Reborn~



Pada 11 November yang lepas, usia saya telah mencapai angka 19.Terdetik di dalam kepala saya, apa yang telah saya dapat selepas 19 tahun melalui mehnah-mehnah kehidupan selama ini.Apakah saya sudah bersedia untuk meninggalkan zaman belasan tahun saya ini?Adakah baru 19 atau sudah 19??

POSITIF

“Baru 19..Masih muda lagi..Banyak lagi masa untuk belajar tentang kehidupan ini..Masih punya peluang buat diri..”

“Baru 19, Awal sangat-sangat kalau nak dirikan rumah tangga tu..banyak lagi yang perlu dikejar..”

NEGATIF

“Alamak!Dah 19, apa yang telah aku dapat?Apa yang telah aku punya?Apa yang telah aku buat?”

“Aduiii! Dah 19 pon takde buah hati lagi..Kesiannya…Kene mandi bunga ni..”

Bertitik tolak daripada fikrah inilah, saya berazam untuk memberanikan diri melangkah dengan lebih berani.Oleh sebab itu, pasti sahabat-sahabat sekalian dapat melihat beberapa perubahan dalam penulisan saya kali ini dan akan datang insyaALLAH, selepas beberapa ketika saya sunyi tanpa berita disini.Mungkin mencari kekuatan dan semangat.Mungkin...barangkali…~

REBORN

Setelah beberapa kurun bercuti tanpa gaji daripada profession blogger ini, mungkin kerana berlaku satu kejutan budaya dalam diri saya semenjak dua menjak ini, saya berusaha untuk mengubah diri ini ke arah yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.Usia semakin bertambah, amanah semakin bertimbun, dan kehidupan semakin bercorak.Dengan sedaya upaya, saya terus, terus dan terus mencari ilham dan semangat untuk membuat anjakan paradigma bermula dari blog saya kerana saya tahu bahawa blog saya telah menjadi sebahagian daripada diri saya sendiri.



Untuk membina sesuatu yang baru, pasti bermula dari bawah dan itu pasti akan membazirkan masa dan tenaga saya jika saya membuat keputusan membina satu blog baru sedangkan saya sudah mempunyai blog peribadi sebelum ini walaupun baru berusia setahun manggis.Saya merasakan memperbaiki sesuatu yang telah ada lebih relevan daripada membina sesuatu yang baru.Pasti!Itu keputusan saya terhadap blog kesayangan saya ini.Dan sekarang, inilah hasilnya.Blog yang dulu telah menjadi blog yang sekarang, cukup menyenangkan hati saya.Bagai pembedahan plastik. Saya puas!

NAMA PENA

Terfikir untuk menukar nama pena kepada sesuatu nama yang lebih realistik dengan keadaan semasa, kepala saya sentiasa kepeningan untuk mencari ilham.Kurang keyakinan untuk menggunakan nama sendiri seperti sahabat-sahabat yang lain, adalah salah satu punca saya sukar untuk membuat keputusan tentang itu.Namun akhirnya nama ‘ekramhakim’ telah diabadikan sebagai nama pena saya bermula detik ini.Nama ini diambil dari nama saya sendiri, tapi sedikit diedit kerana nama ‘ikramhakim’ telah digunapakai oleh pihak lain.Tak disangka, popular juga nama itu.

Kata orang, nama pena saya sebelum ini ‘depankomputer’ mempunyai keunikan tersendiri, lain dari yang lain dan mungkin kreatif bagi orang yang berjiwa seni.Tetapi, ‘depankomputer’ ini juga seringkali disalahtafsirkan sebagai seorang yang 24 jam duduk di hadapan komputer, tiada kerja lain melainkan komputer dan tiada kehidupan lain dalam harinya kecuali komputer.Semuanya mempunyai pro dan kontra.Pada asalnya, nama ‘depankomputer’ ini terlintas secara tidak langsung dalam fikiran saya ketika membuat akaun Youtube di Malaysia ketika dulu.Tak disangka, nama ‘depankomputer’ pernah menjadi sebutan ramai di medan blog mahupun di medan Youtube.Terima kasih kerana sudi menyokong.Saya masih sayangkan ‘depankomputer’, namun apakan daya, pengorbanan perlu dilakukan demi sebuah misi dan visi yang lebih jauh, pasti!



WARNA

Tidak dinafikan sebelum ini, bahawa saya ter-amat-sangat selesa dengan warna hitam.Bermula daripada barang aksesori, pakaian dan serba bendalah di sekeliling saya, kebanyakannya bukan putih, tetapi hitam!Barangkali saya dah jadi Man In Black.Keselesaan saya ini terbawa-bawa juga ke dalam design blog saya sebelum ini.Namun, demi usaha untuk mengubah warna dalam kehidupan saya, saya ingin keluar dari ‘zon gelap’ ciptaan sendiri.Lebih-lebih lagi selepas komentar daripada Abu Saif tentang blog saya supaya kelihatan lebih ceria, segar dan tidak berwarna hitam seperti blog p*rno pada era pra-blog.Terima kasih kepada Abu Saif kerana sudi menziarahi dan memberi pendapat tentang blog saya.Terharu.Bukan untuk di alam maya sahaja, tapi di alam nyata juga, kini saya sedang berusaha untuk mewarna-warnikan kehidupan saya.Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini, peratusan hartabenda hak milik saya yang bukan berwarna hitam semakin bertambah.Tahniah!

Tidak dilupakan juga, kredit untuk Pakcik Al-Fannani kerana telah memberi tunjuk ajar dalam mengedit template blog kepada saya ketika beliau masih berada di bumi Morocco ini.Semoga beliau sentiasa di dalam rahmat ALLAH dan dipermudahkan jalan dakwah melalui ayat-ayat puitis marga wirawasta beliau.Walaupun tidak secantik mana blog ini, namun saya berpuas hati dengan hasil editan saya sendiri dengan citarasa terkini; ceria, bebas, tenang, lebih matang dan yang paling penting, tidak hitam!

OPTIMIS

Ibarat kelahiran semula blog ini adalah selari dengan pembentukan semula spirit dalam diri saya setelah usia semakin meningkat.Melangkah dengan lebih matang dengan penulisan maya yang lebih segar, idea yang lebih kritis menuju kearah merealisasikan impian menjadi blogger yang berjaya dalam misinya terhadap pembaikan masyarakat, insyaALLAH.Dengan meletakkan Abu Saif, Dr MAZA dan Ustaz Azhar sebagai ikon da’ie saya, saya optimis untuk menyatakan pendapat dan berkongsi idea dengan sahabat-sahabat sekalian seterusnya memberi latihan kepada diri saya menghadapi masyarakat kelak.

Tulisan ini bukanlah dari seorang yang ma’sum, bukan juga dari seorang yang alim jauh lagi dari seorang yang warak.Betulkan apa yang tersilap, dan sokonglah apa yang benar.Saya sedang dalam pelajaran tentang kehidupan.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

6 Comments to "Reborn~"

  1. uh...proses pemanasan enjin..pembakaran minyak itam..menjadi minyak oren..hehe..

    insyaAllah, semoga sentiasa beroleh kekuatan utk meneruskan perjuangan..kekuatan lahiriah x tahan lama.sbb tu, andai diri ingin mencari kekuatan, maka batiniahlah yang perlu ditingkatkan..seterusnya baru dapat diterjemah pada perlakuan zahiriah..

    pepun, hidup x lama..smg kite sume sama2 dpt berubah..ke arah yg sepatutnya..sbg muslim yg mukmin..

  2. Alf mabrouk atas pembaharuan ini..semoga sentiasa berjaya dalam apa jua yang ingin dilakukan.... semoga peningkatan usia seiring dengan kematangan diri.. :)

    P/s : VK nak kicap ..bile la boleh dapat?

  3. jalen

    perubahan yg baik itu indah..
    kicap itu indah..
    maka : perubahan itu kicap!
    Bersama JALEN!!

  4. #to asyrazi : ameen..same2 berharap..same2 berdoa...bantulah saya..eheh

    #to zahirahzahid : insyaALLAH seperti lagu seiring dan sejalan..erm..qitar retard la..ada idrab..tu pasal kicap sampai lambat skit tu..=P

    #to jalen : tengah iklan JALEN k ni???uhuhu~

  5. waaa..ikram !!!

    or dulu panggil keram jer..hehe

    tahniah !!!

    aku tabik la mu ni...

    teruskan usaha murni anda itu...

    jgn lupa senior mu ini...

    moga slalu dlm doamu..

    maaf atas sgala apa yg berlaku dahulu...

    again,TAHNIAH !!!

    slm...takbir !!!

  6. wlsam..eheh..ingt jer senior ni..
    ahah..xdop mnde pon..bese2 jer..
    ok,mekasih bnyak2..=D

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft