Tesis, Kepujian Dan Dakwah


Alhamdulillah, akhirnya tesis yang ditugaskan untuk kami setiap pelajar tahun akhir di sini, berjaya saya siapkan. Untuk makluman semua, kami di sini ditugaskan untuk menyiapkan tesis pada semester akhir (subjek wajib) manakala praktikal adalah khusus untuk pelajar bidang Pengajian Islam di Universiti Mohamed El-Khamis, Rabat sahaja. Mengenai praktikal, saya sudah menulisnya di sini. <--

Namun menjadi kekecewaan kami, walaupun kami mempunyai tugasan tesis dan praktikal, tetapi sijil ijazah kami masih belum mendapat penaiktarafan dari pihak JPA. Tidak tahu dimanakah silapnya, tapi bagi saya, kami pelajar-pelajar di Morocco ini juga berhak dapat sepertimana sahabat-sahabat di Timur Tengah yang lain dapat; penaiktarafan ijazah- daripada Ijazah Am kepada Kepujian. Tambahan pula, sistem pemarkahan di sini sedikit menyesakkan. Tanpa menafikan ada sebahagian pelajar di sini mendapat Kepujian secara langsung, namun kebanyakannya masih di peringkat Ijazah Am walaupun kualiti mereka boleh dibanggakan. 'Mereka' itu merujuk kepada senior-senior saya yang sudah graduan.

Muka Belakang
Kami pelajar-pelajar di sini menggunakan sistem pemarkahan sama seperti pelajar-pelajar di Perancis. Kerana Morocco merupakan salah sebuah bekas tanah jajahan Perancis sebelum ini. Bahasa kedua di sini juga adalah Bahasa Perancis. Markah kami hanya per 20. Tiada CGPA seperti di Malaysia. Dan sangat tidak adil bagi kami jika markah kami cuba untuk didarabkan lima bagi mengetahui peratusan keseluruhan. Sekali lagi, sangat tidak adil. Kenapa? Kerana sistem yang membezakannya. 

Kecuali beberapa universiti di Morocco yang mudah dan memudahkan, pelajar-pelajar di Universiti lain perlu bekerja sangat keras untuk mendapat Kepujian di dalam ijazah mereka. Saya berharap suara ini dapat didengari oleh pihak yang bertanggungjawab. Dan jika mempunyai kesempatan dan peluang, mahu juga saya berusaha untuk menyelesaikan isu yang telah saya dengar sejak saya tahun pertama lagi di sini. Sehingga sekarang, saya di tahun akhir, masih tiada penyelesaiannya. Mana tidaknya, usaha pun tidak nampak bayang-bayang. Cakap, bincang, senyap. Cakap, bincang, senyap. Ulangan rutin yang saya sendiri tidak pasti bilakah pengakhirannya.
Siap Dicetak

Berbalik kepada topik utama, tajuk tesis saya adalah "Dakwah Islamiah di Malaysia", berkonsepkan pengumpulan maklumat dari pelbagai sumber. Saya akui, kajian yang dilakukan ini masih banyak kekurangannya. Masih banyak yang perlu dikaji dan ditambahbaik memandangkan masa dan peluang untuk membuat kajian ini dengan lebih mendalam juga sangat terhad. Menjadi harapan saya untuk menyambung kajian ini demi kemaslahatan dan keberkesanan dakwah di Malaysia. Ramai orang berdakwah, tapi tidak banyak dakwah mereka berkesan. Dengan pelbagai alasan, kita menyatakan itu adalah 'sunnah orang berjuang', namun dalam masa yang sama, kita ego dengan kelemahan kita sendiri. Kita harus terima itu sebagai cabaran.

Harapan saya untuk tesis saya ini adalah supaya kajian yang dibuat dapat menjadi asas dan langkah mula kepada hala tuju dan masa depan dakwah di negara kita. Dengan kehidupan di era globalisasi yang semakin mencabar ini, usaha dakwah untuk mengajak manusia ke arah Islam perlu seiring dengan kemajuan tanpa mengabaikan prinsipnya dan memerlukan sandaran ilmu-ilmu lain seperti ilmu Maqasid, IT, Psikologi, Komunikasi dan banyak lagi. Semoga Allah memberi kekuatan untuk meneruskan usaha ini, insyaAllah~

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

9 Comments to "Tesis, Kepujian Dan Dakwah"

  1. Udy

    bittaufik wannajah . :)

  2. Ameen. Untuk kita semua juga. Terima kasih Ustad Rock. He:D

  3. Ikram, tahniah bergelar graduan. Tesis yang baik, boleh dijadikan buku kalau isinya memang diperlukan oleh rakyat Malaysia!

    Penaiktarafan itu mmg telah lama dibuat. Kadang-kadang "berputus asa utk mengusahakannya". Kalau mengambil masa sehingga 15 - 20 tahun, tapi tak ada implikasi yang diperoleh, kita ada cara lain untuk "membuka mata" mereka yang tidak ambil peduli tentang masalah kita.

    Buktinya, lihatlah berapa ramai graduan Morocco terdahulu (lebih terdahulu dan kini) yang mendapat tempat di pejabat kementerian dalam dan luar negara, di pusat pengajian tinggi, sekolah, penggubal buku teks, penulis buku teks dan banyak lagi. Minoriti kita bukan mampu menjajah segenap bidang yang berkaitan dengan kita di negara kita!

    Ayuh, berusaha!

  4. *Minoriti kita bukannya tidak mampu menjajah segenap bidang yang berkaitan dengan kita di negara kita!

  5. salam..mabrok.
    tajuk tesis kita lebih kurang sama la..:D

  6. tabarakallah! takt nya nk buat bahath tahun depan...

  7. ++Kak KK, choukran kak. Belum graduan lagi, sebab nuqat belum keluar sepenuhnya lagi. Harap2 semuanya khier, insyaAllah. Betul apa yang akak cakap tu, dan akak juga merupakan salah seorang daripada mereka. Kak KK inspirasi kami! :D

    ++Faizee, terima kasih Paiji, kita kan sehati sejiwa:P

    ++Husna, insyaAllah khier. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Bittaufeq buat semua!:)

  8. mohamad faisal kamis

    tahniah ekram...cantikla kulit depan ngan belakang tesis enta...camne nak buat yek?

  9. Terima kasih Ustad. Biasa2 je ni. Buat guna publisher je:)

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft