You'll Never Walk Alone~


KUALA LUMPUR -LIVERPOOL bakal menjejak kaki ke bumi Malaysia.Jika segala-galanya berjalan lancar, aksi kelab gergasi Liga Perdana England itu mungkin dapat disaksikan buat pertama kali di negara ini apabila skuad tersebut bertandang ke Stadium Shah Alam menentang Selangor bagi sesi memanas badan untuk kempen musim 2009/2010.

Pengurus Selangor, Zakaria Rahim berkata, hasil perbincangan dengan pihak promosi kejohanan, Football Focus Group Ltd. yang berpangkalan di Hong Kong, mereka berminat untuk membawa pasukan dari utara England itu ke Selangor.

"Cuma masalahnya, kalau ikut peraturan tempatan mereka tidak boleh menggunakan lambang penaja (sebuah syarikat arak) pada jersi mereka sekiranya bermain di Malaysia," katanya.

"Syarikat promosi itu dipercayai sedang berbincang dengan pengurusan kelab Liverpool berkaitan perkara itu.

"Saya difahamkan mereka boleh mengambil beberapa opsyen yang tidak menyalahi peraturan di Malaysia."

Zakaria berkata, sekiranya semua masalah berkenaan dapat diselesaikan, Liverpool dijangka bertandang ke Malaysia pada penghujung Julai atau awal Ogos tahun depan. - Bernama

*Adakah ada pihak yang akan membantah kedatangan pasukan yang ditaja syarikat arak terbesar ini ke Malaysia?Apakah Kerajaan Selangor akan melakukan sesuatu yang dikira patut?Bola sepak itu tidak salah cuma hanya satu yang saya mahu.Saya ingin melihat sensitiviti masyarakat kita terhadap syariat ISLAM di dalam negara ini terus tegas setelah kecewa dengan kebenaran kemasukan warga Israel bersama-sama Chelsea pada suatu ketika dahulu..Allahumma Ameen~


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

0 Comments to "You'll Never Walk Alone~"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft