Menara Masjid Di Morocco (Kredit :
Arrembawi)
Sambungan daripada entri
Institusi Masjid Di Morocco.
4-
Mimbar Khutbah mudah alih. Mimbar di sini kebanyakannya mempunyai roda dibawahnya. Mimbar hanya akan dikeluarkan untuk digunakan semasa berkhutbah, sejurus tamat khutbah dan ingin mendirikan solat, mimbar itu akan dialih ke dalam bilik khas (mungkin bilik imam/bilal). Perkara ini dapat menghalang daripada masalah putus saf antara imam dan makmum hanya disebabkan mimbar. Situasi sebegini amat jarang berlaku di Malaysia. Mungkin sistem sebegini boleh dipraktikkan di Malaysia kelak, insyaALLAH.
5-
Menara masjid lebih tinggi dari bangunan sekeliling. Salah satu cara masyarakat di sini memuliakan masjid dari bangunan-bangunan lain adalah dengan cara sebegini. Menara masjid yang hendak dibina adalah lebih tinggi dari bangunan-bangunan lain dan bangunan yang hendak dibina mestilah lebih rendah dari menara masjid di kawasan itu.
Mungkin dengan ketinggian menara masjid di kawasan itu pembesar suara yang diletakkan di menara masjid itu dapat menguatkan suara azan dengan lebih kuat. dan meliputi kawasan tersebut. Hipotesis: semakin tinggi menara masjid, semakin kuat suara azan. Hipotesis diterima atau tidak?
6-
Masjid sebagai pusat akademik masyarakat setempat. Walaupun kebanyakan masjid di sini kurang didirikan kuliah-kuliah agama selepas Subuh atau Maghrib, kuliah Dhuha Muslimat dan yang sewaktu dengannya disebabkan undang-undang kerajaan Maghribi yang sekular, namun masjid di sini menyediakan pusat akademik yang dikenali sebagai Al-Kuttab. Antara fungsi masjid di sini adalah membasmi buta huruf dan pusat hafazan Al-Quran.
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
0 Comments to "Institusi Masjid Di Maghribi Pula~"
Post a Comment