Baru Balik Dari Kelas Vokal AEIOU~

Tahun ini kami mahasiswa-mahasiswi di Rabat akan menjalankan program wilayah bersempena cuti minggu Maulidurrasul semacam semasa saya di tahun pertama. Tahun lepas pihak Exco Rohani PMMM buat program secara berpusat di kediaman rasmi Datuk Duta, jadi takdelah program mengikut wilayah masing-masing. Bukan sebab penghulu Rabat tahun lepas tak buat kerja yea=P

Program kami akan bermula malam ini, Konsert Gala Nasyid Extravaganza mengikut batch yang memang best. Nama je nak sedap, padahal pentas pun takde lagi. Apa-apa pun tempat persembahan yang akan berlangsung konsert mega malam ini dah masuk TV dan suratkhabar. Kiranya dah sama taraf dengan Stadium Bukit Jalil la kan3?=>

Sabtu pulak ada pertandingan forum dan kuiz. Pertandingan ini pula mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Tapi kumpulan kami semua penyenyap je semua. Lebih-lebih lagi saya ini, memang penyenyap terus. Kalau cakap, keluar emas. Dahlah ahli kumpulan kami ramai yang dah injured ni. Nak kena report dengan pihak penganjur ini. Ada siapa-siapa yang sabotaj ahli kumpulan kami, takut la tu..Perang psikologi sudah bermula~

Tak ingat nak bagitahu, nama kumpulan kami 'Seven's Spirit'. Nama kena stylo walaupun dah dua orang ahli kumpulan kami injured. Yang penting semangat tu penting. Kalah menang nombor dua. Saya masuk forum kot. Dah lama tak bercakap depan audiens. Dulu biasa jugak ceramah-ceramah dengan Ustaz Jamil Khir, tapi sekarang busy sket..Biasalah Timbalan Presiden=D

Ok la, nanti sambung balik. Nak buat persiapan akhir untuk persembahan malam ini. Gempak sangat band tahun 3 punya present. Tapi takleh lawan Duet Khai dan Qim la..ok, jumpa malam ini semua. Sila sediakan tisu masing-masing untuk persediaan kekalahan kalian. Lastly, nak puji pengarah program skit. Program ini best sebab nilai kebersamaan tu kita dah dapat rasa. Di Rabat Ukhuwah Diribat.Mizyan!

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

1 Comment to "Baru Balik Dari Kelas Vokal AEIOU~"

  1. Anonymous

    goodluck! =)

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft