Kunjungan VIP ke Morocco~

1) 11 Disember 2009 : Makan Malam Bersama Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Asas Tani

Kehadiran DS Noh bersama isteri dan juga pegawai-pegawai dalam kementerian beliau bertujuan untuk merasmikan Program Malaysia Best Week di Rabat. Program ini adalah untuk membantu promosi Konsortium Industri dan Asas Tani (KOMITA) untuk menembusi pasaran Morocco selepas London dan Vietnam.

KOMITA dianggotai oleh usahawan-usahawan muda Bumiputra yang memasarkan produk asas tani dari negara kita. Antara syarikat yang hadir adalah Noraini's Cookies, Muslim Best, Maduria dan banyak lagi.

Dalam majlis makan malam tersebut, DS Noh menerangkan sedikit sebanyak mengenai gagasan 1Malaysia selain menasihatkan agar rakyat Malaysia terutamanya golongan mahasiswa menyumbangkan bakti untuk tanah air pada masa akan datang.

DS Noh bersama isteri, Presiden PMMM dan juga Presiden PRM di meja makan VIP.

Antara dif-dif kehormat pada malam itu.
Paling kanan Dato' Zuraidah Atan, Chairman FAMACO Malaysia.


Dif-dif tambahan untuk model tag 1Malaysia.

2) 14 Disember 2009 : Lawatan Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu ke Morocco

Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai oleh YB Ustaz Khazan Che Mat, Exco Agama dan Penerangan Negeri hadir ke sini untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa institusi pendidikan Morocco bagi membekalkan pensyarah-pensyarah dalam bidang Bahasa Arab untuk diimport ke Malaysia khususnya Terengganu. Antara objektif lain juga adalah perbincangan mengenai status melanjutkan pelajaran ke sini dalam bidang Qiraat.

Antara yang hadir bersama delegasi tersebut adalah Timbalan SUK, Timbalan Mufti yang juga lepasan Morocco, Ustaz Abdul Halim Awang, Ketua Pegawai Ekskutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Tuan Haji Wan Harujan Sulaiman, Pengarah Institut Al-Quran Terengganu (IQT), Ustaz Abdul Aziz dan beberapa pegawai kerajaan lain.

Dalam majlis perjumpaan bersama sebahagian mahasiswa Terengganu di sini, YB Ustaz Khazan menyarankan agar generasi baru ini mendalami ilmu sebaik-baiknya untuk bekalan pada masyarakat kelak terutamanya dalam bidang Bahasa Arab dan juga Pengajian Islam. Antara kata-kata menarik beliau yang boleh dipetik adalah, "Japan has nothing, but Japan has Japanese".

Kata-kata itu bermaksud, selama mana pun pergantungan kita kepada hasil minyak, minyak akan kering juga. Jadi dengan modal yang dikeluarkan sekarang, hasrat kerajaan mahu melahirkan rakyat yang mempunyai intelektual tinggi walaupun pada masa itu kita sudah tiada kelebihan dalam material petroleum, tetapi kita masih mempunyai modal insan yang berguna untuk manfaat bersama.


Bergambar kenangan di depan Kedutaan Malaysia
bersama Datuk Duta dan Delegasi Kerajaan Negeri.


Saya, YB Ustaz Khazan dan Hariz.

3) 20 Disember 2009 : Makan Malam Bersama Delegasi Parlimen Malaysia ke Morocco

Delegasi dari Parlimen Malaysia ini hadir ke sini adalah melalui jemputan Parlimen Morocco untuk menjalinkan hubungan dua hala negara melalui Parlimen. Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Speaker Dewan, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang juga MP Santubong (BN). Turut hadir MP Sepang (BN), MP Kuala Langat (PKR), MP Limbang (BN) dan seorang lagi MP dari Sarawak(BN) bersama isteri masing-masing.

Apa yang membanggakan saya dalam delegasi ini, dua pihak dari parti politik berbeza boleh duduk semeja dan lebih dari itu boleh bersama dalam perjalanan sejauh ini. Inilah yang saya harapkan sebenarnya. Bersikap professional tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak di luar dewan. Mungkin di dalam dewan, kita berselisih pendapat mengenai sesetengah perkara, tetapi di luar dewan, kita tetap saudara.

Perkara ini juga biasa berlaku dalam mesyuarat AMT mahupun ALP PMMM. Percanggahan pendapat itu biasa semasa perbincangan, namun di luar kita tetap bekerja bersama-sama untuk manfaat semua.

Saya mendapat peluang untuk makan semeja bersama ahli-ahli Parlimen dan Jawatankuasa PRM. Antara topik perbincangan kami semasa menjamu selera pada malam itu adalah mengenai permasalah pengurusan tanah dan pembangunan di Morocco dan Malaysia, isu Wahabi dan mazhab-mazhab dalam Islam dan sampailah tajuk paling hangat di antara ahli-ahli Parlimen, perkahwinan Datuk Bung Mokhtar Radin, MP Kinabatangan dengan artis Zizie Ezzete.

Gambar melalui Google Earth semasa makan malam tersebut.

Bergambar kenangan Pihak Kedutaan Malaysia, JK Persatuan Rakyat Malaysia,
AMT Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi bersama Delegasi Parlimen Malaysia.


Bersama YB Haji Hasbi Hasbollah, MP P221 Limbang, Sarawak.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

4 Comments to "Kunjungan VIP ke Morocco~"

  1. pelawat

    salam
    apsal gambar yg last ni separuh jer?? hehe..

  2. wslam wbt.mekaseh kerana sudi melawat..

    kenapa yea, ada mslh ke gmbar separuh=/

  3. Anonymous

    sume gamba kene cas ni...

  4. erk..ramai ghupenye yg dtg..

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft