Assalamualaikum w.b.t.
Pelbagai respon yang aku dapat daripada post 'Kisah di Malam Hari..'.Ada yang seram, ada jugak yang suruh berjaga2, ada yang menyokong post itu dan ada juga segelintir yang kurang bersetuju dengan tindakan aku mengepost kisah itu dalam BLOG AKU ini.Terima kasih semua..
Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian, segala bentuk tulisan dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman aku, pemikiran aku dan segala yang berkaitan dengan diri aku.Sekadar cebisan coretan aku untuk dikongsi bersama sahabat2 dan untuk diriku ini membuka kenangan lama pada masa yang belum tentu bila tibanya waktu itu.
Jawapan aku untuk segelintir orang itu;
"
Antara takut dihentam dan keselamatan.."
"
Lebih baik masuk dalam blog dulu daripada masuk dalam akhbar terus.."
"
Takkan nak tunggu ada orang kena bunuh, kena rompak, kena rogol dulu baru nak berjaga2.."
Mintak Jauh Dari Kaum Kerabat Aku..Ameen# Dan begitu jugak untuk post 'Pilihanraya Mood..', ada segolongan yang mungkin tidak bersependapat dengan aku untuk mengambil tahu tentang politik mahupun menunjukkan sokongan kepada mana2 pihak atas alasan masih digelar sebagai seorang Mahasiswa.
Bagi aku, tidak mungkin atas nama seorang Mahasiswa, aku mengambil sikap atas pagar, sekadar melihat, menyokong sesiapa yang memerintah, atau sesiapa yang boleh memenuhi keperluan hidup aku semata-mata.Asas pilihan aku adalah berdasarkan iman, ilmu, keadilan, hak asasi dan bukannya secara membuta tuli. Maka hormatilah pendirian aku ini, biar pun mungkin pendirian kita berbeza.Jadilah Mahasiswa yang berfikir!
Kita bukanlah QADHI untuk mengHUKUM tetapi kita adalah DAIE untuk mengAJAK.Maaf andai terkasar bahasa.Sama2lah kita mengubah keadaan dan akhiran, JANGAN MARAH2 yea..peace!
-no perfect person-
0013am
19 Safar 1429h
0 Comments to "Jangan Marah-Marah Yea.."
Post a Comment