Saya dan GKLN~

Pada 7 Januari yang lepas, saya secara rasminya menjadi ahli Grup Karyawan Luar Negara atau lebih dikenali sebagai GKLN.Grup ini bukanlah sebuah parti politik, bukan juga pasukan bola sepak, tetapi GKLN ini merupakan satu kumpulan yang ditubuhkan sebagai medium untuk pelajar-pelajar luar negara khususnya berkongsi minat dalam kecenderungan kesusasteraan dan penulisan.Selain itu GKLN ini juga berfungsi sebagai medium untuk ahli-ahlinya berkongsi ilmu, idea, dan pendapat dengan lebih berkesan dan bermatlamat.Peranan utama GKLN kini adalah sebagai medan untuk mengasah bakat muda khususnya yang berada di perantauan sebagai pelapis warisan pena tanah air kelak.

Untuk pengetahuan umum, ahli GKLN kini sudah berada di serata pelusuk dunia seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Ireland, Jordan, Mesir, Sudan, Jepun, India dan tidak ketinggalan Morocco sendiri.Morocco merupakan salah satu pusat pengeluaran penulis muda yang aktif sejak kebelakangan ini dengan lahirnya beberapa muka baru yang menonjol dalam GKLN antaranya Ainaa Mardhiah, Khadijah Khalilah, Suriati Abdullah, Anis Nordin, Nurzahirah Zahid, Al-Fannani, Dakwat Fikir, Perantau, Alim Mujahid dan juga Badriyah Ali.Tidak dilupakan, ahli GKLN Morocco yang tidak kurang hebatnya; Syahiddmilikku, Fakhruddin Ar-Razi, Kumis Nipis dan Al-Baihaqi.

Objektif saya menyertai GKLN ini adalah sebagai satu wadah untuk saya mempelajari lebih mendalam gaya penulisan serta penggunaan Bahasa Malaysia terkini.Di sini juga saya ingin berkongsi bersama pemikiran sahabat-sahabat di GKLN melalui penulisan, perbincangan dan perbahasan yang diutarakan sesama ahli memandangkan latar belakang ahli berbeza-beza.Selain itu, saya juga mahu menjadikan GKLN ini sebagai medium meluaskan rangkaian ukhuwah di serata ceruk dunia.Obsesi saya lebih kepada genre artikel umum dan saya lebih suka membaca cerpen.Antara cerpen hasil GKLN yang telah saya baca adalah Jalan Jauh Ke Ramallah dan Mengemis Di Kota Larangan.Saya berharap agar segala tindakan saya adalah petunjuk daripada ALLAH dan semoga saya sentiasa mendapat hikmah daripadanya.Ameen.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

8 Comments to "Saya dan GKLN~"

  1. Anonymous

    Ayuh berdakwah dengan pena!

  2. Anonymous

    Tahun 2005/2006 dahulu ketika saya menjadi ahli pertama GKLN Morocco, penyertaan ahli GKLN kurang mendapat sambutan di sini terutama golongan lelaki. Pelbagai sudut yang mereka fikir dari segi penulisan sastera umumnya dan penulisan sastera khasnya. Ada pandangan mereka di sini mengatakan ia adalah sesuatu yang jauh dari dakwah dan hanya sesuai untuk pelajar jurusan sastera sahaja. Kesal.

    Alhamdulillah, kini ramai yang mengetahui tentang kelebihan penulisan sastera. Sebuah penulisan yang hebat datang dari bahasa sastera yang hebat. Mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.

    Tahniah juga atas perkembangan pemilik ini kerana kini lebih berhati-hati dalam menulis entri blog kini kerana mempunyai bahasa dan tulisan yang terjaga. Teruskan usaha!

  3. Terima kasih kepada 2 otai GKLN Morocco.Sudah tak mampu untuk berkata-kata.Segan!=D

    Apa2 pun, terima kasih atas sokongan.Teruskan erkongsian kita menuju matlamat.Pelbagai latar, satu wadah!

  4. Anonymous

    Akhirnya!

  5. Anonymous

    Jangan baca saja...kena tulis sama
    :)

    -FahdRazy-

  6. Wah!Otai Sabah meluahkan sesuatu..ku kini di margamu pakcik tua!ekek~

    Malu rasanya otai kepada otai GKLN sudi melakarkan sesuatu disini..terima kasih banyak2.

    insyaALLAH, moga diberi kekuatan untuk menulis sama..=D

  7. Anonymous

    Saya bru tau gkln ni dr irfan sang pelangi. kiranya bidang penulisan ni salah satu cara org sains mengharmonikan alam menerusi sastera dan seni, jd boleh la memaksimumkan penggunaan kdua-2 belah otak.

    lihat saja karya ilham hamdani dan al-irfan, tak sangka org engineering jg punya bakat besar menulis.

    bittaufeeq wannajah

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft