Terbaik untuk yang terbaik. Itulah hakikat kehidupan dan realiti dunia masa kini. Semalam, FC Barcelona telah dinobatkan sebagai Juara Eropah untuk sesi 2008/2009. Memang tidak dinafikan, mereka adalah pasukan terbaik untuk musim ini.
Pengurusan yang kemas dari segi pentadbiran atasan, penyusunan kreativiti dan produktiviti strategi oleh Pep Guardiola, permainan kemas dan menarik oleh pemain-pemain bintang mereka serta sokongan padu penyokong-penyokong setia kelab Catalan ini melengkapkan pakej kejuaraan dan kehebatan pasukan dari Sepanyol ini merangkul kejuaraan berprestij musim ini.
Jika dilihat dari segi permainan mereka, setiap posisi mampu berfungsi dengan baik. Walaupun kesebelasan utama mereka bukanlah semua pemain-pemain bertaraf favourite player, namun mereka mampu melengkapi antara satu sama lain. Jika semua pemain merasakan mereka adalah bintang dan tidak memerlukan rakan sepasukan dari posisi lain untuk memenangi perlawanan, maka akan kucar kacirlah segala strategi yang telah disusun dan pasti pasukan lawan akan mengambil peluang diatas kelemahan yang dirasakan kelebihan ini.
Kesefahaman bekerja dalam satu pasukan amat penting bagi menguatkan benteng pertahanan dan mencari gol. Kepatuhan kepada strategi yang disusun oleh jurulatih dan dipantau oleh ketua pasukan di dalam padang memastikan gerak kerja yang telah dirancang dan disusun berjalan lancar. Manakala perasaan bekerja dalam satu pasukan, memastikan fungsi dan peranan masing-masing digunakan sebaiknya. Jika semua mahu menjaringkan gol, tidak bertolak ansur, mahu mencari populariti peribadi, dimanakah nilai berpasukan yang diimpi-impikan? Barcelona menang untuk pasukan dan penyokongnya, bukan peribadi. Juara Eropah adalah kejayaan satu Barca sepasukan, bukan kejayaan Messi berseorangan.
Itulah yang kita perlukan untuk PMMM sesi depan khususnya dan untuk gerakan Islam umumnya.
* Takziah kepada peminat-peminat Manchester United.
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
Ajak kawan2 lain sokong barca plak ye...
tu sbb sy sokong keram