Cuti Musim Bunga 2009~

Minggu ini adalah Minggu Cuti Musim Bunga bagi seluruh institut pendidikan seMaghribi. Sekolah rendah, sekolah menengah, universiti-universiti, maktab-maktab perguruan dan yang sewaktu dengannya. Ramai rakyat Maghribi mengambil kesempatan sempena cuti ini untuk berjalan-jalan bersama keluarga sebagai contoh Ustaz Irdha dan keluarga.

Bagi kami mahasiswa-mahasiswa Malaysia di sini terutamanya Rabat, cuti ini memang indah. Namun, apabila cuti bertukar kepada istilah mengisi masa lapang, maka minggu ini adalah minggu yang paling sibuk buat kami semua. Minggu ini adalah minggu program mega PMMM. Hebat, padat dan penat!
  • Perkampungan Ilmu Musim Bunga (29-31 Mac)
  • Sukan Malaysia (1 & 2 April)
  • Simposium Generasi Glokal Ummah Bersama UZAR- SINERGI 09 (4 & 5 April)
Pertamanya di sini saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada Pengarah Program Perkampungan Ilmu Musim Bunga 2009 di atas kejayaan beliau menyempurnakan agenda dan objektif sepanjang program ini berlangsung. Tidak dilupakan juga kepada semua ahli-ahli jawatankuasa program kerana sanggup bertungkus lumus dalam menjayakan program ini secara langsung mahupun secara tidak langsung, terutamanya unit jamuan, unit siaraya, unit penempatan, unit pengurusan program, unit peralatan, unit hadiah dan tidak dilupakan unit tugas-tugas khas. Terima kasih semua!

Hari ini jika tengok kalendar sudah menapak tarikh 1 April. Bukan mahu menceritakan tentang 'April Fool' yang memang bodoh perainya. Di sini hanya mahu menghangatkan keadaan SUKMA yang bermula sepak mula hari ini. Buat skuad BIRU, pastikan gelombang kita terus bergema!

Futsal, bola tampar, sepak takraw dan badminton menghiasi SUKMA kali ini. Semoga tema 'Sukan SEA Milik Kita' mampu direalisasikan tahun ini. Medan mencari pasukan kebangsaan bayangan sebelum persiapan musim panas ini merupakan satu langkah mula terbaik untuk skuad Malaysia mencari rentak sebelum bertemu dengan Thailand dan Indonesia. Tahniah Exco Sukan sesi ini!

Baiklah setakat ini saja untuk kali ini. Dah nak pergi main sambil buat kerja. Buat kerja sambil main. Buat kerja sambil kerja. Entahlah..


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

0 Comments to "Cuti Musim Bunga 2009~"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft