Pemandu Pelancong Terengganu Pemalu~


Ramai pemandu pelancong di Terengganu didapati mempunyai sifat pemalu dan kurang mahir berkomunikasi dengan pelancong menyebabkan maklumat sebenar tentang produk pelancongan di negeri itu tidak disampaikan secara berkesan.

Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Suhaimi Abu Hassan Shari memberitahu Bernama bahawa sifat pemalu itu mungkin timbul disebabkan pemandu pelancong terbabit yang kebanyakannya berumur 20-an, kurang mempunyai maklumat tentang produk berkenaan.

Katanya, Tourism Malaysia Terengganu dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Terengganu akan mengadakan 'Terengganu Guide Idol' pada 9 Nov ini dalam usaha untuk melahirkan ikon pemandu pelancong yang boleh dijadikan contoh kepada pemandu pelancong lain di negeri itu.

"Langkah mengadakan pertandingan yang menyerupai program `Malaysian Idol' itu adalah untuk memupuk ketrampilan pemandu pelancong di negeri ini," kata Suhaimi.

Peserta akan diadili oleh tiga orang juri yang akan mengikuti lawatan mereka bersama pelancong dalam bas. Mereka akan diadili daripada segi cara penyampaian, maklumat, ketrampilan dan komunikasi.

Beliau berkata sejurus selepas perjalanan itu tamat, peserta yang terlibat akan diberikan pandangan dan kritikan oleh tiga juri berkenaan sama seperti konsep Malaysian Idol.

"Kita memberikan komen di hadapan pelancong yang turut sama dalam lawatan itu dan program ini bukan diadakan untuk memalukan pemandu pelancong itu tetapi untuk membina keyakinan diri mereka," katanya.

Pengerusi biro latihan Persatuan Pemandu Pelancong Terengganu, Mohd Nor Ismail, berkata sejak ditubuhkan tahun lepas, persatuan itu kini mempunyai 43 orang ahli yang kebanyakannya berumur 20-an.

"Yang menghairankan kita ialah mereka berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang tetapi apabila berhadapan dengan pelancong mereka berubah menjadi pemalu," katanya. BERNAMA

*Orang cakap saya seorang yang pemalu=)

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

4 Comments to "Pemandu Pelancong Terengganu Pemalu~"

  1. balik mesia nnti, jd pemandu pelancong eyh...

  2. haih bminat nk jd pmandu plancong ke?
    leh r t kte dpt pkhidmatan pcuma ble jln2 kt tganu(jgn sesat sudaa ;p)

  3. Anonymous

    www.myttgaterengganu.blogspot.com

    Tugas TG (Tourist Guide) sebenarnya berat, bukan sesenang yang disangka. Kena ada inisiatif untuk memajukan kerjaya. Kalau bercakap pun bukan boleh sembarangan, kena selalu update info terutama mengenai setempat, kena senyum walau penat, kena sabar walau apa keadaan sekali pun. TG tidak menghadkan umur, selagi larat bercakap, berjalan dan bertugas.... silakan....

  4. eheh..ada peluang pekerjaan ke di tourism terengganu?

    sebenarnya di sini pon pernah merasai pengalaman menjadi tourist guide di morocco ni..

    bese la dah ramai org dtg melawat morocco ni bile saya ada kat sini..=)

    mekaseh semua~

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft