Ramadhan Kareem~

Lama tak kemaskini laman ini. Maklumlah best sangat duduk di Malaysia ni. Kalau tak percaya, cubalah tanya abang bangla mahupun myanmar kat Mydin mahupun stesen-stesen minyak di Malaysia ni. Berlambak puak dia..

Ramadhan di Terengganu Alhamdulillah. Kerajaan Terengganu Bestari menyediakan 4 imam yang diimport khas dari Mesir untuk 4 buah masjid utama di Kuala Terengganu.
  • White Mosque (Masjid Putih)
  • Floating Mosque (Masjid Terapung)
  • Farm Mosque (Masjid Ladang)
  • Cristal Mosque (Masjid Kristal)
Selain itu, YAB Menteri Besar yang budiman telah mengedarkan kurma dan air zam-zam kepada rakyat-rakyat jelata seluruh Terengganu. Kalau tak silap 200,000 buah beg diedarkan sempena bulan Ramadhan ini.

Ok, kepada sesiapa yang mahu menghubungi saya untuk majlis berbuka puasa mahupun jemputan ke rumah terbuka sempena Aidilfitri sementara keberadaan saya di Malaysia, kalian boleh menghubungi saya di talian Celcom (013-7193260) atau Maxis (017-9424347). Kita juga boleh bertemu di White Mosque kecuali jika saya berada di luar kawasan liputan. Setakat ini dulu berita dari Kuala Terengganu. Kembali ke seri pentas. Mekaseh=)


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

0 Comments to "Ramadhan Kareem~"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft