Politik Baru


Jika anda seorang pemerhati politik yang tidak taksub dan tidak jumud, anda akan dapati bahawa Malaysia kekurangan ahli politik yang bersih dan diiktiraf oleh pihak antarabangsa. Kita ketandusan bakat yang cemerlang dalam seni politik berbanding seni sukan dan seni hiburan.

Seni sukan dan seni hiburan telah diasuh dan digilap dari peringkat awal dengan mempraktikkan peribahasa, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Sekarang di seni hiburan kita dapat lihat bagai cendawan tumbuh lepas hujan, Sekolah Seni, Akademi2 Nyanyian, program2 realiti yang berasaskan hiburan tidak kira peringkat usia. Begitu juga untuk seni sukan adanya Sekolah Sukan, program2 realiti berasaskan sukan (MyTeam KJ dah senyap ke?), kejohanan2 bawah umur dan banyak lagi.

Tidak hairan jika sekarang penghibur tanah air diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa dengan anugerah2 yang diperolehi. Juga kecemerlangan atlet2 negara di Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA mahupun Piala Sizuka AFF.

Namun, bagi seni politik/kepimpinan, kita kekurangan medan2 'melentur buluh' sebegini untuk membina pelapis ahli politik/pemimpin yang bersih, matang, berintelektual dan berintegriti. Bahkan sekatan lebih bertambah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Ya, memang politik itu bukan beerti politik kepartian seperti UMNO atau PAS. Tetapi KEBEBASAN dan KETERBUKAAN PEMIKIRAN itu diperlukan untuk menuju POLITIK BARU tanah air yang MENYOKONG APA YANG BETUL dan MENIDAKKAN APA YANG SALAH tanpa taksub/fanatik pada mana-mana pihak. Sekian.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

0 Comments to "Politik Baru"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft