Mahasiswa Berprinsip dan Beridealisme


Di sini saya ingin berkongsi satu artikel yang dirasakan amat menarik untuk perhatian sahabat-sahabat yang bergelar mahasiswa. Artikel yang ditulis oleh senior saya di Morocco ini, Aiman Taqwa adalah kesimpulan daripada ucapan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika lawatan beliau ke Morocco pada awal 2009. Link asalnya boleh dirujuk di sini. Video diatas juga merupakan kenangan zaman muda-muda. Tapi sekarang bukan beerti tua, tapi matured. Anda boleh melihat senior-senior anda yang kelihatan sangat comel terutamanya Presiden PMMM pada zaman itu. Selamat menonton, membaca dan mengambil iktibar. Kredit to Aiman Taqwa:)

‘’Alam kemahasiswaan itu adalah merupakan alam yang terbaik dalam kehidupan kita. Banyak ilmu dan pengalaman. Kita juga boleh buat salah di waktu itu. Jika kita sebagai pemimpin pelajar dan kita buat salah, itu adalah pelajar tapi inilah masa yang terbaik dan perlu dimanfaatkan’’

‘’Pengalaman yang paling banyak saya timba untuk menjadi pemimpin dan bersandarkan pada sesuatu prinsip dan idealisme perjuangan itu ialah disebabankan saya di didik ketika menjadi pemimpin pelajar sewaktu belajar dahulu ‘’

‘’Waktu kita jadi pemimpin pelajar sudah tentu kita diterima bukan kerana kita pandai bercakap atau banyak duit tetapi  kerana idealisme kita iaitu apakah prinsip perjuangan kita ?  Apa yang kita hendak bawa pada kawan-kawan kita ? Apakah perkara yang perlu kita rubah ketika pulang ke tanah air? Apa perkara yang perlu kita perbaiki ? Apa perkara yang kita perjuangkan ?  Apa bentu masyarakat yang ingin kita bentuk satu masa nanti ?  Apakah kekurangan yang perlu kita baiki ?  Ini sudah tentu perkara yang kita sentiasa bincang  sewaktu kita menjadi mahasiswa.  Dan jika diberi peluang untuk melaksanakan kerja dan tanggungjawab, inilah yang kita mesti buat dan kita bimbang jika kita menyimpang dari segi perjuangan dan menyimpang dengan apa yang kita sebut dahulu, inilah kawan-kawan yang akan mentertawakan kta.’’

‘’Mereka yang pernah menjadi pemimpin pelajar yang bergiat aktif sewaktu pelajar sepatutnya apabila mereka memimpin sesuatu organisasi satu ketika nanti atau diberi peluang untuk memimpin rakyat ,  mereka mestilah  tidak lari dari  asas dan idealisme perjuangan’’

‘’Pelajaran bukan sahaja di dalam kuliah tetapi suasana sekeliling dan masyarakat. Itulah merupakan guru kita yang paling penting.  Suasana tempat ini tidak ada di mana-mana tempat dalam dunia melainkan orang itu datang ke sini dan inilah yang kita mesti ambil ‘’

“Alangkah ruginya setelah kita belajar beribu batu tetapi tidak ada kawan di sekeliling tempat kita belajar.”
“Mereka yang belajar di universiti itulah yang akan menduduki jawatan-jawatan penting satu masa nanti dan anda punyai hubungan yang berterusan dengan mereka,
**********
Di atas merupakan petikan-petikan ucapan Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika program majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama beliau di Rabat. Walaupun ucapan beliau hanya sekitar setengah jam, banyak juga manfaat yang boleh di ambil. Apa yang begitu menarik, ucapan beliau langsung tidak menyentuh soal politik tertentu tetapi lebih kepada kehidupan mahasiswa, cabaran ,halatuju dan idealisme yang patut ada pada  seorang mahasiswa itu sendiri. Persoalan yang perlu kita tahu, apakah hasrat kita satu ketika nanti? Apakah cita-cita kita? Apakah impian kita?  Adakah hanya sekadar  mendapatkan segulung ijazah? Hanya untuk mencari sebuah kerja? Atau jauh kehadapan lagi?  Segala jawapan  dari persoalan-persoalan ni sebenarnya bermula daripada prinsip perjuangan kita yang dilahirkan ketika di alam mahasiswa ini sendiri. Maka, apa  pula prinsip perjuangan kita? Ucapan beliau memberi  gambaran betapa pentingnya  peranan mahasiswa  dalam membentuk sebuah  masyarakat dan negara  serta cabaran yang perlu dihadapi oleh mahasiswa itu sendiri.  Ya,  mahasiswa adalah satu elemen penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat.   Cukup unik.   Cukup hebat.  Mahasiswa perlu tahu, apakah yang mereka perlu buat di masa hadapan nanti untuk masyarakat dan negaranya.

Saya mendengar ucapan beliau di malam tersebut dengan memandang beliau sebagai seorang aktivis mahasiswa satu ketika dahulu, seorang yang berjaya  hasil dari  aktifnya beliau di alam kemahasiswaan dahulu  dan seorang yang punyai banyak pengalaman ketika di alam universiti itu sendiri, bukan sebagai ahli politik.
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

0 Comments to "Mahasiswa Berprinsip dan Beridealisme"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft