Pendeknya rambut..~


Semua orang pelik tengok aku berambut pendek?Bukak webcam, semua tanya pasal rambut aku.Kenapa erk?Adakah sebelum ni aku sentiasa berambut panjang?Tak jugak aku rasa..Mungkin zaman sekolah2 dulu, peraturan suruh pelajar2 rambut pendek..Jiwa muda, semuanya mahu disongsangkan.Nak jugak simpan rambut panjang masa tu..Nah!Sekarang ni, tiada peraturan khas untuk berambut pendek, tapi tak rasa plak nak simpan rambut panjang2..Masa mula2 dulu mungkin..Perasaan ingin mencuba orang kata..Darah muda..huhu~

Ustad suruh rambut pendek, macam2 cara nak lari dari spotchek..Ustad kata handset takleh bawak, macam2 skill nak sembunyi mendalah kecik tu..Ustad kata jangan keluar malam, dah berapa banyak 'terowong bawah tanah dah digali'..Ustad kata balik asrama pukul 2 petang, lepas solat zohor tu dah kelentang kelentung dah dewan makan..hahaha..jiwa muda, takde pasal cari pasal~

Adakah manusia ini memang suka melakukan perkara songsang?ataupun sekadar mahu bebas merdeka dari kongkongan?atau fitrahnya tidak suka buat sesuatu dengan paksaan?atau lebih selesa dengan ajakan?fikir2kan lah..

p/s:musim panas rimas dengan rambut panjang.musim sejuk dah nak masuk..no komen..kuliah fiqh sunnah tu ajakan kan??=D



~Sekadar Hanya~
1341
15 Ramadhan 1429h

5 Comments to "Pendeknya rambut..~"

  1. Anonymous

    keram berwajah baru!

  2. dulu, kamu mmg rmbut pendek...mcm tak terbayang mase tu kamu rambut panjang..heee....


    manusia, jarang dgr dan patuh...slalu go instead....

  3. Anonymous

    nak tgok gambar terbaru??~",

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft