Memori 2008 Ep5~

Alhamdulillah pada tahun 2008 yang lalu, seramai 21 orang mahasiswa Malaysia telah bergelar graduan universiti-universiti di Morocco.Majlis Istiadat Konvokesyen ini telah diadakan oleh pihak Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi sebagai tanda rasmi pengiktirafan ijazah sarjana dan sarjana muda graduan.Istiadat ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Othman Bin Samin.Turut hadir sama dalam istiadat tersebut Prof. Madya Dr. Jamil Bin Hashim, Pengarah Malaysian Student Department (MSD) Kaherah, Mesir dan juga tidak ketinggalan wakil pihak universiti Morocco, Presiden Universiti Ibnu Tofail, Kenitra.


Semoga dengan kepulangan mereka ke tanah air mampu membina satu revolusi baru buat masyarakat muslim di sana, insyaALLAH.Setelah beberapa bulan mereka di Malaysia, ada khabar yang pelbagai telah sampai di tanah andalus ini.Ramai yang telah beroleh tawaran mengajar, tidak kurang juga yang beroleh tawaran menyambung pengajian Master dan tidak ketinggalan ada juga yang sudah mendirikan rumahtangga.Semoga berbahagia.

Harapan agar universiti di Morocco sentiasa melahirkan graduan-graduan yang bermanfaat kepada masyarakat, bangsa, negara dan agama selepas melalui pelbagai bentuk kehidupan selama menetap di Morocco ini.Tangisan kalian meninggalkan tanah ini punya harga yang tersendiri.Seburuk-buruk Morocco juga, kita pasti punya kenangan terindah, pelajaran berhikmah dan harapan beramanah.Selamat maju jaya dan doakan kejayaan kami di sini.

Ketika kepulangan Ustaz Mus'ad, Ustaz Azizol, Ustaz Halim, Ustaz Azrol dan Ustaz Kamil ke tanah air~

Kepulangan anak papar ini dinantikan penduduk Sabahan,
Ustaz Nashreeq dalam kenangan~




"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

0 Comments to "Memori 2008 Ep5~"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft