Assalamualaikum w.b.t.
Nampak macam bersawang je blog aku ni.Seminggu lebih tidak ter'update'.Nak kata sibuk tidaklah sibuk mana pun..Kuliah pun tak sepenuhnya lagi, program Hari Malaysia pun tidaklah sesibuk orang2 yang sepatutnya sibuk
~buat2 sibuk sekali-sekala..Sekarang ni semua orang bercakap mengenai pilihanraya.Di dalam negara bahkan di perantauan sekalipun.Walaupun terpaksa merentasi benua, namun bahang pilihanraya ni tetap sampai kepada rakyat Malaysia di sini.Bagi diri aku, walaupun jauh, aku tetap bersemangat untuk perjuangan masa depan rakyat Malaysia amnya, dan keluarga aku khasnya.
~darah muda..
Sifat Tawaduk Tuan Guru Ku Kagumi..
Semasa 1999, aku masih di bangku sekolah rendah, baru kenal siapa itu Anwar Ibrahim bermata lebam.Tahun 2004 pula, aku di tingkatan 3 di SMKA Sheikh Abdul Malek, sekadar tahu macam tu jer la..Belum mengerti sepenuhnya apa itu UMNO, PAS, Keadilan, Hukum ISLAM, Kezaliman, Rasuah dan macam2 lagi ragam politik.Di Maahad, barulah aku mengenali dengan lebih dekat apa itu dunia politik, perjuangannya dan kepentingannya untuk agama..
~Alhamdulillah..
Terkilan jugak aku tidak dapat merasai kehangatan pilihanraya ni walaupun belum layak mengundi lagi..Dengan negeri Terengganu menjadi tumpuan utama pada pilihanraya kali ni, pasti keadaan disana cukup menarik.Jika di Maahad (dikenali sebagai kubu kuat melahirkan pembangkang) pasti ada suasana2 yang hangat.Al-Maklumlah kat sana memang sek2 pejuang blake..
~ALLAHUAKBAR!
Bendera Gergasi di Bulatan Batu 6 Esok dah penamaan calon, tapi setakat yang aku tahu, ayah aku belum dicalonkan lagi la..Tak tahulah kalau tiba2 jer Idris Jusoh letak nama ayah aku pulak nanti.huhu..Sekarang aku hanya mampu melihat dari jauh, apakah rakyat Malaysia sudah pandai berfikir, memikir dan terfikir ataupun masih di takuk lama yang hanya sekadar mengikut ibarat lembu yang ditarik tali hidungnya.
~ mintak dijauhkan..-no perfect person-
1847pm
16 Safar 1429h
0 Comments to "Pilihanraya Mood.."
Post a Comment