Esok Sabtu, Cutilah!

"Assalamualaikum, saya nak jumpa dengan Katib Am," ujar saya sejurus melangkah ke Amanah Ad-Dabt.

"Waalaikumussalam. Dia ada kat dalam. Masuklah," ujar perempuan muda yang duduk di sebelah makcik semalam. Lemah lembut.

Saya masuk terus ke bilik makcik Bengis semalam. Selepas memberi salam, saya terus menunjukkan surat permohonan.

"Kau pergi bilik sebelah."

Saya taknak layan makcik Bengis tu. Terus ke bilik sebelah dengan senang hati. Makluman, makcik sebelah pakai baju semalam.

Makcik bilik sebelah pula ambil dan perhatikan surat saya.

"Ok, kau datang esok untuk ambil slip,". ujar makcik tadi.

"Maaf, boleh saya tahu tarikh yang diminta tu masih kosong?"soal saya.

"Kejap aku tengok," balas dia sambil membelek fail yang tertera nama Dewan Chariff Idrissi di muka depan fail itu.

"Bulan Julai, semua masih kosong, kau jangan risau,"terangnya.

"Ok, terima kasih. Esok saya datang," saya membalas ringkas sambil terlintas di kepala yang diorang bekerja hari Sabtukah (?). Saya mengiyakan saja.

Setelah menarik nafas lega sambil bersyukur urusan dipermudahkan, saya terfikir untuk meninjau kawasan sekeliling kuliah. Saya nampak ada beberapa orang di dalam bilik pensyarah.

"Sesuai juga bilik ni dibuat tempat jamuan VIP," saya bermonolog sendirian.

Lantas saya berpatah ke bilik Fuad. Mahu bertanya mengenai bilik pensyarah itu.

"Ok, takda masalah. Kau ambik borang biru ni. Isi macam sebelum ni, lepas tu pergi hantar kat Katib Am yang kau uruskan tadi," ujar Fuad yang banyak menolong.

"Tanpa perlu surat permohonan?"

"Tak perlu. Hantar borang tu je. Cakap aku suruh."

"Baik tuan."

"Cik, ini permohonan kami nak minta guna bilik pensyarah. Sama tarikh dengan permohonan dewan Chariff Idrissi tu ya,"

"Ok, datang esok. Kau pelajar bidang mana?"

"Pengajian Islam."

"Oh, kau kena belajar bahasa Arab betul-betul walau kau bukan Arab. Kau kena faham dalil, kau kena tahu hukum-hakam agama. Kalau kau tak faham bahasa Arab, macamana kau nak faham agama, tak gitu?"

"Ya."jawab saya ringkas.

"Apa yang makcik bagitahu tu semua betul, tapi kenapa makcik yang faham bahasa Arab, masih tak reti nak bertudung?" saya bagitahu kepada makcik tadi yang terjelir leher tanpa seurat benang, tapi saya bagitahu dalam hati sajalah.

Sebelum balik, saya pergi mencari Fuad. Mahu berterima kasih di atas pertolongan dia.

"Fuad, terima kasih banyak-banyak atas pertolongan,"

"Tak perlu terima kasih atas kewajipan aku. Bagaimana, dah settle semua?"

"Alhamdulillah dah. Dia suruh datang esok pula,"

"Esok Sabtu, cuti la. Kau datang Isnin depan!"

Sekali lagi saya rasa bengang dengan makcik yang tersangat faham bahasa Arab tu. Bersangka baik, mungkin makcik tu tak ingat hari ni hari Jumaat.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

6 Comments to "Esok Sabtu, Cutilah!"

  1. Anonymous

    Seronokkan berurusan dgn orang arab Morocco ni? Hampir 4 thn kat sini pun, memang akak dapat rasa sangat 'keseronokan' janji dan kata-kata diorang. Sayang betul nak tinggalkan 'keseronokan' ini!

    - Kak Lilah -

  2. ji ji

    huhu sabo nye abang.. kalu ji memang ngamok situ doh..

  3. Moroccan

    "Oh, kau kena belajar bahasa Arab betul-betul walau kau bukan Arab. Kau kena faham dalil, kau kena tahu hukum-hakam agama. Kalau kau tak faham bahasa Arab, macamana kau nak faham agama, tak gitu?"

    Falsafah: Jgn tgk org yg berkata, tp tgk apa yg dikata.

    "Apa yang makcik bagitahu tu semua betul, tapi kenapa makcik yang faham bahasa Arab, masih tak reti nak bertudung?" saya bagitahu kepada makcik tadi yang terjelir leher tanpa seurat benang, tapi saya bagitahu dalam hati sajalah.

    Sengal, aku ingat bagitahu sungguh, berani betul klu buat.

    Ok, Allah yjib ttisir (oul boutagaz)

  4. O.M.L.T.K

    huhu..

    klaka la..
    cuba bersabar..(walaupun mmg susah nak praktik)

    Jazakallahu kheir~

  5. ilek bohh...mu kne layan je..biar sapa ye kenang ke mung..hahaha

  6. tu la ikram tak nak bawak saya sama, saya boleh fire makcik tu

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft