Jom Heboh~

Assalamualaikum w.b.t.

Disini aku nak berkongsi sedikit sedutan penerangan Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr.Asri Zainul Abidin mengenai Jom Heboh yang telah dibuat di Perlis baru2 ini.Tidak ramai orang yang seperti beliau berani menyatakan pendirian.Moga sahabat2 mendapat manfaat.





Berikut garis panduan dalam kenyataan media Mufti Perlis kepada pihak TV3:

i. Program Jom Heboh tanpa konsert adalah satu keutamaan sekiranya hendak dilaksanakan di Negeri Perlis.

ii. Jika disertai dengan program konsert, ia hendaklah terkawal dan berdisiplin.

iii. Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain dari aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan.

iv. Maka artis-artis yang hendak dibawa masuk hendaklah artis yang telah dirujuk persetujuan dari Jabatan Mufti, secara umumnya dicadangkan artis-artis puisi seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Suhaimi Mior Hassan ataupun kumpulan-kumpulan nasyid di tanahair.

v. Sebarang aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan nilai-nilai kebodohan yang seakan-akan memperlekehkan akal dan pemikiran rakyat adalah tidak boleh dibenarkanvi. Unsur-unsur khurafat seperti penampilan kepercayaan-kepercayaan misteri dan karut tidak dibenarkan. Demikian juga jualan barang-barangan khurafat dan tahyul seperti kayu koka tidak dibenarkan.

vii. Penganjur Jom Heboh hendaklah menghormati sensitiviti orang-orang Islam seperti tidak menguatkan bunyian-bunyian pada waktu solat sehingga kelihatan seperti tidak menghormati agama.

Dan disini juga aku sertakan link untuk sedutan Konsert Jom Heboh di Perlis baru2 ini.Sama2lah sahabat menilainya.Kena tengok dulu, baru komen."Don't judge a book by its cover".[Tekan Sini]

~no time for love~
1909pm
3 JamadilAwal 1429h

0 Comments to "Jom Heboh~"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft