Cuti?

Apa yang nak ditulis ya? Sekarang ni tengah mood cuti lagi. Walaupun hanya seminggu kami di sini bercuti, semua orang dah ada plan masing-masing. Fes, Marrakech, Tangier, UK. Ada jugak yang ulang-alik Kedutaan je 3 hari. Saya? Membina badan kat rumah je la kot..huhu

Kadang-kadang malas nak update blog, sebab lebih tertumpu kepada Facebook(FB) pulak. Network FB lebih luas dan lebih langsung kot. Tak lupa jugak FB ni boleh disimpulkan penyampaiannya; ringkas, padat dan cepat. Tapi, blog masih relevan setakat ini.

Nak blogging pon, kenalah berhati-hati. Nak menulis kena fikir dua tiga kali dulu. Jangan jadi terlajak kata, badan binasa. Simpati jugak kepada yang sudah terlajak. Ramai yang memerhatikan dalam senyap. Bila dah ada modal, pasti diorang akan ambil kesempatan dan peluang ini sebaik-baiknya. Moga dipermudahkan segala urusan.

Setakat ini dulu. Selamat bercuti buat sahabat-sahabat Morocco dan selamat mengundi buat sahabat-sahabat Malaysia.Bai.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Freemasonry Di Malaysia~

Ada apa pada AJL 24?



Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;





piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?





Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.




Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.

youtube (The Arrivals. ap 13)




Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.



di tali gitar




ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?




Apa persamaannya?




Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.



Sekadar penambahan. Terima Kasih.


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

Kredit : JTR


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Isu 'ALLAH' & Bakar Gereja





"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Pengumuman Pemenang Pertandingan


Peserta yang bakal kena ISA :- Tak Da Na Ma

Antara Jawapan-jawapan Menarik :-
  • [Sama] Tema biru jadi pilihan penulis & ayahnya dua2 tahun
  • [Sama] Pakcik masuk ibu jari dalam poket
Jawapan yang menyebabkan waran tangkap ISA dikeluarkan :-

"slm...nk komen tek r...
napok rama je komen...
tp nk komen se je...(aci r deh...)

satu perbezaan...
*ayah ikram mase 2007 bermuke ceria...
((tnda syukor ank dye nk smbung blajor...aman skit duk dumoh..))

*ayah ikram mase tahun 2009 dgn gaye agk maroh...
((tnda xsuke ank dye balik m'sia...*base ngguh, balek plok budok ni..))

mesti hok ni jwpn terbaik...
biar ringkas, asl tepat...mesti ramai setuju dgn jwpn ni...
huhu...sj je gura "musafir" eh...jgn ambik hati dh la..."


*Hadiah boleh dituntut kepada Ketua Unit Hadiah PROSISMA 2010. Sekian, Terima kasih.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Adekku di Hari Pertama Persekolahan=)

Dak kecik ni sekolah dah yea..
Jangan cakap banyak dalam kelas sudaaah
~

Email dari Abah, "Hari ni hari mula buka sekolah, semua dalam keluarga terlibat. Abang Teh masuk tingkatan 4, Kakak tahun 6, Kak Cik tahun 5 dan Adik pra sekolah 5 tahun. Masing-masing bangun awal memulakan hari persekolahan. Abah cuti satu hari untuk penghantaran. Mula-mula jam 7.15 pagi Abah pergi hantar Kakak dan Kak Cik di SKSS2, kemudian hantar Abang Teh dan akhir sekali hantar adik di Tadika Yayasan Islam Kuala Terengganu Jalan Pusara. Mama ikut sekali. Adik ok je, masuk kelas macam dah biasa, senyum-senyum........tunggu berita selanjutnya, wassalam.."



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

2007 & 2009~

Gambar kenangan bersama keluarga tersayang untuk tahun 2007 dan juga 2009. Tunggulah 2011 pulak nanti yea..insyaALLAH~

Sila nyatakan 5 persamaan dan 5 perbezaan untuk dua gambar di bawah. Pemenang akan diadili oleh jurihakim profesional yang bertauliah, semestinya bukan dari JAIS. Hadiah istimewa menanti pemenang-pemenang. Selamat mencuba!


2007

2009


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

2010; Berani Berubah Untuk Merubah


Sekarang kita sudah berada di zaman yang perlukan kepantasan dan kecekapan. Pantas membuat keputusan, pantas bertindak dan pantas segala-galanya. 2010 bukan zaman main-main. Sesiapa yang tidak pantas, maka dia akan ketinggalan.

2010 adalah masa untuk mempratikkan apa yang dipelajari, apa yang diceramahkan dan apa yang terkandung di dalam kitab-kitab dan teks-teks. Kurangkan bercakap, banyakkan tindakan. Ini bukanlah zaman kegelapan beretorik. Hanya pandai bercakap, tetapi mempraktikkannya 'hampeh'..

Jangan suka memandang orang lain, jangan suka menyoal orang lain. Pandang dan soallah diri kita sendiri. Koreksi dan muhasabahlah diri kita sendiri. Berani berubah untuk merubah! Jangan tanya orang lain sudah berubah atau belum. Tapi tanyalah diri kita, sudah berubahkah kita atau belum..~


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft