Pakcik Makcik Morocco~

Bab 1

"Encik, ni surat permohonan kami," ujar saya sambil menghulurkan surat permohonan untuk menggunakan dewan bagi Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2009.

"Ok, kau pergi kat Amanah Ad-Dabt cari Katib Am. Kau buat urusan kat sana pulak, cakap aku suruh." balas Fuad, salah seorang petugas di Kuliah Markaz.

"Kat mana Amanah Al-Dabt?" Saya bertanya seorang pakcik yang kebetulan melintasi saya.

"Mari sini aku tunjukkan". Balas pakcik Lintas.

"Pemuda, kau ada hajat apa?" Sapa pakcik yang sedang membelek surat khabar As-Sobah.

"Fuad minta saya jumpa Katib Am, ni surat permohonan kami nak guna dewan.", balas saya kepada pakcik Belek tadi.

"Oh, ok. Mari sini ikut aku."

Pakcik Belek cakap sesuatu dengan seorang makcik sambil rujuk pada surat permohonan kami. Sebelah makcik tu ada seorang perempuan muda. Kerani barangkali.

Lepas pakcik tu habis cakap, dia ajak aku pergi kat seorang makcik lain pula di bilik sebelah. Muka bengis. Sungguh!

Pakcik Belek tu cakap saya pelajar Malaysia datang nak pohon dewan.

Makcik Bengis tadi tu tengok surat kami sekali pandang, lantas bagitahu,

"Kau datang esok pagi ya!"

Umur makcik Bengis ni saya agak-agak dah nak masuk 40-an kot, tapi pakaian tak cukup kain, kepala masih tak bertudung. Saya tahu sekarang musim panas, tapi agak-agak la makcik. Makcik tu lima kali ganda saya. Bayangkan wardrobe bilik saya bagi pakai baju saiz M!!!. Saya tak tahu samada kat Morocco ni ada tak etika pakaian semasa kerja.

Esok pagi kena jumpa makcik Bengis lagi. Harapnya makcik Bengis tahu esok hari Jumaat.

Bab 2

Saya berjalan ke arah pasar sweqa, sebab nak balik naik bas nombor 5. Tengah-tengah jalan sambil fikiran berawangan memikirkan ayat nak tulis entri kali ini, saya ternampak pula seorang pakcik yang sedikit mencurigakan di hadapan saya.

Berpakaian kemeja keluar, berseluar slack, berkasut kulit. Segak. Tiba-tiba pakcik tu londehkan seluar. Tanpa segan silu, dia memasukkan baju kemeja ke dalam seluarnya. Selepas perasan perbuatannya itu dilihat saya, dia terus berjalan ke depan sambil mengemaskan ikatan tali pinggangnya dan menutup zip seluarnya.

Saya fikir Morocco memang kurang tandas awam! Kasihan pakcik Londeh, nak masukkan baju ke dalam seluar pun sekadar di tepi jalan saja. Nasib baik yang terpandang tu Ikram Malaysia. Kalau Ikram Morocco..

Saya rasa tension. Saya lapar. Saya nak makan. Saya nampak BAMI.

Saya keliru. Saya lapar sebab tension atau saya tension sebab lapar.

*Nama Ikram di Morocco adalah untuk perempuan.

*BAMI ni macam spesis kedai kek dan roti kot.


Maaf. Saya bukan Ustaz Fathi yang mampu menulis ucapan dasar panjang-panjang, saya juga bukanlah pendeta Shahiddan yang mahir mereka-reka mitos-mitos hikayat melayu purbakala, bahkan saya tidaklah layak dibandingkan dengan Azim yang mampu menulis cerpen-cerpen dan menggarap jalan cerita-cerita jiwang yang menarik.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

9 Comments to "Pakcik Makcik Morocco~"

  1. abang,, sabo sabo.. lapo makan.. dahage minum.. huhu..

  2. orang "muda" lama tak komen

    huhu..

    bukan senang untuk senang kan?
    semoge dimudahkan urusan..

    insyaAllah..nanti dapat dewan yang terbaik~(",)

    doakan kami kt cni tgh exam~

  3. afiq hakimi

    ko nih nape keram?
    tak ckop kaseh sayang yang ak kasik ke?
    hehe..

    palsapah agung:
    jangan hanye makan bile tension..
    tapi makan juga perlu mase tak tension..~

    insyaAllah..nti bile setel exam,
    ak tolong ko ek?ehee..

    nak roti ke syabakiah?:D

  4. Anonymous

    Suke entry ni...!!!

  5. azim

    aku da karat ar nk wat cerpen..
    ilham x masuk..
    kene asah balik ni..
    hua7!!!

  6. ++onyor,eheh, tu memang kemestian..lapor kena makan, dahaga kene minum..

    ++orang "muda", mekaseh..ameen,insyaALLAH..

    Berusaha memberi keselesaan maksimun kepada anak-anak ni..eheh

    moga kita semua berjaya..bttaufeq wannajah~

    ++afiq hakimi,mekaseh pek.kaseh sayang ko sentiasa cukup..ekek..

    aku nak bastella..

    ++meow4ever, mekaseh bang naper..

    ++azim, aku menunngu zim..cepat karang.mane tahu nnt leh wat tulis skrip utk drama aku nnati..

    Terima kasih semua!

  7. fathifawwaz

    Saya bukan ustaz Ikram yang hebat menulis berita dan bermonolog sendirian. Kesiannya, banyak betul dugaan nampaknya...hehe.Berusahalah memberi keselesaan maksimun kepada anak-anak buah, sebelum tiba giliran anak-anak_ _ _ _ _ _ _ (Isikan tempat kosong dengan hruf yang sesuai) All the best!

    Sekian.
    fathifawwaz

  8. nama ikram utk perempuan?

    sti org kat nung pandang serong ke mu owp?hhaha

  9. Anonymous

    keram, baru bape hari aku tinggalkan mu... dah xnak masukkan nama aku...yelaa, aku ni xde pape keistimewaan pun...

    at least tulis a cegini "aku bukanlah setinggi rahim y tak perlu tunduk kalau nak naik tingkat 2 kedai syahiwat"

    nak jameela! kangen

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft