana, sana dan situ
tapi MALAYSIA sangat panas ...
Alhamdulillah anak ibu ayah dah 4 bulan
-
Sudah lama rasanya ibu x update blog ni, Alhamdulillah harini ibu
berpeluang untuk menulis tentang perkembangan anak ibu ni. Fateh sekarang
sudah pandai me...
Bercinta kerana Allah
-
*بسم الله الرحمن الرحيم
*
** Sambungan Di Sebalik Doa Rabitah
اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ
Ya Allah. sesungguhnya kamu mengetahui bahawa ha...
MOHON DOA SEMUA
-
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat-sahabat sekalian.
Ana bagi pihak keluarga Kak Nor Atiqah mohon jasa sahabat-sahabat sekalian
untuk solat hajat dan b...
Kirim Isyarat Ancaman untuk Produk Yahudi
-
*Tuan Haji Ismail bin Ahmad *
Pengarah Urusan Herba Penawar Al-Wahida (HPA)
Nama Herba Penawar Al-Wahida (HPA) di Malaysia cukup terkenal. Seperti
naman...
Khutbah Jumaat yang bosan?
-
*(Orang yang selalu tidur waktu khutbah jummaat, tidak lah elok dijadikan
menantu)*
Setiap hari jumaat, ummat islam dari golongan laki laki adalah wajib ...
Isteri Tak Suka, Suami Tak Rela
-
“Aku tahu masa bila engkau redha denganku dan masa bila engkau tidak redha
denganku” kata baginda. Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbual
dengan ...
Serangan rejim Zionis, warga tua terbunuh
-
Jumaat, 16-03-2012 - Serangan udara oleh rejim Zionis pada tengahari Ahad
lalu telah mengorbankan seorang lelaki Palestin berusia 60 tahun dekat
kawasan pe...
SECEBIS KISAH ORANG BERILMU…
-
Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan
merendah diri sesama manusia. Justeru, jika terdapat ahli ilmu yang
sombong, dia h...
Meninggalkan Solat Jumaat
-
ShareDari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan
bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang
berkhutbah d...
Mahasiswa tempatan, keterbukaan
-
Pada hujung Januari, saya akan singgah ke kota London dalam rangka lawatan
kerja ke Eropah, untuk memenuhi undangan menjadi ahli panel di forum
tahunan a...
DEMONSTRASI
-
1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi. 2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua makl...
Profile Facebook aku kena disabled!
-
Masuk bulan baru 1 Mac 2011, Facebook telah disabled aku punya account.
Semasa disable…aku mempunyai lebih kurang: Friends: 500 orang Fanpage
(Owner): 20 G...