Lama betul saya tidak mengemaskini laman ini. Sedikit sibuk dengan urusan-urusan peribadi, keluarga dan persatuan di Malaysia ini. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh capaian internet Broadband Celcom 3G yang tidak dapat dikesan langsung. Nasib baiklah bayaran Cyber Cafe di Malaysia ini masih di tahap mampu untuk dibayar. RM 2.00/jam.
Sedikit berita mengenai sahabat kita, Ahmad Tarmizi bin Muhammad Khatib yang disahkan kali kedua mengidap penyakit Tibi oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Pengesahan pertama adalah dari Hospital Ibnu Sina, Rabat.
Perkembangan sekarang beliau adalah berat badan meningkat sebanyak 1KG selepas sebulan berada di Malaysia. Jika sebelum ini, beliau terpaksa menelan 10 biji pil setiap hari, tetapi sekarang beliau hanya memerlukan 2 kali seminggu untuk melakukan rutin ubatan beliau seperti sebelum ini. Nak gambar? Tunggulah raya-raya nanti, nampak sihat dan smart sikit;D
Hajat mahu berkongsi gambar pengembaraan saya ke Johor dan Pahang baru-baru ini, tetapi terpaksa dilupakan kerana tertinggal USB. Sekadar ini dulu perkembangan semasa di Malaysia. Tidak mampu untuk perkongsian lebih berat buat masa ini. Minta maaf.
Selamat beribadah di 10 malam terakhir Ramadhan dan selamat menyambut Aidilfitri buat semua pengunjung laman ini. Kepada sahabat-sahabat perantau yang tidak pulang beraya di Malaysia, saya tunggu gambar kalian di akhbar-akhbar tempatan untuk dibungkus pisang goreng.
Info Semasa :-
Berat sebelum pulang ke Malaysia : 61KG.
Berat badan selepas sebulan berada di Malaysia : 65KG.
=D
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
ikram..jangan lupa bawak kueh raya