|| 2009 ||


Antara nota-nota penting dalam hidup saya sepanjang 2009:-
  • Pemergian sahabat Maahad Al-Marhum Mohd Hatta Mohd Hanafi pada 24 Januari
  • Bertemu dengan ramai orang yang dikagumi. Antaranya adalah Pakcik Adznan dan Makcik Jamilah ketika datang melawat Morocco sekitar bulan Mei.
  • Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh pada Jun.
  • Ronda satu Kota Rabat dengan basikal bersama Incik Adli yang masih kurus waktu itu. Incik Adli waktu sekarang; tak sempat nak naik basikal, dah kena pergi cari kedai tayar basikal dulu..
  • Tarmizi menjalani pembedahan Tibi di Morocco..Tibi kena bedah ke?Huhu~
  • Pulang bercuti ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga..Mereka tahu setibanya saya di Lapangan Terbang KT. Terbaek!
  • Pulang ke Malaysia yang best! Bersama keluarga, kerabat dan sahabat~
  • Ramai senior-senior saya melangsungkan perkahwinan. Barakallahu Lakum.
  • Kehilangan nenek tersayang pada 15 November.
  • Dan lain-lain...

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Barakallahu Lakuma=)

Selamat Pengantin Baru buat Ustaz Faiz Mukmin aka Podo, 22 tahun dan pasangannya Kak Noor Syuhada binti Mohd Nazir yang telah sah menjadi pasangan suami isteri pada 18 Disember lepas. Semoga bahagia hingga ke syurga. Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma, wajama3a bainakuma fi kher=)

Kesibukan kami menerima VIP di sini tidak boleh dibandingkan dengan kehadiran VVVIP yang diterima oleh ustaz Podo dalam kehidupan beliau. Ustaz Fathi pernah berkata dia ada tertarik dengan seorang mahasiswi Morocco kata-kata Bernardshou, "Perempuan itu merasa resah akan masa depannya sehinggalah dia mendapat suami, dan lelaki itu tidak merasa resah tentang masa depannya kecuali setelah mendapat isteri."

Kami menanti majlis-majlis perkahwinan senior-senior kami terutamanya mantan-mantan Presiden PMMM, Ustaz Razizi, Ustaz Mus'ad dan juga Ustaz Fathi. Ustaz Afiq pun kalau nak langkah bendul pun apa salahnya...ngee=)

Ustad Podo debbor ke gane tu~

Rahem, nanti jangan malukan kaum suami=P

Sekali tengok macam adek ngan kakak..

Dating depan rumah

Hantaran bagi pihak lelaki


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Kunjungan VIP ke Morocco~

1) 11 Disember 2009 : Makan Malam Bersama Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Asas Tani

Kehadiran DS Noh bersama isteri dan juga pegawai-pegawai dalam kementerian beliau bertujuan untuk merasmikan Program Malaysia Best Week di Rabat. Program ini adalah untuk membantu promosi Konsortium Industri dan Asas Tani (KOMITA) untuk menembusi pasaran Morocco selepas London dan Vietnam.

KOMITA dianggotai oleh usahawan-usahawan muda Bumiputra yang memasarkan produk asas tani dari negara kita. Antara syarikat yang hadir adalah Noraini's Cookies, Muslim Best, Maduria dan banyak lagi.

Dalam majlis makan malam tersebut, DS Noh menerangkan sedikit sebanyak mengenai gagasan 1Malaysia selain menasihatkan agar rakyat Malaysia terutamanya golongan mahasiswa menyumbangkan bakti untuk tanah air pada masa akan datang.

DS Noh bersama isteri, Presiden PMMM dan juga Presiden PRM di meja makan VIP.

Antara dif-dif kehormat pada malam itu.
Paling kanan Dato' Zuraidah Atan, Chairman FAMACO Malaysia.


Dif-dif tambahan untuk model tag 1Malaysia.

2) 14 Disember 2009 : Lawatan Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu ke Morocco

Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai oleh YB Ustaz Khazan Che Mat, Exco Agama dan Penerangan Negeri hadir ke sini untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa institusi pendidikan Morocco bagi membekalkan pensyarah-pensyarah dalam bidang Bahasa Arab untuk diimport ke Malaysia khususnya Terengganu. Antara objektif lain juga adalah perbincangan mengenai status melanjutkan pelajaran ke sini dalam bidang Qiraat.

Antara yang hadir bersama delegasi tersebut adalah Timbalan SUK, Timbalan Mufti yang juga lepasan Morocco, Ustaz Abdul Halim Awang, Ketua Pegawai Ekskutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Tuan Haji Wan Harujan Sulaiman, Pengarah Institut Al-Quran Terengganu (IQT), Ustaz Abdul Aziz dan beberapa pegawai kerajaan lain.

Dalam majlis perjumpaan bersama sebahagian mahasiswa Terengganu di sini, YB Ustaz Khazan menyarankan agar generasi baru ini mendalami ilmu sebaik-baiknya untuk bekalan pada masyarakat kelak terutamanya dalam bidang Bahasa Arab dan juga Pengajian Islam. Antara kata-kata menarik beliau yang boleh dipetik adalah, "Japan has nothing, but Japan has Japanese".

Kata-kata itu bermaksud, selama mana pun pergantungan kita kepada hasil minyak, minyak akan kering juga. Jadi dengan modal yang dikeluarkan sekarang, hasrat kerajaan mahu melahirkan rakyat yang mempunyai intelektual tinggi walaupun pada masa itu kita sudah tiada kelebihan dalam material petroleum, tetapi kita masih mempunyai modal insan yang berguna untuk manfaat bersama.


Bergambar kenangan di depan Kedutaan Malaysia
bersama Datuk Duta dan Delegasi Kerajaan Negeri.


Saya, YB Ustaz Khazan dan Hariz.

3) 20 Disember 2009 : Makan Malam Bersama Delegasi Parlimen Malaysia ke Morocco

Delegasi dari Parlimen Malaysia ini hadir ke sini adalah melalui jemputan Parlimen Morocco untuk menjalinkan hubungan dua hala negara melalui Parlimen. Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Speaker Dewan, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang juga MP Santubong (BN). Turut hadir MP Sepang (BN), MP Kuala Langat (PKR), MP Limbang (BN) dan seorang lagi MP dari Sarawak(BN) bersama isteri masing-masing.

Apa yang membanggakan saya dalam delegasi ini, dua pihak dari parti politik berbeza boleh duduk semeja dan lebih dari itu boleh bersama dalam perjalanan sejauh ini. Inilah yang saya harapkan sebenarnya. Bersikap professional tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak di luar dewan. Mungkin di dalam dewan, kita berselisih pendapat mengenai sesetengah perkara, tetapi di luar dewan, kita tetap saudara.

Perkara ini juga biasa berlaku dalam mesyuarat AMT mahupun ALP PMMM. Percanggahan pendapat itu biasa semasa perbincangan, namun di luar kita tetap bekerja bersama-sama untuk manfaat semua.

Saya mendapat peluang untuk makan semeja bersama ahli-ahli Parlimen dan Jawatankuasa PRM. Antara topik perbincangan kami semasa menjamu selera pada malam itu adalah mengenai permasalah pengurusan tanah dan pembangunan di Morocco dan Malaysia, isu Wahabi dan mazhab-mazhab dalam Islam dan sampailah tajuk paling hangat di antara ahli-ahli Parlimen, perkahwinan Datuk Bung Mokhtar Radin, MP Kinabatangan dengan artis Zizie Ezzete.

Gambar melalui Google Earth semasa makan malam tersebut.

Bergambar kenangan Pihak Kedutaan Malaysia, JK Persatuan Rakyat Malaysia,
AMT Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi bersama Delegasi Parlimen Malaysia.


Bersama YB Haji Hasbi Hasbollah, MP P221 Limbang, Sarawak.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Apa yang kita faham tentang 1Malaysia?


Apa yang kita faham tentang 1Malaysia?

1. Menyamaratakan hak antara semua kaum sepertimana yang diperjuangkan oleh DAP dengan gagasan "Malaysian Malaysia"?

atau

2. Memberikan hak yang sepatutnya kepada semua rakyat Malaysia mengikut kaum dan agama tanpa mengabaikan keadilan dalam pentadbiran. Dengan kata mudah, melaksanakan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dengan sebaiknya?

Dalam satu majlis di sini, ketika Datuk Duta memperkenalkan beberapa pasangan Malaysia+Morocco, Malaysia+Perancis dll, beliau ada menyatakan bahawa kita sebenarnya telah lama mengamalkan gagasan 1Malaysia ini. Adakah 1Malaysia itu bermaksud membina keluarga dengan bangsa lain?

Bagi pandangan saya, apa yang Datuk Duta perkatakan itu lebih menjurus kepada gagasan 1Ummah. Mungkin gagasan yang bernas ini boleh dikupas dalam OIC atau Pertubuhan Islam yang sewaktu dengannya.

Sekarang ini, apa yang kita sebagai rakyat Malaysia faham mengenai gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri kita yang keenam, YAB Datuk Seri Najib Razak? Tidak dinafikan idea lama, tapi disegarkan kembali demi kelangsungan melahirkan bangsa Malaysia yang di dalamnya pelbagai kaum dan etnik.

Yang penting, 1Malaysia bukanlah hanya sekadar untuk dipopularkan dengan ucapan 'Salam 1Malaysia' di media massa mahupun di grup PMMM=)

Mohon pendapat. Mekaseh~


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Aidiladha 1430 [2]

Aidiladha kali ini lebih aman dan sejahtera diraikan. Alhamdulillah tahun ini tiada perkara yang tidak diingini berlaku di sekitar Rabat, terutamanya Bouhlal. Kebiasaannya, kes rompak dan ragut akan kedengaran di sini melibatkan pelajar-pelajar Malaysia. Kesyukuran kami panjatkan kepadaMu ya ALLAH. Mungkin usaha awal untuk membendung daripada perkara ini berlaku berjaya dilaksanakan; nasihat kepada ahli-ahli Rabat, terutamanya adik-adik baru dan juga pengawasan ketika keluar rumah. Doa juga tidak dikesampingkan. Semoga berterusan, insyaALLAH.=)

Ingin mencuba dan merasai kelainan suasana dan budaya perayaan Hari Raya amatlah diharap-harapkan oleh setiap orang. Di Malaysia, Mauritania, Bulgaria, Kutub Utara mahupun Kutub Selatan, pasti ada suasana yang berbeza. Namun apa yang penting, sebelum kita nak merasai kelainan suasana tersebut, biasakanlah dulu dengan suasana kita. Maklumkanlah dahulu permusafiran kita kepada sahabat-sahabat kita yang berada di samping kita. Kita hidup berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat. Janganlah sampai sahabat terdekat sendiri pun tertanya-tanya di manakah kita berada di pagi raya..~

Ketika entri ini ditulis, daging kambing hasil pemberian penduduk-penduduk sekeliling masih belum kehabisan. Dua minggu sudah kami berdagingkan kambing. Tapi harus tahu, kambing Morocco tak sama dengan kambing Malaysia=)

Foto kenangan Aidiladha kali ini di Morocco. Aidiladha ketiga saya di sini. Kredit foto kepada Tajudin Zainul Abidin dan Haziq. Selamat menonton! Mekaseh.



Pak Tam Interframe~

Sudah potong?

Sesuai tak?

Che Yem; Cicit Onn Jaafar

Pokchek riang selepas membaca ucapan dasar ketua penghulu.
Pen di koceknya menunjukkan keseriusan beliau menguruskan penduduk.
Vote for Chek!

Bersama adek Sya kita..=)

Pak Tam menunjukkan sifat ke'PakTam'annya di tepian kolam~

Fotogenic || Serasi Bersama=>

Oren|Merah|Hitam|Kuning


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Aidiladha 1430~

Rasa macam sudah terlambat untuk mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua pengunjung laman ini. Sekadar perkongsian untuk tatapan keluarga dan sahabat yang berada di Malaysia dan selainnya. Tahun lepas, kami menjalani ibadah korban bersama rakyat-rakyat Malaysia yang bekerja di Syarikat Al-Hidayah, namun kali ini kami berkesempatan untuk beraya bersama-sama kenalan Arab yang duduk berhampiran kediaman rasmi kami di Bouhlal.

Selain foto-foto di bawah, kami juga ada mendapat jemputan ke rumah Arab menikmati roti bersama daging 'Tanjiah', masakan tradisi mereka di sini. Seperti mana yang semua sudah maklum, Aidiladha bagi masyarakat Arab adalah lebih bermakna berbanding Aidilfitri. Foto-foto ini menceritakan 1001 kisah kami di sini=)

Juga saya letakkan bersama di sini link entri untuk Aidiladha kami pada tahun lepas. Kalau tidak silap saya, itulah entri pertama saya yang berkonsepkan berita sebelum saya menjadi wartawan PMMM secara rasmi.


Khatib bersemangat memberi khutbah raya~

Agenda biasa; bergambar di depan pintu masjid.
3 orang dilimpahi cahaya di pagi raya=)


Bersama Abdul Rahman dalam ibadah penyembelihan tahun ini~

Melapah kulit biri-biri.[ Nuruddin dan Abdul Rahman]

Bergambar kenangan bersama Datuk Duta~

-VVIP-

Baru perasan ada jejaka2 termenung..

Antara hadirin yang datang ke rumah terbuka Mohammedia.

Tonggak utama majlis. Terima kasih banyak-banyak tuan wilayah=)



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Cinta Itu Bererti Memberi~


CINTA ITU BERERTI MEMBERI

Sedikit perkongsian artikel dari Ustaz Pahrol Muhammad Juoi.

Semoga bermanfaat.

TIRULAH SIFAT AL-WAHAB ALLAH S.W.T :-
  • Memberi sebelum dipinta
  • Memberi berulang-ulang kali dan berterusan
  • Memberi segala sesuatu yang sangat berharga
  • Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan

Tiada komen saya untuk artikel ini. Harap maklum.

Sila bersangka baik terhadap alam sekeliling anda.

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Disember~

Sifat ahli kelab Disember dari kajian oleh Dr Fadzilah Kamsah.=)
  • Sangat setia dan pemurah
  • Bersifat patriotik
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • Bercita-cita tinggi
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • Seronok didampingi
  • Suka bercampur dengan orang
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
  • Tidak pandai berpura-pura
  • Cepat marah
  • Perangai yang berubah-ubah
  • Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • Benci pada kongkongan
  • Suka berlawak
  • Pandai buat lawak
  • Berfikiran dengan logik.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft