Le Tour De Rabat

Sekadar Gambar Hiasan

Petang semalam ada latihan berbasikal Le Tour de Rabat dari Bouhlal-Oudaya-Marjane-Hassan-Qamrah-Bouhlal. Latihan ini disertai oleh dua timbalan presiden PMMM. Terima kasih diucapkan kepada penaja basikal pelatih, Syarikat Haziq and Fakurazi Marketing Sdn. Bhd. Marilah kita beriadah beramai-ramai. Amalkan gaya hidup sihat! Misi seterusnya : Rabat-Kenitra. Ada berani?

Kadang-kadang walaupun handset yang diciptakan manusia ini terlalu canggih, maju dan mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi di mata manusia, namun pasti ada kelemahan yang dapat dirungkaikan dengan benda mudah. Semahal manapun handset anda, secanggih manapun handset anda, sesayang manapun handset anda, setinggi manapun nilai handset anda bagi diri anda, jika hanya tertumpah air Sidi Harazem, pasti handset anda akan mengalami kelemasan.

Walaupun yang lemas itu bukanlah nyawa orang, namun jika kehilangannya, pasti kita betul-betul menghargainya kerana segala catatan hutang ada didalamnya, segala tarikh lahir ada didalamnya, segala catatan bersejarah ada didalamnya, segala nombor telefon saudara mara, kaum kerabat, sahabat handai, orang-orang kenamaan ada didalamnya...

*Pek, PMMM takde peruntukan handset masok air ke?=D


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Institusi Masjid Di Maghribi Pula~

Menara Masjid Di Morocco (Kredit : Arrembawi)

Sambungan daripada entri Institusi Masjid Di Morocco.

4-Mimbar Khutbah mudah alih. Mimbar di sini kebanyakannya mempunyai roda dibawahnya. Mimbar hanya akan dikeluarkan untuk digunakan semasa berkhutbah, sejurus tamat khutbah dan ingin mendirikan solat, mimbar itu akan dialih ke dalam bilik khas (mungkin bilik imam/bilal). Perkara ini dapat menghalang daripada masalah putus saf antara imam dan makmum hanya disebabkan mimbar. Situasi sebegini amat jarang berlaku di Malaysia. Mungkin sistem sebegini boleh dipraktikkan di Malaysia kelak, insyaALLAH.

5-Menara masjid lebih tinggi dari bangunan sekeliling. Salah satu cara masyarakat di sini memuliakan masjid dari bangunan-bangunan lain adalah dengan cara sebegini. Menara masjid yang hendak dibina adalah lebih tinggi dari bangunan-bangunan lain dan bangunan yang hendak dibina mestilah lebih rendah dari menara masjid di kawasan itu.

Mungkin dengan ketinggian menara masjid di kawasan itu pembesar suara yang diletakkan di menara masjid itu dapat menguatkan suara azan dengan lebih kuat. dan meliputi kawasan tersebut. Hipotesis: semakin tinggi menara masjid, semakin kuat suara azan. Hipotesis diterima atau tidak?

6-Masjid sebagai pusat akademik masyarakat setempat. Walaupun kebanyakan masjid di sini kurang didirikan kuliah-kuliah agama selepas Subuh atau Maghrib, kuliah Dhuha Muslimat dan yang sewaktu dengannya disebabkan undang-undang kerajaan Maghribi yang sekular, namun masjid di sini menyediakan pusat akademik yang dikenali sebagai Al-Kuttab. Antara fungsi masjid di sini adalah membasmi buta huruf dan pusat hafazan Al-Quran.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft