Setakat ini saya bukan ahli politik nasional. Sekadar pemerhati politik nasional dan mungkin boleh dikategorikan sebagai ahli politik mahasiswa. Mungkin. Sejak sekolah menengah saya menceburi bidang politik pelajar/mahasiswa ini, ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Nama pun politik. Dan ada juga yang berpendapat politik itu sesuatu yang kotor. Apapun saya tidak mahu ulas lagi berkenaan itu.
Apa yang ingin saya sentuh kali ini adalah berkaitan barisan kepimpinan sebuah parti politik di Malaysia yang baru sahaja melabuhkan tirai muktamarnya semalam; PAS. Saya bukanlah ahli PAS dan saya juga bukanlah berasal dari keluarga yang kuat PAS. Saya adalah pemerhati, pengikut perkembangan politik semasa, seorang mahasiswa, dan juga seorang rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi. Macam orang kampung saya cakap, matured but still young.
Saya pelik kenapa golongan yang menyokong PAS terikut-ikut dengan rentak media massa dengan melabelkan PAS terbahagi kepada dua puak; Ulama & Professional. Bagi saya, PAS tidak perlu mengikuti apa yang direka oleh pihak luar. Seharusnya bagaimana golongan yang dikatakan profesional itu mampu berada di peringkat atasan parti andai mereka-mereka ini tidak melalui tarbiyah-tarbiyah yang telah disusun oleh pihak PAS sendiri.
Setahu saya, bukan mudah untuk menjadi orang atasan PAS. Mereka perlu melalui pelbagai tamrin dan tarbiyah yang telah disusun oleh pihak PAS sendiri. Dan bagi saya, semua yang terpilih adalah produk-produk PAS. Semua layak memimpin dengan acuan Islam, insyaAllah. Sekali lagi, saya rasa tak perlu blogger-blogger atau fber-fber yang cenderung kepada PAS terikut-ikut jejak langkah media massa yang berbeza aliran dengan mereka dengan mengecop itu puak Ulama dan itu puak Profesional. Tak perlu.
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
0 Comments to "Ulama & Profesional?"
Post a Comment