Jom Melepak 19 Jam~

Maaf kerana laman ini tidak dikemaskini dalam jangka masa waktu yang lama. Saya mempunyai beberapa komitmen lain yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah sekarang berada dalam tempoh masa lapang dan bercuti sementara. Dapat cuti dari Tuan Presiden.

Antara komitmen-komitmen sebelum ini adalah :-
  • Istiadat Konvokesyen Mahasiswa Malaysia di Maghribi 2009
  • Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2009 (Mantap'09)
  • Temasya Sukan SEA 2009
  • Masalah kesihatan yang dihadapi oleh Sahabat dan Ayahanda Datuk Duta
  • Ahli Majlis Tertinggi PMMM 2009/2010
  • Laptop peribadi saya tidak berapa sihat dan baru pulih 2 hari lepas
Sekadar mahu mengemaskini laman ini. Sengaja mengemaskini laman ini di Abu Dhabi. Saja jalan-jalan kat Abu Dhabi ini. Lepak-lepak dulu kat airport 19 jam, pastu balik Rabat balik lepas ini.

Untuk makluman, handset saya sekarang kembali pulih seperti sediakala. Cara mahu membaiki handset anda tanpa perlu dihantar ke kedai? Tunggu untuk entri-entri akan datang. InsyaALLAH laman ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas ini.

Pengajian di Morocco sekarang semua cuti. Bukan sebab H1N1, tapi sebab memang ada cuti musim panas. Lebih kurang 3 bulan. Cuti semestinya best, tapi best itu tak semestinya cuti.

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."


Waktu Tempatan 0922
Airport Abu Dhabi=D



4 Comments to "Jom Melepak 19 Jam~"

  1. Anonymous

    pesanan penaja: Jangan melepak dengan makcik-makcik bangla yang tidak dikenali.

    Dan jangan teruskan budaya ini di 'Rabat'(nama tempat menurut si penulis).

  2. haah kak.jangan melepak ngan makcik2 bangla...lepak ngan akak2 bangla jer..=D

    bile masa lak akak nak jadik penaja saya ni? boleh jer..

  3. This comment has been removed by the author.
  4. tapi kan bapak boring lepak2 19 jam..takde hotel ke?jgn jd mcm sy transit di egypt giler boring betul..hehe.takde hotel plak tu.huhu

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft