SK (Baca Eskay) Yang Memang K
Ini adalah post kedua untuk hari ini. Time ada semangat nak menulislah tu. Tapi, masih lagi dalam bab politik nasional. Kepada yang kurang minat berpolitik, harap maaf. Namun bagi saya, biar kita tidak main politik pun, tapi ada baiknya juga kita mengikuti perkembangan semasa politik tanah air kita. Kerana semua politik berkisarkan tentang rakyat. Dan rakyat itu adalah kita.
Kemenangan Mat Sabu dan Husam Musa dalam pemilihan pucuk pimpinan terbaru PAS membuka mata semua ahli PAS termasuk pemerhati seperti saya. Nampak lebih segar, kuat dan aktif. Dan saya juga percaya pihak lawan PAS sedikit terasa takut dengan perkembangan ini. Ini bukan suatu andaian, namun jelas dapat dilihat di media massa, blog pro-pihak lawan PAS dan juga di FB.
Mungkin pihak lawan PAS lebih suka melihat PAS lebih lemah berbanding mereka. Dan sekarang ini, mereka merasakan kekuatan PAS semakin kuat dan berpengaruh. Banyak propa yang telah dibuat terutamanya di media massa yang diikuti oleh rakan sebaya nenek saya. Komen-komen dari pemimpin-pemimpin mereka juga sentiasa sinis dan 'tak nak kalah'.
Contoh artikel dan komen saya di bawah. Dan ada juga segolongan pengikut-pengikut bawahan mereka mengomen mengalahkan ahli seumur hidup PAS sendiri.
Saya melihat barisan kepimpinan kali ini lebih kemas berbanding sebelumnya. Lebih kuat dan bersemangat mengikut arus masyarakat Malaysia masa kini. Saya sebagai generasi baru sudah lali dengan politik lapuk yang sempit dan tidak mendidik. Saya tidak taksub kepada mana-mana pihak, namun untuk setakat ini, saya ingin melihat harapan baru kepada PAS sebagai parti alternatif yang mampu melindung kami sebagai rakyat Malaysia mengikut perlembagaan manusia dan sebagai khalifah mengikut perlembagaan Allah.
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
0 Comments to "Pihak Lawan PAS Tak Senang Duduk"
Post a Comment