Kita Prihatin~

Tiit..Tiit..

1 New Message

Opening..
"Adakah kita tidak sanggup untuk menghulurkan kepada sahabat kita sekurang-kurangnya harga serubu3 dajaj (1/4 ayam goreng yang menjadi menu utama seluruh Morocco)??Kekenyangan kita tidak sempurna andai dalam masa yang sama ada sahabat kita dalam kesusahan.."
Reply..
"Harga serubu3 dajaj berapa yea?=D"
Itulah antara komunikasi teknologi jari untuk mengajak sahabat-sahabat berfikir.Berfikir tentang kehidupan, berfikir tentang menghargai nikmat, jua berfikir tentang makna P.R.I.H.A.T.I.N. Membantu meringankan beban orang lain sedangkan diri kita masih mampu untuk hidup seperti sediakala.Jangan lupa!Jangan alpa!

Pada hari Khamis yang lepas, salah seorang mahasiswi di sini telah menjalani satu pembedahan kerana telah dikenalpasti menjadi salah seorang pesakit appendix.Bermula jam 1200 pagi, selesai lebih kurang jam 1.00 pagi.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan Alhamdulillah beliau kini sudah beransur pulih selepas beberapa hari menjalani pembedahan.

Saya berkesempatan pada hari ini untuk melawat beliau di Hospital Idrissi, Kenitra bersama beberapa senior.Alhamdulillah, beliau sudah mampu untuk tersenyum dan bertutur dengan baik walaupun masih belum pulih sepenuhnya.Dari hasil perbualan kami tadi, beliau akan keluar dari hospital yang sangat mengerikan itu beberapa hari lagi, jika keadaan mengizinkan.Mungkin berkat doa keluarga dan sahabat-sahabat beliau memudahkan perjalanan ini selain sokongan dan semangat dari mereka juga barangkali sebagai rahmat.Kagum!

Kita sepatutnya harus bersyukur kerana masih dicampakkan perasaan P.R.I.H.A.T.I.N. kepada alam sejagat kita, masyarakat sekeliling kita dan kepada saudara-mara kita.Melihat pada status-status di YM, berita tentang kebanjiran kita yang datang melawat dan sokongan moral melalui emai-email, amat membuktikan bahawa kita di sini hidup dalam satu keluarga.Dari zahirnya tidak, namun dari lahirnya wujud.Syukur!

Ujian sebenarnya membawa hikmah.Hayatilah yang tersirat disebalik yang nyata tersurat. Prihatin. Bersatu. Pengorbanan. Teringat satu cogan kata ketika di Maahad dahulu, "Berkongsi Kelebihan, Menampung Kekurangan..".Apalah sangat serubu3 dajaj itu..Cayyok!!




"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

2 Comments to "Kita Prihatin~"

  1. Anonymous

    Rubu3 dajjaj sini 20 dirham. Kalau qamrah berapa? hohohhohoho..selamat berprihatin! allahu yashfiha..ameen.

  2. klu kat qamrah..siang 20dh ke kot..
    malam klu xsilap 22@23dh.cas letrik kot...xpasti la..x bese la makan2 kat kedai ni..jatuh thiqah org kate..salafi arr..eheheh=P

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft