Institusi Masjid Di Morocco

Dikatakan Masjid Hassan Thani, Casablanca ini adalah yang ketiga terbesar selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Wallahualam.

Sekadar perkongsian mengenai institusi masjid di Morocco/Maghribi. Mungkin ada dipraktikkan di tempat2 lain juga :-

1-Penyediaan tempat rak kasut di dalam masjid. (ada di tepi saf dan di depan saf). Kita yang mahu solat pun rasa lebih tenang tanpa memikirkan keselamatan dan ‘kesedekahan’ kasut kita kepada sesiapa.

2-Pemberian dan pengedaran jadual/takwim solat pada setiap awal bulan Hijri. Dengan usaha sebegini, dapat memberi peringatan kepada jemaah tentang waktu solat dan bulan Islam. Sepanjang di Malaysia, saya rasa orang paling ingat pada waktu Maghrib bulan Ramadhan sahaja.

Syawal sedikit terkesan mungkin baru lepas Ramadhan. Namun lepas Syawal tu, rasanya dah ramai tak ingat bulan apa dan bila masuk waktu solat secara tepat.

3-Jemaah di sini amat mementingkan kelurusan dan kerapatan saf semasa solat. Kaki ‘wajib’ bersentuh dengan jemaah sebelah. Apatah lagi bahu. Betapa cantiknya hadith Nabi mengenai rapatkan saf ini. Saya pernah menulis mengenai lurus dan rapat saf di sini.

Sebelum Imam mengangkat takbiratul ihram, Imam berpaling ke arah makmum dan menegur mana-mana makmum yang belum rapat dan lurus saf secara langsung. Contoh : “Pak Mad, rapatkan lagi, ada ruang kosong lagi tu”. Mungkin ini adalah peranan penting Imam yang mesra jemaah sebelum mesra kanak-kanak, belia dll.

Ada banyak lagi yang mahu dikongsi bersama, tapi cukup setakat ini dulu bagi kali ini. Mungkin boleh dipraktikkan di Malaysia. InsyaALLAH.

Ekramhakim : Berhajat nak bina masjid Maghribi di Malaysia.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

3 Comments to "Institusi Masjid Di Morocco"

  1. Moroccan

    Salam.

    Terima kasih kerana menulis tentang masjid di Maghribi. Semoga ia memberi kesedaran kpd org di Malaysia, insyaAllah.

    Antara perkara yg menarik juga tentang masjid di Maghribi ialah:
    - Sistem mimbar mudah alih, yg saya kira begitu bagus, kerana tidak memutuskan sof apabila solat Jumaat.
    - Sistem wudhuk yg melatih muslim mengambil wudhuk mengikut sunnah, iaitu dgn menyediakan baldi kecil yg memang tidak mencukupi bg org Melayu. :)

    Berkenaan hajat anda utk membina masjid Maghribi di Malaysia, maka amatlah dialu-alukan, cuma jgn terlalu boros atau mementingkan ukiran yg terlalu halus sehingga menyebabkan masjid lambat siap. Kesian org tunggu lama2.

  2. Anonymous

    Salam,

    Bagus artikel begini di ketengahkan kepada masyarakat malaysia.

    Ada beberapa perkara yang saya mahu tambah dan ketengahkan:

    1. Masjid sebagai pusat keluaran orang yang boleh membaca. Seperti Kelas-kelas membasmi buta huruf di maghribi.

    2. Masjid sebagai pusat hafalan al-Quran. Terbentuknya masjid-masjid di seluruh Maghribi pusat hafalan yang dipanggil al-kuttab.

    3. Masjid sebagai pusat penentu samada masyarakat memahami Islam sebenar atau tidak. Siapa yang menghadiri masjid atau surau dianggap sebagai orang yang baik, jika tidak sebaliknya.

    dan macam2 lagi fungsi masjid di Maghribi.

    wallahu a'lam

  3. Anonymous

    salam...seronok nya klu dpt d morocco n jemaah kat sana..kalau lah jemaah kat masia nie cam ni kan best...TQ for d post; ble knal budaya n keadaan kat sana =p

    -asma-

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft