Kali ini saya kongsikan bersama sahabat-sahabat mengenai respon TYT Datuk Othman Samin, Duta Besar Malaysia di Maghribi berkenaan isu Malaysia-Indonesia pada sesi soal jawab di Konferensi Badan Kerjasama Persatuan Pelajar Indonesia (BK-PPI) Timur Tengah dan Sekitarnya pada minggu lalu di Rabat.
- Hubungan Malaysia-Indonesia lebih dari serumpun iaitu hubungan adik-beradik.
- Dalam hubungan adik-beradik, permasalah kecil adalah biasa.
- Menyelesaikan masalah mengikut peraturan dan undang-undang.
- Demonstrasi dan bantahan itu hanyalah gejolak emosi semata-mata dan sengaja dibesar-besarkan oleh pihak media massa.
- Bertindak untuk mengubat, bertindak mengikut keperluan, berhati-hati dan secara bijak.
- Tindakan bantahan tidak mengikut suara majoriti.
- 'Ganyang' Malaysia namun tidak serius kerana masih sayangkan Siti Nurhaliza yang juga dari Malaysia.
Bagi pendapat peribadi saya sendiri, saya merasa jika kedua buah negara ini sedar bahawa mereka adalah dua buah negara Islam yang dihormati dunia, maka masalah ini tidak menjadi rumit. Persaudaraan Islam antara dua buah negara yang majoriti umat Islam yang dipandang dunia haruslah dijaga. Isu ini timbul mungkin kerana semangat nasionalisme yang tinggi."Aku Malaysia!" dan "Aku Indonesia!".
Kami bersama sahabat-sahabat PPI dari Turki dan Tunisia=)
Malaysia dipandang dunia sebagai negara Islam yang sedang membangun dan maju, manakala Indonesia pula dipandang dunia kerana mempraktikkan demokrasi secara meluas selain memiliki umat Islam teramai di tanah airnya. Isunya timbul selepas melihat Malaysia dan Indonesia ini sebagai semangat kenegaraan.
Saya bercakap memang mudah, tapi yang melaksanakan tanggungjawab ini mungkin menghadapai kesulitan, berhadapan dengan jutaan rakyat yang macam ragamnya. Kami mahasiswa hanya mampu untuk menjaga hubungan baik kami antara mahasiswa dua negara ini. Namun, saya masih tertanya-tanya, adakah pihak ulama kedua negara sudah bertemu untuk mencari alternatif dalam menjaga hubungan dua negara Islam ini?~
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
0 Comments to "Malaysia-Indonesia lebih dari serumpun"
Post a Comment