Bukan Aku Tidak Mahu~

Assalamualaikum w.b.t.

Bukan aku tidak mahu memandang wajahmu,
tapi diri ini berdoa agar wajahmu menghiasi hari-hariku,
mendamaikan jiwa, menenangkan hati,
pada hari-hari yang pasti..

Bukan aku tidak mahu melirik senyuman padamu,
tapi diri ini sentiasa tersenyum di dalam hati,
agar senyuman ini mahal di hari cincin disarungkan di jari,
pada hari-hari yang pasti..

Bukan aku tidak mahu bertanyakan khabar padamu,
tetapi diri ini sering mendoakan agar suatu hari nanti,
aku tak perlu bertanyakannya dan aku sentiasa merasainya,
pada hari-hari yang pasti...

Bukan aku tidak mahu berbicara denganmu,
tapi diri ini ingin menghabiskan tutur kata,
tika mana aku dan kamu bukan lagi 'ana' dan 'enti',
bukan lagi 'kita' dan 'dia',
pada hari-hari yang pasti...

Bukan aku tidak mahu berchatting denganmu,
tapi diri ini takut jari-jariku
tidak diizinkan lagi untuk membelaimu,
tidak diizinkan lagi untuk mengubati lukamu,
pada hari-hari yang pasti..

Bukan aku tidak ingin memandang senyumanmu,
tapi diri ini bimbang senyumanmu akan pudar,
tidak lagi memberikan manisnya di setiap pagi,
pada hari-hari yang pasti..

Bukan aku tidak ingin membelikan hadiah untuk hari lahirmu,
tapi diri ini gusar hadiah itu adalah terakhir dariku untukmu..
tidak lagi ,
pada hari-hari yang pasti..

**ikhlas dariku**



~Sekadar Hanya~
1316
15 JamadilAkhir 1429h

1 Comment to "Bukan Aku Tidak Mahu~"

  1. Anonymous

    Teruskan menulis!
    jangan putus asa, biasalah tu pertama tak bererti sempurna!.

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft