
Lama tak kemaskini laman ini. Maklumlah
best sangat duduk di Malaysia ni. Kalau tak percaya, cubalah tanya abang bangla mahupun myanmar kat Mydin mahupun stesen-stesen minyak di Malaysia ni. Berlambak puak dia..
Ramadhan di Terengganu Alhamdulillah. Kerajaan Terengganu Bestari menyediakan 4 imam yang diimport khas dari Mesir untuk 4 buah masjid utama di Kuala Terengganu.
- White Mosque (Masjid Putih)
- Floating Mosque (Masjid Terapung)
- Farm Mosque (Masjid Ladang)
- Cristal Mosque (Masjid Kristal)

Selain itu, YAB Menteri Besar yang budiman telah mengedarkan kurma dan air zam-zam kepada rakyat-rakyat jelata seluruh Terengganu. Kalau tak silap 200,000 buah beg diedarkan sempena bulan Ramadhan ini.
Ok, kepada sesiapa yang mahu menghubungi saya untuk majlis berbuka puasa mahupun jemputan ke rumah terbuka sempena Aidilfitri sementara keberadaan saya di Malaysia, kalian boleh menghubungi saya di talian Celcom (013-7193260) atau Maxis (017-9424347). Kita juga boleh bertemu di White Mosque kecuali jika saya berada di luar kawasan liputan. Setakat ini dulu berita dari Kuala Terengganu. Kembali ke seri pentas. Mekaseh=)
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
Sekarang ni sudah seminggu berada di Malaysia. Alhamdulillah saya selamat sampai ke tanah air. Banyak kejutan yang berlaku pada minggu ini. Bermula dengan kejutan kepada ma saya yang tersayang dan adik beradik saya. Perancangan selama 4 bulan bersama abah saya berjalan mengikut apa yang telah ditetapkan. Tahniah kepada Pengarah Program kali ini.
Selepas ma dan adik-adik saya menerima kejutan, tiba giliran saudara mara, kaum kerabat dan sahabat handai saya pula. Mungkin selepas ini ada yang akan tahu kepulangan saya ke tanah air melalui laman ini.
Namun dalam saya membuat kejutan demi kejutan kepada orang-orang di Malaysia ini, saya juga tidak terlepas menerima kejutan. Adik saya yang akan menghadapi PMR tahun ini, Ikmal Hazim aka Abang Teh telah membuat kejutan kepada saya apabila dia lebih tinggi daripada saya. Tahniah diucapkan kepada beliau. 171cm - 167cm = 4cm beza. Boleh tahan jugak kena angkat kepala nak bercakap dengan dia.
Setakat ini di Malaysia masih belum ketemu durian, cendol, makanan laut, maggi goreng. Namun saya rasa selama seminggu ini, saya adalah orang yang paling akhir meninggalkan meja makan secara konsisten kerana dibuli oleh keluarga saya untuk menghabiskan semua makanan. Berat sebelum meninggalkan Maghribi : 61kg.
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
Maaf kerana laman ini tidak dikemaskini dalam jangka masa waktu yang lama. Saya mempunyai beberapa komitmen lain yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah sekarang berada dalam tempoh masa lapang dan bercuti sementara. Dapat cuti dari Tuan Presiden.
Antara komitmen-komitmen sebelum ini adalah :-
- Istiadat Konvokesyen Mahasiswa Malaysia di Maghribi 2009
- Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2009 (Mantap'09)
- Temasya Sukan SEA 2009
- Masalah kesihatan yang dihadapi oleh Sahabat dan Ayahanda Datuk Duta
- Ahli Majlis Tertinggi PMMM 2009/2010
- Laptop peribadi saya tidak berapa sihat dan baru pulih 2 hari lepas
Sekadar mahu mengemaskini laman ini. Sengaja mengemaskini laman ini di Abu Dhabi. Saja jalan-jalan kat Abu Dhabi ini. Lepak-lepak dulu kat airport 19 jam, pastu balik Rabat balik lepas ini.
Untuk makluman, handset saya sekarang kembali pulih seperti sediakala. Cara mahu membaiki handset anda tanpa perlu dihantar ke kedai? Tunggu untuk entri-entri akan datang. InsyaALLAH laman ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas ini.
Pengajian di Morocco sekarang semua cuti. Bukan sebab H1N1, tapi sebab memang ada cuti musim panas. Lebih kurang 3 bulan. Cuti semestinya
best, tapi
best itu tak semestinya cuti.
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
Waktu Tempatan 0922
Airport Abu Dhabi=D