Update sempena ulangtahun blog yang ke3

Rasa nak update blog pulak harini selepas lama memikirkan apa method yang nak buat blog kembali menarik perhatian pembaca. Hehe, pernah ke blog ni menarik? Tapi honestly, saya teruja dengan kebanjiran pembaca di blog sahabat2 saya seperti almizzi dan juga senior saya, lutfi lokman. Mungkin ramai yang berminat kepada method gambar yang lawa dari DSLR mereka selain jalan cerita yang menarik. Ada juga blog yang tidak kering gusi membacanya seperti syahiddmilikku yang kini kembali beraksi selepas berkurun berhibernasi dan berhibermaggie. Dan tidak ketinggalan update ringkas oleh inskripsiabdi kadang2 menyentuh akal yang berfikir.

Baru-baru ini sedikit gempar apabila pemilik blogspot, Hanis Zalikha, 20 tahun menduduki tangga ke6 dalam carian google di Malaysia, mengatasi penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza. Baru 20 tahun tuu..Gempak kan?? Jika tengok blognya, method yang dibawa adalah cerita hariannya dan perkongsian2 berkenaan dengan kehidupan dia seharian sahaja, hebat! apakah rahsianya..?

Sebenarnya, rahsia utamanya adalah satu je. RAJIN UPDATE kan? ehe, kalau tak update, pastu sedih orang tak baca blog dia, apa jadah? pastu buat alasan "blog aku bukan nak suh orang baca.." klise sangat alasan tu dik. lain kali beli je diari kat bandar tu kalau taknak bagi orang baca yea..blog PMMM pon sama, update la banggg~

Time2 sibuk nak exam musim sejuk ni, tetiba semangat nak update blog kan, ehe..sempena ulangtahun ketiga blog ini (2007-2010), maka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya mengupdate blog untuk hari ini selepas sebulan lebih dibiar bersawang:D

10 individu paling dicari dalam Google Malaysia

0. Mohd Ikram Hakim (blogger/pelajar gemilang dan terbilang)
1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)

2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)

Sumber : myMetro


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

1 Comment to "Update sempena ulangtahun blog yang ke3"

  1. ada nama ikram hakim..
    OMG..syok sendiri kah..hakhak

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft