Salam Perantauan~

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat keluarga kami, saudara-mara dan seluruh kaum kerabat kami yang berada di Terengganu. Tidak dilupakan juga kepada guru-guru kami di SMKA Sheikh Abdul Malek dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu. Juga kepada sahabat-sahabat seperantauan di Maghribi, jangan sedih-sedih. Nanti kami bawa balik ketupat dan lemang ke sana. Keropok lekor pun bolehhhh..=)
[Dari kiri : Mohd Ikram Hakim bin Mohd Radzi, Ahmad Tarmizi bin Muhammad Khatib dan Mohd Hariz bin Abdullah]

*Ini bukanlah iklan racun serangga perosak. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengirim Salam Perantauan di laman ini, anda bolehlah menghantar gambar anda bersama ucapan di mumtaz_islamiy@yahoo.com pada bila-bila sahaja masa yang anda mahu. Tiada cas tersembunyi. Tertakluk kepada syarat dan terma.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Tarmizi Semakin Sihat~

Lama betul saya tidak mengemaskini laman ini. Sedikit sibuk dengan urusan-urusan peribadi, keluarga dan persatuan di Malaysia ini. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh capaian internet Broadband Celcom 3G yang tidak dapat dikesan langsung. Nasib baiklah bayaran Cyber Cafe di Malaysia ini masih di tahap mampu untuk dibayar. RM 2.00/jam.

Sedikit berita mengenai sahabat kita, Ahmad Tarmizi bin Muhammad Khatib yang disahkan kali kedua mengidap penyakit Tibi oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Pengesahan pertama adalah dari Hospital Ibnu Sina, Rabat.

Perkembangan sekarang beliau adalah berat badan meningkat sebanyak 1KG selepas sebulan berada di Malaysia. Jika sebelum ini, beliau terpaksa menelan 10 biji pil setiap hari, tetapi sekarang beliau hanya memerlukan 2 kali seminggu untuk melakukan rutin ubatan beliau seperti sebelum ini. Nak gambar? Tunggulah raya-raya nanti, nampak sihat dan smart sikit;D

Hajat mahu berkongsi gambar pengembaraan saya ke Johor dan Pahang baru-baru ini, tetapi terpaksa dilupakan kerana tertinggal USB. Sekadar ini dulu perkembangan semasa di Malaysia. Tidak mampu untuk perkongsian lebih berat buat masa ini. Minta maaf.

Selamat beribadah di 10 malam terakhir Ramadhan dan selamat menyambut Aidilfitri buat semua pengunjung laman ini. Kepada sahabat-sahabat perantau yang tidak pulang beraya di Malaysia, saya tunggu gambar kalian di akhbar-akhbar tempatan untuk dibungkus pisang goreng.

Info Semasa :-
Berat sebelum pulang ke Malaysia : 61KG.
Berat badan selepas sebulan berada di Malaysia : 65KG.
=D


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

ALLAHu AKRAM~

1. Saya menghargai usaha daripada YAB Menteri Besar Terengganu kerana mengedarkan 300,00 unit kurma dan air zam-zam untuk rakyat jelata sempena Ramadhan ini. Mungkin usaha ini nampak kecil bagi sebuah kerajaan namun usaha ini sedikit sebanyak sebagai menyentuh hati rakyat rasa dihargai dan dirai. Mungkin usaha kebajikan sebegini dapat dicontohi oleh pemimpin-pemimpin yang lain.

Saya menyatakan apa yang patut dan meluahkan apa yang tak patut. Jika mereka berbuat apa yang patut, benarkanlah. Kadang-kadang ada yang melihat jijik dengan sikap baik sesetengah pemimpin yang tidak dipersetujuinya walaupun pemimpin itu telah menunaikan salah satu tanggungjawabnya walaupun banyak lagi tanggungjawabnya yang belum tertunai.

2. Saya menggunakan talian Maxis adalah semata-mata untuk memudahkan perhubungan saya dengan Presiden PMMM yang kini berada di Morocco. Semoga urusan untuk umat mahasiswa Malaysia di Maghribi dipermudahkan dengan tindakan saya ini memandangkan tiada pilihan lain disebabkan perkhidmatan internet di Malaysia sedikit bermasalah.

Mungkin lepas ni ada jawapan, "Matlamat tidak menghalalkan cara". Hakikatnya untuk talian Maxis, bukanlah talian rutin dan harian saya. Saya bersedia untuk menghapuskan talian itu bila-bila masa sahaja. Selamat berbuka=)


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft