Esok Sabtu, Cutilah!

"Assalamualaikum, saya nak jumpa dengan Katib Am," ujar saya sejurus melangkah ke Amanah Ad-Dabt.

"Waalaikumussalam. Dia ada kat dalam. Masuklah," ujar perempuan muda yang duduk di sebelah makcik semalam. Lemah lembut.

Saya masuk terus ke bilik makcik Bengis semalam. Selepas memberi salam, saya terus menunjukkan surat permohonan.

"Kau pergi bilik sebelah."

Saya taknak layan makcik Bengis tu. Terus ke bilik sebelah dengan senang hati. Makluman, makcik sebelah pakai baju semalam.

Makcik bilik sebelah pula ambil dan perhatikan surat saya.

"Ok, kau datang esok untuk ambil slip,". ujar makcik tadi.

"Maaf, boleh saya tahu tarikh yang diminta tu masih kosong?"soal saya.

"Kejap aku tengok," balas dia sambil membelek fail yang tertera nama Dewan Chariff Idrissi di muka depan fail itu.

"Bulan Julai, semua masih kosong, kau jangan risau,"terangnya.

"Ok, terima kasih. Esok saya datang," saya membalas ringkas sambil terlintas di kepala yang diorang bekerja hari Sabtukah (?). Saya mengiyakan saja.

Setelah menarik nafas lega sambil bersyukur urusan dipermudahkan, saya terfikir untuk meninjau kawasan sekeliling kuliah. Saya nampak ada beberapa orang di dalam bilik pensyarah.

"Sesuai juga bilik ni dibuat tempat jamuan VIP," saya bermonolog sendirian.

Lantas saya berpatah ke bilik Fuad. Mahu bertanya mengenai bilik pensyarah itu.

"Ok, takda masalah. Kau ambik borang biru ni. Isi macam sebelum ni, lepas tu pergi hantar kat Katib Am yang kau uruskan tadi," ujar Fuad yang banyak menolong.

"Tanpa perlu surat permohonan?"

"Tak perlu. Hantar borang tu je. Cakap aku suruh."

"Baik tuan."

"Cik, ini permohonan kami nak minta guna bilik pensyarah. Sama tarikh dengan permohonan dewan Chariff Idrissi tu ya,"

"Ok, datang esok. Kau pelajar bidang mana?"

"Pengajian Islam."

"Oh, kau kena belajar bahasa Arab betul-betul walau kau bukan Arab. Kau kena faham dalil, kau kena tahu hukum-hakam agama. Kalau kau tak faham bahasa Arab, macamana kau nak faham agama, tak gitu?"

"Ya."jawab saya ringkas.

"Apa yang makcik bagitahu tu semua betul, tapi kenapa makcik yang faham bahasa Arab, masih tak reti nak bertudung?" saya bagitahu kepada makcik tadi yang terjelir leher tanpa seurat benang, tapi saya bagitahu dalam hati sajalah.

Sebelum balik, saya pergi mencari Fuad. Mahu berterima kasih di atas pertolongan dia.

"Fuad, terima kasih banyak-banyak atas pertolongan,"

"Tak perlu terima kasih atas kewajipan aku. Bagaimana, dah settle semua?"

"Alhamdulillah dah. Dia suruh datang esok pula,"

"Esok Sabtu, cuti la. Kau datang Isnin depan!"

Sekali lagi saya rasa bengang dengan makcik yang tersangat faham bahasa Arab tu. Bersangka baik, mungkin makcik tu tak ingat hari ni hari Jumaat.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Pakcik Makcik Morocco~

Bab 1

"Encik, ni surat permohonan kami," ujar saya sambil menghulurkan surat permohonan untuk menggunakan dewan bagi Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2009.

"Ok, kau pergi kat Amanah Ad-Dabt cari Katib Am. Kau buat urusan kat sana pulak, cakap aku suruh." balas Fuad, salah seorang petugas di Kuliah Markaz.

"Kat mana Amanah Al-Dabt?" Saya bertanya seorang pakcik yang kebetulan melintasi saya.

"Mari sini aku tunjukkan". Balas pakcik Lintas.

"Pemuda, kau ada hajat apa?" Sapa pakcik yang sedang membelek surat khabar As-Sobah.

"Fuad minta saya jumpa Katib Am, ni surat permohonan kami nak guna dewan.", balas saya kepada pakcik Belek tadi.

"Oh, ok. Mari sini ikut aku."

Pakcik Belek cakap sesuatu dengan seorang makcik sambil rujuk pada surat permohonan kami. Sebelah makcik tu ada seorang perempuan muda. Kerani barangkali.

Lepas pakcik tu habis cakap, dia ajak aku pergi kat seorang makcik lain pula di bilik sebelah. Muka bengis. Sungguh!

Pakcik Belek tu cakap saya pelajar Malaysia datang nak pohon dewan.

Makcik Bengis tadi tu tengok surat kami sekali pandang, lantas bagitahu,

"Kau datang esok pagi ya!"

Umur makcik Bengis ni saya agak-agak dah nak masuk 40-an kot, tapi pakaian tak cukup kain, kepala masih tak bertudung. Saya tahu sekarang musim panas, tapi agak-agak la makcik. Makcik tu lima kali ganda saya. Bayangkan wardrobe bilik saya bagi pakai baju saiz M!!!. Saya tak tahu samada kat Morocco ni ada tak etika pakaian semasa kerja.

Esok pagi kena jumpa makcik Bengis lagi. Harapnya makcik Bengis tahu esok hari Jumaat.

Bab 2

Saya berjalan ke arah pasar sweqa, sebab nak balik naik bas nombor 5. Tengah-tengah jalan sambil fikiran berawangan memikirkan ayat nak tulis entri kali ini, saya ternampak pula seorang pakcik yang sedikit mencurigakan di hadapan saya.

Berpakaian kemeja keluar, berseluar slack, berkasut kulit. Segak. Tiba-tiba pakcik tu londehkan seluar. Tanpa segan silu, dia memasukkan baju kemeja ke dalam seluarnya. Selepas perasan perbuatannya itu dilihat saya, dia terus berjalan ke depan sambil mengemaskan ikatan tali pinggangnya dan menutup zip seluarnya.

Saya fikir Morocco memang kurang tandas awam! Kasihan pakcik Londeh, nak masukkan baju ke dalam seluar pun sekadar di tepi jalan saja. Nasib baik yang terpandang tu Ikram Malaysia. Kalau Ikram Morocco..

Saya rasa tension. Saya lapar. Saya nak makan. Saya nampak BAMI.

Saya keliru. Saya lapar sebab tension atau saya tension sebab lapar.

*Nama Ikram di Morocco adalah untuk perempuan.

*BAMI ni macam spesis kedai kek dan roti kot.


Maaf. Saya bukan Ustaz Fathi yang mampu menulis ucapan dasar panjang-panjang, saya juga bukanlah pendeta Shahiddan yang mahir mereka-reka mitos-mitos hikayat melayu purbakala, bahkan saya tidaklah layak dibandingkan dengan Azim yang mampu menulis cerpen-cerpen dan menggarap jalan cerita-cerita jiwang yang menarik.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Institusi Masjid Di Morocco

Dikatakan Masjid Hassan Thani, Casablanca ini adalah yang ketiga terbesar selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Wallahualam.

Sekadar perkongsian mengenai institusi masjid di Morocco/Maghribi. Mungkin ada dipraktikkan di tempat2 lain juga :-

1-Penyediaan tempat rak kasut di dalam masjid. (ada di tepi saf dan di depan saf). Kita yang mahu solat pun rasa lebih tenang tanpa memikirkan keselamatan dan ‘kesedekahan’ kasut kita kepada sesiapa.

2-Pemberian dan pengedaran jadual/takwim solat pada setiap awal bulan Hijri. Dengan usaha sebegini, dapat memberi peringatan kepada jemaah tentang waktu solat dan bulan Islam. Sepanjang di Malaysia, saya rasa orang paling ingat pada waktu Maghrib bulan Ramadhan sahaja.

Syawal sedikit terkesan mungkin baru lepas Ramadhan. Namun lepas Syawal tu, rasanya dah ramai tak ingat bulan apa dan bila masuk waktu solat secara tepat.

3-Jemaah di sini amat mementingkan kelurusan dan kerapatan saf semasa solat. Kaki ‘wajib’ bersentuh dengan jemaah sebelah. Apatah lagi bahu. Betapa cantiknya hadith Nabi mengenai rapatkan saf ini. Saya pernah menulis mengenai lurus dan rapat saf di sini.

Sebelum Imam mengangkat takbiratul ihram, Imam berpaling ke arah makmum dan menegur mana-mana makmum yang belum rapat dan lurus saf secara langsung. Contoh : “Pak Mad, rapatkan lagi, ada ruang kosong lagi tu”. Mungkin ini adalah peranan penting Imam yang mesra jemaah sebelum mesra kanak-kanak, belia dll.

Ada banyak lagi yang mahu dikongsi bersama, tapi cukup setakat ini dulu bagi kali ini. Mungkin boleh dipraktikkan di Malaysia. InsyaALLAH.

Ekramhakim : Berhajat nak bina masjid Maghribi di Malaysia.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

BIASISWA/PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH TERENGGANU BAGI SESI PENGAJIAN 2009/2010

BIASISWA/PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAHTERENGGANU BAGI SESI PENGAJIAN 2009/2010

Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-pemohon yang berkelayakan daripada Anak Negeri Terengganu Darul Iman untuk mendapatkan pinjaman bagi mengikuti pengajian di pusat-pusat pengajian berikut:-

iii. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Mesir, Maghribi dan Jordan – Universiti Al-al Bayt, Universiti Mu’tah, Universiti Yarmouk dan Universiti Jordan.

2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

i. Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman.

ii. Pemohon atau ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman tetapi telah bermastautin selama tidak kurang dari 10 tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.

3. KELAYAKAN AKADEMIK

iv. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Jordan Dan Maghribi.

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaru dengan mendapat 5 Kepujian iaitu mendapat A 2 dalam matapelajaran Bahasa Arab Tinggi / Komunikasi dan sekurang-kurangnya Pangkat B dalam matapelajaran berikut:-

i. Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah

ii. Pendidikan Syariah Islamiah DAN

iii. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu

CARA MEMOHON

a. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu yang boleh didapati daripada Pejabat Yayasan Terengganu.

b. Pemohon juga boleh mencetak borang menerusi laman web rasmi Yayasan Terengganu: http://www.ytrg.terengganu.gov.my.

7. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi oleh pemohon hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:-

a. Salinan Surat Beranak pemohon, salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa atau penjaga serta surat pengesahan bermastautin bagi yang berkaitan.

b. Salinan sijil-sijil akademik termasuk keputusan penuh peperiksaan (transkrip).

c. Lima (5) keping gambar berukuran pasport (bagi mereka yang memohon ke Rusia dan Mesir).

d. Dua ( 2 ) keping gambar berukuran pasport (bagi mereka yang memohon ke program Jurutera / Juruteknik Penyenggaraan Dan Juruterbang Kapal Terbang).



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Jadual Peperiksaan Akhir~

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

AHAD

25

26

27

28

29

30

*FRANCAIS

31

1 JUN

2

3

4

*ANGLAIS

5

6

7

8

9

KOMPUTER

*USUL FIQH

10

*SIRAH-2

*SIRAH-4

11

*FIQH IBADAT

*TAWASUL

12

13

*QANUN

*TARIKH UTHMANI

*USUL FIQH

14

15

*TARIKH ISLAM-4

16

*TARIKH ISLAM-2

17

18

19

20

21




Ekramhakim : Doakan kejayaan bersama dan semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen. Bittaufeq Wannajah!

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Lepas Stadium, Pusat Akuatik Pula..

Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU 4 Jun - Kebimbangan kerajaan negeri terhadap tahap keselamatan projek mega yang baru siap di negeri ini berasas apabila Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terenggannu (MBKT) di Batu Burok di sini telah menunjukkan tanda-tanda bermasalah.

Air dari kolam renang di pusat itu dikesan meresap masuk ke lorong yang memisahkan kolam renang dengan 13 buah kedai di sisi pusat itu menyebabkan air bertakung lalu memasuki premis perniagaan itu.

Masalah itu didedahkan oleh para peniaga kedai berkenaan yang melahirkan kebimbangan keadaan akan bertambah buruk jika ia tidak ditangani dengan segera.

Seorang peniaga, Siti Hajar Nadia Abdullah, 23, berkata, air mula meresap masuk ke dalam kedainya sejak sebulan lalu.

''Masalah ini tidak berlaku bila saya mula berniaga di kedai ini pada April lalu.

''Bagaimanapun, sejak bulan lalu, saya dapat lihat air dari kolam renang meresap masuk ke kedai menyebabkan air bertakung di lantai," katanya.

Gadis yang berniaga di kedai nombor empat itu berkata, semua pekedai bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini ketika mereka sedang berniaga.

''Tambahan pula apabila berlaku runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin, kami lagi bimbang tahap keselamatan di pusat ini," ujarnya.

Suasana Dalam Pusat Akuatik

Seorang lagi peniaga, Abdul Rashid Abdul Wahab, 44, berkata, air meresapi dinding hingga memasuki lorong yang memisahkan kedai dan kolam renang.

Dia bimbang jika masalah itu dibiarkan, keretakan akan berlaku dan membahayakan nyawa peniaga.

Beliau meminta kerajaan negeri segera mengambil tindakan sekurang-kurangnya terhadap masalah air meresap ini supaya melegakan peniaga.

''Kita telah memaklumkan masalah ini kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan berharap tindakan segera diambil untuk atasi masalah ini.

''Kami bimbang jika berlaku kejadian tidak diingini di pusat ini seperti yang berlaku di stadium kelmarin," ujarnya.

Ekramhakim : Ada yang tak kena dengan projek mega di Terengganu ini. Lepas stadium, pusat akuatik pula. Kepada yang nak balik Terengganu bercuti melalui lapangan terbang, berhati-hatilah. Minta dijauhkan dari sebarang perkara yang tidak diingini. Ameen.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Versi Ustaz Azhar


Gambar Stadium Runtuh versi Ustaz Azhar


Biodata Ringkas Ustaz Azhar Idrus

  • Asal Kampung Ladang, Kuala Terengganu.
  • Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Stadium oh Stadium..




Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.

Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu termasuk pengarahnya, Ahmad Sabri Hussin berada di tempat kejadian bagi mengumpul maklumat serta keterangan berhubung kejadian itu.



Sumber dan Berita Lanjut.

Ekramhakim : Tak sempat kome nak gegarkan stadium, dah runtuh dah. Boleh tahan hangat, muka depan Utusan!



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Nur Kasih~

Makin banyak kisah-kisah yang diselitkan unsur Islam di dalamnya. Semoga Islamisasi masyarakat melalui media mampu diterjemahkan dengan baik. Nur Kasih di TV3. Suka betul buat perkara pelik-pelik di ambang genting akhir semester. Aduh!

Jadikannya hanya sebagai kekacang mahupun gula-gula. Bukan sebagai makanan ruji mahupun ulam atau minuman penghilang dahaga.=D


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft