Mahasiswa Malaysia dan Politik




Artikel : Timbalan Menteri sokong himpunan mahasiswa untuk Malaysia 1.1.11 (Sila klik)

Selepas menonton video dan membaca artikel di atas, perkongsian saya adalah :
  1. Malaysia sentiasa menggalakkan belia remaja/anak muda untuk menceburi bidang-bidang usahawan, sukan, hiburan, perubatan, pendidikan dan banyak lagi untuk menampung keperluan negara serta melahirkan pelapis di bidang-bidang ini untuk masa hadapan.
  2. Namun Malaysia terlupa untuk melahirkan pelapis dalam bidang politik dengan menidakkan penglibatan belia remaja/ anak muda di dalam bidang politik.
  3. Atau dalam bahasa yang mudah, anak muda yang berada di universiti dibebankan dengan AUKU yang melarang mahasiswa berpolitik.
  4. Adakah jika anak muda itu tidak bergelar mahasiswa, mereka bebas berpolitik walaupun mereka itu adalah anak muda?
  5. Atau politik ini adalah diharamkan pada anak muda yang hanya bergelar mahasiswa/ yang berpendidikan sahaja?
  6. Apakah alasan yang kuat untuk Malaysia mengharamkan penglibatan politik kepada anak muda yang berada di universiti?
  7. Adakah Malaysia merasakan anak muda sekarang masih belum matang dan masih belum mampu untuk memimpin dan menceburi bidang kepimpinan nasional?
  8. Sudah tiba masanya untuk anak muda bersedia lebih awal untuk menjadi pelapis sebagai pengganti pemimpin-pemimpin sekarang yang kadang-kadang banyak korupnya, tidak produktif dan mengabaikan pembinaan modul insan negara.
  9. Malaysia pada tahun 2020 nanti akan berharap kepada anak muda yang ada pada tahun 2011 ini. Merekalah yang akan memimpin Malaysia pada masa itu.
  10. Semoga anak muda 2011 akan menjadi pelapis dalam bidang politik dengan pemikiran terbuka, berintelektual, tidak taksub dan tidak fanatik:)
*Artikel ini bukanlah artikel politik yang berpihak pada mana-mana. Sekadar pandangan seorang anak muda yang bergelar mahasiswa. Sila abaikan lambang-lambang politik yang tidak berkaitan dengan isi kandungan. Terimalah buah tangan dari saya sempena tahun baru.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft