Anjing!

Zak, aku letak dah gambar 3 jejaka hanget ni..eke||
Foto tiada kaitan dengan hikayat di bawah, harap maklum~



Semalam semasa baru balik dari kuliah bersama Abang Din (Khairuddin), kami ternampak budak-budak nakal dari kalangan jiran tetangga Arab kami bermain-main dengan anjing. Untuk makluman, jiran kami ada membela anjing kecik comel yang berbulu-bulu tu. Mereka berkumpul di seberang pintu pagar kami.

Masa tu dah cuak tapi still cover macho sebab ada awek Arab berjalan baru balik dari sekolah. Saya tak pandang pon awek Arab tu, tapi awek Arab tu sibuk fewit2 saya. Saya berdoa dalam hati agar dikuatkan hati dan terus menjaga pandangan. Botak bukan sebarang botak, penyu pon bukan sebarang penyu de~

Saya memang alergic dengan anjing. Kucing apatah lagi, menakutkan!! Tapi kami terus melangkah. Abang Din cakap takyah tunjuk takut kat budak-budak dan anjing tu, tapi masa tu memang saya dah fikir bukan-bukan. Sebelum sampai beberapa langkah ke pintu pagar rumah kami, saya terdengar nyalakan anjing itu dari belakang. Saya terus pandang ke arah bunyi itu dan melihat anjing itu sedang berlari menuju ke arah kami berdua. Budak-budak nakal tu dah gelak zalim ramai-ramai. Budak-budak ni dah lama tak makan selipar buruk rumah kami agaknya..=w

Saat itu, Allah saja yang tahu betapa gelabahnya Ikram Hakim yang sentiasa cool ni. Ketika tu juga saya membayangkan tindakan yang harus saya lakukan :-

1) Samada saya harus tendang anjing itu gaya masa saya buat gol time lawan Indonesia masa Sukan SEA musim panas tahun lepas dan anjing itu terpelanting kat muka budak-budak nakal itu kembali. Tapi kesian kat anjing tu. Saya masih lagi ada sifat peri-kebinatangan la..
2) Tapi bimbang juga takut nanti semasa saya nak tendang, anjing itu mengelak dan terus menerkam peha saya yang gebu ini. Wah, boleh tahan juga sakit nanti.

Tanpa sempat habis berfikir, Warghh!!! Pandangan saya menjadi gelap tiba-tiba. Saya cuba untuk buka mata, saya telah berada di atas katil dalam bilik saya. Saya capai handset untuk tengok jam, pukul 08:00. Kelas saya hari ni pukul 09:30 pagi. Saya kuatkan diri untuk bangun dan terus tengok dapur takut-takut roomate ada buat sarapan pagi, namun macam tok saya biasa cakap, orang tidur lepas subuh ni rezeki mahal~

p/s: Jangan tidur lepas subuh, nanti selalu mimpi pelik-pelik, sarapan pon tak dapat. Ni kena kejar anjing, tapi saya dah tak makan kat kedai anjing Qamrah tu lagi. Harap mimpi saya yang ni tak jadi kenyataan..daa~



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

6 Comments to "Anjing!"

  1. salam~
    uish..saspen btol cte incik ikram..
    mati2 ingat kena kejar anjing betoi2..huhu
    takut kucing ke? aiyyo....bikin malu je.. =p

  2. wslam wbt, kucing takut saya la=D

  3. owh yeke..
    kucing sape la yg malang itu..hoho

  4. Anonymous

    klu dikejar anjing petuanya snang.
    jgn lari, dan cari sesuatu utk dlempar kpd anjing (eg batu n kayu)
    klu xdok mende nk lmpar, buat2 mcm ada bnda d tgn...

    tp sure la, jgn lmpar btul2

    nyway, klu x silap, org yg mmpi psl anjing ni..mcm ada ptanda je....

  5. mu buat aku takut je jo..petanda mende plok ni?

    malam tu aku gi smayang lalu tepi anjing.sebab tu kot..huhu~

  6. huhu..sama la ikram..mak akak pon selalu bebel..org tido lepas subuh@bgn lewat rezeki mahal..dah byk kali buat eksperimen..nampaknye hipotesis diterima..huhu

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft