Bersama Delegasi PPI Timur Tengah pada Majlis Pembukaan
Beberapa hari yang lalu kami Ahli Majlis Tertinggi (AMT) mewakili Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) menghadiri Konferensi Badan Kerjasama Persatuan Pelajar Indonesia Timur Tengah dan Sekitarnya yang berlansung di INPT, Rabat, Morocco. Turut hadir jemputan luar adalah Persatuan Pelajar Thailand di Morocco (TSAM). Kami dijemput untuk menghadiri majlis pembukaan dan slot pertama yang dibentangkan oleh Pak Duta Indonesia di sini.
Untuk hari lainnya, kami sekali lagi dijemput untuk mewakili PMMM ke majlis penutup konferensi serta majlis makan malam di Kediaman Rasmi Pak Duta Indonesia, Haji Tosari Wijaya, seorang aktivis pemuda Indonesia dulunya dan kini bergelar Duta Besar Republik Indonesia Untuk Kerajaan Maroko. Itulah tulisan dalam Bahasa Indonesianya.
Sekali lagi bergambar kenangan di Majlis Penutup Apa yang menarik, Datuk Duta Malaysia juga turut dijemput sama. Dalam kehangatan hubungan Malaysia-Indonesia di tempatan, kami di perantauan masih mengekalkan hubungan persaudaraan. Dalam sesi soal jawab, perwakilan PPI Turki ada bertanyakan soalan mengenai pendapat pihak kedutaan Malaysia dan Indonesia berkenaan konfrontasi dua negara yang berlaku sekarang.
Namun, atas dasar intelektual dan diplomatik, bagi saya, pihak kedutaan kedua-dua negara dapat menjawab soalan ini dengan bijak. Kata Pak Duta Indonesia, kita harus menyelesaikan masalah ini secara diplomasi, bukan secara emosi. Secara soft power, bukan hard power.
Pak Haji Tosari Wijaya, Duta Besar RI Untuk Kerajaan Maroko
Bacaan doa penutup. Kelihatan Datuk Duta di barisan VIP Beliau membawa contoh, Islam dibawa ke Nusantara melalui perdagangan (soft power), sampai sekarang, Islam masih diamalkan di tempat kita. Manakala di sebelah baratnya, dulu Islam dibawa melalui perang (hard power) dan hingga sekarang, Islam masih mahu diperangi oleh musuh-musuhnya. Perang adalah pilihan terakhir dalam Islam.
Begitu juga dalam isu ini, diplomasi adalah sebagai soft power. Kita mampu menyelesaikan masalah ini secara perbincangan. Baginya, perang antara kedua negara tidak mampu menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul sekarang. Jawapan Datuk Duta Malaysia akan menyusul kemudian.=)
Upacara peralihan Sekjen dari PPI Maroko ke PPI Jordan Barisan Perwakilan BKPPI membacakan resolusi konferensi "Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
0 Comments to "Diplomasi Bukan Emosi"
Post a Comment