Di Rabat Ukhuwah Diribat~

Berkenang-kenangan bersama Datuk duta, pegawai kedutaan dan mahasiswa Thailand
di Majlis Perpisahan Abang Amin.


Di Aeroport Mohamed V-menghantar kepulangan Abang Nafir & Abang Amin ke Malaysia~

Ahli Villa Mukminin terkini di Usrah Suprise pada 24 November=)

Gambar hot & kontroversi. Tolong sape2 jangan jeles..eheh=P

Nightwalk di Doreh bersama adek-adek Rabat~

Adek2 sebok nak bergambar bersama Abang Ikram mereka
dengan berlatarbelakangkan Oudaya di waktu malam=>


Rabat FC menjalani latihan di Stade du Qamra. Ada bran??
Coach bertopi kuning. Sila ambil perhatian!!



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

PROSISMA '09


Kredit Video Kepada Bro Ubai


Saya mengharapkan semangat baru daripada mahasiswa-mahasiswa baru yang datang ke Morocco pada tahun ini untuk mencorakkan PMMM kita bagi tempoh 10 tahun akan datang pula. Patah tumbuh hilang berganti~

Besar juga harapan saya kepada generasi baru ini semoga dapat membina satu revolusi keintelektualan yang diharapkan demi memimpin perubahan diri, keluarga dan seterusnya ummah kita. PMMM sudah berusia 20 tahun; berani berubah untuk merubah. Kukuhkan ikatan kekeluargaan sesama kita. Tiada dua mahupun tiga. Kita di sini hanyalah satu.

Kepada senior-senior, bantulah perjuangan adik-adik kita ini yang berjauhan dengan keluarga mereka yang tercinta. Kitalah abang dan kakak mereka di sini. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Pembelajaran kita bukanlah di bilik kuliah semata-mata. Selamat menempuh perjuangan di tanah awliya' ini buat adik-adikku dan seorang 'adik' tuaku.=)
  1. Ahmad Hairi Rabbani bin Ahmad Fuad
  2. Ahmad Syauqi bin Salleh
  3. Aiman Naeim bin Mustaza
  4. Alif Fahmi bin Abdullah
  5. Anas bin Baharuddin
  6. Engku Amir Hamzah bin Engku Mohamed Nor
  7. Mohammad Mustaqim bin Mohammad Musa
  8. Mohd Syarafi bin Yaakob
  9. Muhammad Firdhaus bin Zulkifli
  10. Muhammad Miqdad bin Adnan
  11. Muhammad Safwan bin Hasamudin
  12. Muhammad Zakhir bin Pahrulrazi
  13. Naim Sidqi bin Mustaffa
  14. Noraini binti Abd Muaziz
  15. Norizzah binti Mohd Ayoub
  16. Nur Adillah binti Ahmed Puzi
  17. Nur Izzaty binti Mohd Hanapiah
  18. Nursahidah binti Azmi
  19. Nurul Husna binti Mohamad Tawpik
  20. Sharifah Naelah binti Sayed Hassan
  21. Shollehin bin Dahari
  22. Yusra Ilyani binti Faridzul Izan


Tulus dari hati,
Mohd Ikram Hakim bin Mohd Radzi
Timbalan Presiden
Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi
2009/2010.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Jawatan Kosong Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta Dikemaskini~

Jawatan Kosong Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta Dikemaskini 26/11/2009.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Layari http://jobless.my

Antara Kekosongan Jawatan adalah seperti berikut:

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 2009/11/26 SELANGOR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) 2009/11/25 MELAKA

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) 2009/11/25 SELANGOR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
International Medical University (IMU) 2009/11/25 KUALA LUMPUR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 2009/11/25 SELANGOR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) 2009/11/25 SELANGOR

DAN BANYAK LAGI!!!!!

Untuk Ringkasan Jawatan, Sila Layari http://igotjobhere.blogspot.com

Terima kasih.

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Respon Tentang Pengajian Di Kuliah Rabat~

Assalamualaikum wbt.

Maaf, saya telah cuba untuk menghantar maklumat ini ke alamat e-mail awak, tapi saya dibalas dengan email dari 'Doraemon'. Jadi, saya letak di sini sahaja untuk rujukan awak serta orang lain.

Sedikit makluman mengenai sistem pengajian di Morocco:-
  • Hanya calon SPM terbaru sahaja yang layak memohon. Contoh untuk permohonan sesi 2010, hanya calon SPM 2009 sahaja yang boleh memohon.
  • Bidang pengajian di sini yang diiktiraf JPA adalah Usuluddin, Pengajian Islam dan Pengajian Bahasa Arab.
  • Sistem pengajian mengikut semester. 2 semester dalam setahun.
  • Markah peperiksaan diambil kira daripada kehadiran, kerja kursus, perbincangan di dalam kuliah dan peperiksaan pertengahan serta akhir semester.
  • Tiada yuran bagi pengajian di Morocco.
Sedikit sebanyak pengenalan mengenai sistem pengajian kami di sini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan selepas ini. InsyaALLAH saya akan cuba untuk menjawab soalan mengenainya.

Terima kasih kerana sudi bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Saya tak pasti samada awak daripada mana dan sekarang belajar di mana. Untuk pendapat awal, saya beranggapan awak sebagai salah seorang yang berminat untuk melanjutkan pengajian di universiti Rabat khususnya dan Morocco umumnya.

Untuk pengetahuan awak juga, selain Universiti Mohamad Khamis, terdapat juga universiti lain di Morocco yang boleh dipohon:-
  • Universiti Qurrawiyeen, Tetouan
  • Universiti Sidi Muhammed bin Abdillah, Fes
  • Universiti Ibnu Tofail, Kenitra
  • Universiti Hassan Thani, Mohammedia
  • Universiti Hassan Thani, Casablanca
  • Universiti Qadi Ayyadh, Marrakech

Sekian, terima kasih.

Mohd Ikram Hakim bin Mohd Radzi
Rabat, Morocco
25 Nov 2009.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Ini Adalah Iklan JAWAL~



Maroc Telecom vous offre jusqu'qu 26/11 (Khamis ni daaa..), la Double Recharge sur toutes les recharges Jawal a partir de 5 DH.

20 DH dan 50 DH ada di sini. Iklan JAWAL oleh Syauqie masih dalam pembikinan. Tunggu..Mekaseh~


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Untuk Ahli Kelab November Sahaja~

Untuk tidak menghampakan sahabat-sahabat saya yang pernah bersama-sama berjuang[1] di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu, di sini saya coretkan entri khas untuk kalian semua setelah membaca surat cinta luahan hati seorang sahabat kepada saya semalam.

"assalamualaikum,hari lahir sahabat2 sperjuangan kat maahad dlu yg satu batch n nta,nta x ingt dh ke,ingt ke mizi sorang je ye,padahal ramai yg lahir blan november ni kan batch nta tu,rase hati sahabat nta yg lain tu,dalam persahabatan ni xde yg pilih kasih ye,ukhuwah tu berpanjangan=)"

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat sahabat-sahabat saya yang ahli kelab November, Ahli Kelab November sahaja. Assobiyah sikit..:-

  • 05 Nov - Abang Nafir
  • 06 Nov - Abang Acek
  • 08 Nov - Abang Enol
  • 15 Nov - Abang Syakir dan Pak Uda
  • 16 Nov - Abang Salam
  • 18 Nov - Abang Faiz dan Abang Lihin
  • 22 Nov - Abang Tarmizi
  • 24 Nov - Abang Hamiz
  • 25 Nov - Abang Zulhilmi dan Adek Engku Amir (shian dye wat status sndiri yea..)
Dan akhirnya, hadiah untuk kalian semua..Jemputlah. Maaf andai ada yang tertinggal~


[1] Sama-sama berjuang merentasi benteng pokgad matte dan warden=)


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Selamat Pengantin Baru~211109

Kak, Sha tu nama sape plak?ingatkan 'sya_morocco'. Apsal tak letak jer ABC..=P

Tahniah kak. Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri solehah=)

Naseb baek cam lagi muka, tebal sangat la mekap tu kak..~

Selamat Pengantin Baru buat Ustazah Nurul Anisah binti Nordin a.k.a Kak Anis. Semoga berbahagia hingga ke syurga, insyaALLAH. Kak Anis adalah salah seorang senior di Morocco. Jodoh pertemuan di tangan ALLAH. Bertemu jodoh dengan bekas seniornya di Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan, Pahang.

Yang lain tu jangan frust menonggeng. Bunga bukan sekuntum. InsyaALLAH ada jodoh juga buat kamu, bah..

**Selamat Hari Lahir buat sahabatku Ahmad Tarmizi (22 Nov). Semoga sihat selalu. Tidak lupa juga buat abang-abangku yang sudah tua, Abang Achik @ Nash (6 Nov) dan juga Abang Lihin (18 Nov). Saya menunggu gambar kahwin korang berdua pulak lepas ni..Moga dipermudahkan segala urusan, insyaALLAH=)

Selepas baca entri ini, ada pula orang bertanya, senior awak yang kahwin ni laki ke perempuan? Bagi cadangan apa yang patut dilakukan. Sekian.~


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Sifat Manusia November~

Sebahagian kajian psikologi daripada Dr Haji Fadzilah Kamsah tentang sifat manusia pada bulan November.
  • Banyak idea dalam perkara
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • Berfikiran kehadapan
  • Berfikiran unik dan bijak
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
  • Pemikiran yang tajam
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
  • Bagus untuk jadi doktor
  • Cermat dan teliti
  • Personaliti dinamik
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
  • Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
  • Terlalu degil dan keras hati apabila hendak, diusahakan sehingga berjaya
  • Tak suka marah kecuali digugat
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain
  • Pandai muhasabah diri
  • Cara berfikir lain dari orang lain
  • Otak yang sangat tajam
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Tidak hargai pujian
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
  • Badan yang "tough" (sasa)
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
  • Romantik
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
  • Suka duduk di rumah
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
  • Bercita-cita tinggi
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Persaudaraan itu masih hidup andai tiada pertemuan~



Terima kasih banyak-banyak kepada Abang Nafir dan Abang Amin kerana hadir dalam hidup saya. Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat dari kalian berdua selama dua tahun ini. Terima kasih di atas segalanya. Mohon kemaafan dari diri ini andai ada kesilapan dan kesalahan selama kita saling kenal-mengenali.

Jadilah kenangan kita selama ini sebagai memori indah ukhwah kita dulu, kini dan selamanya insyaALLAH. Semoga kita ketemu lagi pada masa dan kesempatan akan datang, jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.

Persaudaraan itu masih hidup andai tiada pertemuan, namun pertemuan tanpa persaudaraan itu hanyalah seperti debu-debu pasir yang berterbangan..~


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Resepsi Kedutaan-kedutaan ASEAN di Morocco~

Bermula misi sebagai Jurukamera Sandaran Tidak Terlatih (JSTT)~

Bapak-bapak kedutaan mencedok juadah yang disediakan~

Giliran ibu-ibu pula. Kaum ibu memang suka berposing ya...Ngee=)

Ayuh mangan...~

Pose istimewa bersama Ibu Rohana=)



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Kenangan Lalu~

Posting ini adalah respon bagi posting Kenangan Lalu.. di laman Kasihduahati. Abang Li, amacam, ada bran?=>

Kenangan ketika cuti-cuti Malaysia musim panas yang lalu. Kenangan adalah perkara sangat berharga dalam hidup kita dan saya langsung tidak menyesal pulang ke Malaysia pada musim panas yang lepas. Tujuan untuk pulang ke tanah air saya gunakan sebaik-baiknya iaitu untuk meluangkan masa sepenuhnya bersama keluarga tersayang. "Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka". Family First~

Biarlah kenangan yang berharga itu hidup di sekeliling kamu=)

Sekeluarga di Aidilfitri..Kamera blur. Ada cadangan?=>

Jalan-jalan di Masjid Besi, Putrajaya=)

Sekitar Masjid Besi..Erm, 170cm & 172cm..Takleh jadik ni~

Kakak-Adek-Abang=)

Budak botak dan banyak mulut di Masjid Besi.Rindulah dek~


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Mati Itu Pasti~


Assalamualaikum wbt.

Sudah lama saya memencilkan diri di alam blogger ini kerana sedikit terpengaruh dengan tarikan Facebook. Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang masih sudi mengunjungi laman ini namun jutaan kemaafan juga dipohon di atas kelembapan blog ini untuk dikemaskini. Akibat tercabar dengan laman Tarmizi dan Kasihduahati, saya terpaksa menguatkan diri untuk menulis pada malam ini..=)

Yang Hidup Pasti Akan Mati..

Awal pagi Sabtu yang lepas, saya telah bermimpi berjumpa dengan nenek saya. Dalam masa yang singkat itu, dia memberi sedikit pesanan. Selepas saya terjaga dari tidur untuk solat Subuh, saya cuba untuk ingat apa yang dimimpikan tadi kerana jarang-jarang sahaja saya mengingati kronologi mimpi-mimpi saya. Saya memikirkan julung-julung kali saya bermimpi mengenai nenek saya.

Semasa bersiap untuk ke kelas pada pagi itu, tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada Abah di Malaysia yang membawa berita duka. Nenek sebelah Ma saya telah kembali ke Rahmatullah..Terkedu seketika memikirkan tentang berita itu dan juga mimpi saya awal pagi tadi. Apakah tafsiran pada mimpi itu?Wallahualam~

*Maaf, saya bukanlah seorang pencerita yang baik. Semoga rohnya dirahmati ALLAH. Ameen.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Pemandu Pelancong Terengganu Pemalu~


Ramai pemandu pelancong di Terengganu didapati mempunyai sifat pemalu dan kurang mahir berkomunikasi dengan pelancong menyebabkan maklumat sebenar tentang produk pelancongan di negeri itu tidak disampaikan secara berkesan.

Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Suhaimi Abu Hassan Shari memberitahu Bernama bahawa sifat pemalu itu mungkin timbul disebabkan pemandu pelancong terbabit yang kebanyakannya berumur 20-an, kurang mempunyai maklumat tentang produk berkenaan.

Katanya, Tourism Malaysia Terengganu dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Terengganu akan mengadakan 'Terengganu Guide Idol' pada 9 Nov ini dalam usaha untuk melahirkan ikon pemandu pelancong yang boleh dijadikan contoh kepada pemandu pelancong lain di negeri itu.

"Langkah mengadakan pertandingan yang menyerupai program `Malaysian Idol' itu adalah untuk memupuk ketrampilan pemandu pelancong di negeri ini," kata Suhaimi.

Peserta akan diadili oleh tiga orang juri yang akan mengikuti lawatan mereka bersama pelancong dalam bas. Mereka akan diadili daripada segi cara penyampaian, maklumat, ketrampilan dan komunikasi.

Beliau berkata sejurus selepas perjalanan itu tamat, peserta yang terlibat akan diberikan pandangan dan kritikan oleh tiga juri berkenaan sama seperti konsep Malaysian Idol.

"Kita memberikan komen di hadapan pelancong yang turut sama dalam lawatan itu dan program ini bukan diadakan untuk memalukan pemandu pelancong itu tetapi untuk membina keyakinan diri mereka," katanya.

Pengerusi biro latihan Persatuan Pemandu Pelancong Terengganu, Mohd Nor Ismail, berkata sejak ditubuhkan tahun lepas, persatuan itu kini mempunyai 43 orang ahli yang kebanyakannya berumur 20-an.

"Yang menghairankan kita ialah mereka berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang tetapi apabila berhadapan dengan pelancong mereka berubah menjadi pemalu," katanya. BERNAMA

*Orang cakap saya seorang yang pemalu=)

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft