Praktikal Di UMK-Rabat


Bagi saya, Morocco adalah sebuah negara yang sangat unik. Ada keistimewaannya yang tersendiri. Namun ayat seperti ini adalah sangat klise bagi seseorang mahasiswa, kerana pastinya mereka akan merasakan tempat belajar mereka itu adalah yang terbaik. Jadi, tak perlulah nak gaduh-gaduh tempat belajar siapa yang paling hebat. Masyarakat tak nak tahu pun semua itu, cuma apa yang masyarakat mahu adalah apa yang kita mampu berikan pada mereka.

Saya adalah seorang mahasiswa Pengajian Islam di Universiti Mohamed El-Khamis, Rabat (UMK). Universiti yang saya tak pernah bayangkan sebelum saya mendapat tawaran ke sini tahun 2007 yang lampau. Namun, Universiti inilah yang banyak mendidik saya dan kawan-kawan. Dan lebih meyakinkan saya adalah ramai graduan daripada Universiti ini telah menjadi manusia-manusia yang berjaya.

Di Universiti ini, kami di bidang Pengajian Islam, selain tesis yang perlu dibuat, kami juga mempunyai slot praktikal di semester akhir. Itu sangat unik. Hanya mereka yang Pengajian Islam di Universiti Mohamad El-Khamis, Rabat sahaja yang merasai praktikal di Morocco ini. Praktikal itu mempengaruhi markah peperiksaan kami. Ramai yang menjalankan praktikal dengan mengajar di sekolah-sekolah di sini, termasuk juga saya, saya pernah menjalani praktikal di salah sebuah sekolah swasta berhampiran rumah saya. Alhamdulillah sedikit pengalaman dapat ditimba berkenaan profession perguruan dan juga sistem pengajaran dan pembelajaran masyarakat di sini.

Kami di Rabat telah melalui musim final exam. Namun, sahabat-sahabat di wilayah lain masih belum tamat. Kami di Semester 6 ini juga masih berbaki urusan tesis yang perlu dibentangkan di hadapan supervisor masing-masing dalam masa terdekat. Selamat maju jaya buat semua sahabat-sahabat. Doakan kejayaan kita bersama:)

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

0 Comments to "Praktikal Di UMK-Rabat"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft