Assalamualaikum w.b.t.
Semalam sahabat2 aku telah melalui satu pengalaman yang paling mengerikan barangkali.Malam tadi, lebih kurang pukul 12 tengah malam, Rahim, Hamiz dan Zaid Zapin dalam perjalanan pulang ke Teratak Bonda dari Full House.Nak dijadikan cerita.....to be continue...=P
Mereka diserang oleh 'hantu2' Arab bersenjatakan parang dari arah belakang.Salah seorang daripada 'hantu2' tu menarik jaket seorang sahabatku ini.Alhamdulillah sahabatku ini berjaya melepaskan diri walaupun dalam keadaan ketakutan melihat parang telah bersedia untuk membelah kepalanya..Jika tidak, memang menjadi berita muka depan akhbar Morocco dan Malaysia la.Mengalahkan berita pilihanraya nenek tua 89 tahun yang bertanding di Kuala Terengganu..
Yang lainnya cuba menyelamatkan diri dan ada juga yang menjerit untuk menggerunkan 'hantu2' itu.'Hantu2' itu hanya berhasil mendapat jaket tidak berbutang dan wang dalam 10 dirham sahaja.Kemudian 'hantu2' itu pun lari penuh kekecewaan.Fuuh..Alhamdulillah semuanya selamat.
Trauma dan fobia masih ada dalam diri mereka.Bahkan aku pun tidak dapat membayangkan jika aku berada di tempat mereka..Serung aku!Aku pun sekarang bimbang untuk berjalan berseorangan di malam hari.Pengajarannya, jangan keluar lewat malam dan berjaga2lah terutama kepada muslimat2 mahupun muslimin juga.JANGAN PANDANG BELAKANG sudah tidak relevan buat masa ini...hehe..
-no perfect person-
0115am
17 Safar 1429h
0 Comments to "Kisah di Malam Hari.."
Post a Comment