Malaysia Oh Tanah Airku

Bahasa Melayu juga semakin terhakis=(

Fuh, banyaknya masalah-masalah yang terjadi kat Malaysia sekarang. Dalam negara banyak, dengan negara luar pon tidak kurangnya. Mungkin arab Morocco setakat ni tak pandai berbahasa Melayu fasih lagi walaupun ada kelas BM kat Casablanca, tak faham nak baca Utusan. Kalau mereka faham, pasti dah takde puji-pujian melambung yang diberikan kepada tanah airku, Malaysia=)

Mat rempit, dadah, rompak, samun, curi besi, rogol, bunuh, bakar orang, bom orang, dera amah, buang anak, arak, GRO, pendatang haram, rasuah, celaru politik, perkauman, isu kemiskinan dan dot dot dot. Adakah ini antara bibit-bibit Malaysia menuju negara maju 2020? Bukan nak kata Malaysia semua teruk. Tak nafi ada juga yang baiknya. Perkembangan ekonomi? Penganjuran Tilawah Al-Quran Antarabangsa? Imam Muda? Akademi Quran? Jemaah haji?

Saya tak pasti statistik tahunan keluaran graduan Malaysia di bidang agama dari negara-negara luar malah dari Malaysia sendiri. Tetapi setahu saya, Malaysia oh Tanah Airku masih belum ketandusan golongan cerdik pandai agama. Walaupun mereka bukan dalam bidang pengajian Islam secara lansung, tetapi sekarang semua sudah mengenali cara hidup Islam. Tetapi sejauh mana kesan tarbiyah itu untuk diaplikasi bagi mengubah keadaan Malaysia sekarang? Berani berubah untuk mengubah!!


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

0 Comments to "Malaysia Oh Tanah Airku"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft