Berani Untuk Mati~



"Ini merupakan satu ciuman ucap selamat tinggal untuk anda, anjing!" jerit Muntadar Al-Zeidi ketika melemparkan salah satu kasut ke arah Bush."

"Dan ini adalah daripada balu-balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq," satu lagi kasut bersaiz 10 terbang kearah kepala sang Bush.

HANGAT

Itulah insiden yang paling hangat di dunia ketika ini.Semua media di seluruh dunia memaparkan insiden ini di muka depan akhbar masing-masing.Sidang akhbar Bush bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri Al-Maliki di Baghdad kecoh dengan keberanian seorang wartawan televisyen Al-Baghdadia yang berpusat di Kaherah, Mesir itu.

Namun, kedua-dua 'peluru' itu tidak menepati sasaran.Sayang.Andai salah satu atau kedua-dua 'peluru' itu terkena kepala sang Bush, itu sudah cukup sebagai penghinaan dan pengaiban kepada 'tokoh anti-terroris' itu kerana melemparkan kasut kearah seseorang merupakan satu budaya arab bagi menunjukkan penghinaan.

[Al-Zeidi membaling kasutnya dengan sepenuh hati]

BERANI MATI

Saya tersenyum membaca tajuk berita ini malam semalam.Mungkin sedikit bangga dengan keberanian wartawan muda itu.Muntadar Al-Zeidi memang seorang yang betul-betul berani.Bukan sebarangan berani, tetapi berani untuk mati.Serangan secara face to face dengan Bush dan kutu-kutunya memerlukan segenap kekuatan dan keberanian dalaman yang bukan main-main untuk menghadapi sebarang risiko selepas tindakannya itu.Tidak pernah terfikir dek orang.

Adakah kita terbayang apa yang sedang terjadi ke atas diri beliau sekarang?Jika perkara ini berlaku di Malaysia, tempat pertama Al-Zeidi adalah ISA.Untuk setakat ini, sumber terkini melaporkan bahawa beliau masih lagi dalam siasatan anggota-anggota perkhidmatan rahsia dan ejen keselamatan Iraq.

[Al-Zeidi di kerumuni oleh egen keselamatan Iraq sejurus balingan kedua]

Kini Al-Zeidi dianggap sebagai hero oleh rakyat Iraq khususnya dan bangsa Arab amnya.Tahniah diatas keberanian itu.Namun, keberanian itu perlu kena pada tempatnya., perlu kena pada keadaannya.Saya doakan semoga ALLAH melindungi anda sentiasa, Muntadar Al-Zeidi!





"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

0 Comments to "Berani Untuk Mati~"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft