Oleh: Akram Hussein Al-WaliyaRABAT-Walaupun sambutan Aidiladha di Rabat pada tahun ini disambut dengan penuh sederhana, namun kemeriahan yang tersirat disebalik perayaan terbesar umat Islam ini tidak dapat disembunyikan.
Bermula dengan program 'Gema Takbir' pada malam raya, kemudian acara korban di pagi raya dan seterusnya Majlis Rumah Terbuka di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Maghribi melengkapkan kemeriahan sambutan mereka, anak-anak perantau di Rabat khususnya dan Morocco amnya.
Ketika bertakbir di kediaman Encik Kamil Program 'Gema Takbir' anjuran Persatuan Rakyat Malaysia (PRM) dengan kerjasama mahasiswa-mahasiswa Rabat ini dianjurkan bertujuan untuk menghidupkan malam raya di sini dengan kalimah-kalimah membesarkan ALLAH s.w.t.Selain itu, program ini juga berhasrat untuk mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat Malaysia di sini dan juga sebagai pengubat rindu rakyat Malaysia, terutamanya mahasiswa-mahasiswa terhadap keluarga di Malaysia pada musim perayaan.
Alhamdulillah, program yang berlangsung pada malam raya ini berjaya dijalankan di empat buah rumah keluarga Malaysia di sekitar Rabat.Bermula di kediaman Encik Kamil Bin Hj. Bahrin (Pengurus Urusan Syarikat Al-Hidayah), seterusnya di kediaman Encik Amir Stephen (Pengurus Ekskutif Syarikat Teknologi Air DYTRAS), kemudian di kediaman Encik Khairul Shahril (Pegawai Jabatan Perdana Menteri), dan akhir sekali di kediaman Puan Rohana (Setiausaha Duta Besar Malaysia ke Maghribi).Tidak ketinggalan, kehadiran Datuk Duta di venue terakhir program, melengkapkan kemeriahan 'Gema Takbir' ini.
Kehadiran Datuk Duta melengkapkan program~ Pegawai Syarikat Al-Hidayah, Encik Haris dan Encik Faizal sedang menghiburkan hati bebiri tersebut sebelum bebiri tersebut menghembuskan nafas terakhir~
Mengulas tentang sambutan Aidiladha di Rabat pada tahun ini, Penghulu Wilayah Rabat yang tidak mahu namanya disiarkan berkata,"
Pada mulanya untuk Aidiladha kali ini, perancangan kami adalah membeli seekor bersama sebadan bebiri untuk penduduk wilayah kami.Namun, dengan kemelesetan ekonomi semua penduduk Rabat, perancangan awal kami itu terpaksa ditangguhkan untuk tahun depan, insyaALLAH."
"Kita sebenarnya tidak mahu menjadi seperti budaya Arab di sini.Jika kita mampu untuk beli, kita beli.Kalau kita tidak mampu, buat apa kita mahu menyeksa diri kita sendiri.Banyak lagi perkara penting untuk kita perlukan duit.Maksud saya, dahulukan yang lebih penting.InsyaALLAH rezeki ada di mana-mana..", ujar beliau.
Menjawab soalan tentang program 'Gema Takbir' ini pula, beliau berkata,"
Kita bekerjasama dengan PRM untuk menjayakan program ini.Selain kita boleh bertakbir, kita juga sama-sama boleh merapatkan hubungan kita sebagai mahasiswa-mahasiswa di sini dengan mereka semua ini yang sudah boleh dianggap sebagai keluarga sendiri."
Tanpa menyoal, dia mengulas lagi, "
Saya turut berbangga dengan program 'Gema Takbir' kali ini kerana pada malam ini, kita boleh melihat semua sahabat-sahabat kita, setiap seorang mengetuai takbir.Ini merupakan satu perkembangan yang sihat untuk masa depan!"
Berkenaan dengan harapan beliau sebagai Penghulu Wilayah Rabat sempena Aidiladha kali ini, beliau menyarankan agar semua umat Islam bersyukur dengan apa yang dimiliki."
Bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada sekarang.Berfikirlah tentang saudara-mara kita yang kurang bernasib baik.Hari ini, saudara kita di Palestin disekat bekalan makanan oleh pihak Israel.Dalam kita mengeluh kesusahan, kita harus ingat, ada lagi yang lebih susah..Bersyukurlah dan hargailah!"
Ustaz Azri dan Ustaz Fikri sedang menenangkan perasaan bebiri itu sebelum berkorban jiwa raga~ Labu (bukan nama sebenar) menunjukkan lemak bebiri yang dijemur untuk juadah tengahari beliau~ Di pagi Aidiladha, mahasiswa-mahasiswa Rabat telah mendirikan solat sunat Aidiladha di Masjid Umrah, lebih kurang 3 kilometer dari kawasan kediaman mereka.Sejurus selesai dari solat sunat Aidiladha itu, sebahagian daripada mereka bergegas ke Pejabat Utama Syarikat Al-Hidayah untuk acara penyembelihan korban 4 ekor bebiri dan pada petangnya pula, mereka memenuhi jemputan Datuk Duta di Kediaman Rasmi beliau.-
TanpaNama"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
0 Comments to "Aidiladha Di Rabat~"
Post a Comment