Assalamualaikum w.b.t.
Hari Malaysia di Morocco yang berlangsung di Jamiah Hassan 2 di Mohammedia sudah seminggu berlalu.Letih tapi menarik!Untuk pengetahuan sahabat2, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat arab disini dengan budaya, kesenian, sukan tradisional dan banyak lagi mengenai Malaysia.Selain tu dapat jugak aku mendalami seni budaya Malaysia terutamanya kaitan Melayu dengan Islam
~Malaysia Truly Asia..
Memang seronok apabila bekerja secara berjemaah ni.Semua ahli persatuan turun padang dan dikesempatan inilah jugak kami junior-senior berkenal2an dengan lebih dekat antara satu sama lain.Antara acara yang dijalankan dalam program tu adalah promosi pendidikan di Malaysia, pertunjukan kebudayaan masyarakat Malaysia (nasyid, zapin, dikir, dan silat), pameran2 dan perlawanan persahabatan bola sepak antara mahasiswa Malaysia dan Morocco.(2-6)
~bila Malaysia nak menang ni..
Sesi Fotografi Antara Pemain Malaysia dan Morocco.. Aku secara tidak langsungnya 'ter'menyertai acara dikir barat.Mula2nya kurang berminat.Tapi entah kenapa tiba2, hatiku rasa ingin mencubanya disini.Bila lagi nak cari pengalaman kan?Sebelum ni pon nampak macam best jer sahabat2 berdikir di Malaysia dahulu.Dialog Kelantan tidaklah menjadi masalah yang besar bagi aku kerana aku juga adalah orang pantai timur.Yang penting dikir hari tu memang enjoy dan rasanya dapatlah jugak sedikit sebanyak meng'happy'kan audiens.(Malaysians mahupun Moroccans).
~macam arab2 faham jer apa yang kami dikirkan..
Sek2 dikir barat, malu nak letak gambar orang belakang..=) Hajat dihati mahu aku letakkan video dikir barat disini, namun formatnya tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian.Kalau tak, bolehlah sahabat2 melihat bagaimana gelagat2 kami berdikir selepas hanya 3 malam berlatih.Ada yang terlebih gaya, ada yang terlalu bersemangat dan ada jugak yang berdikir sambil berzapin..
~itulah kenangan..=)
Aku ingat nak post semalam untuk 29 Feb.Biasalah bukan selalu jumpa tarikh 29 Feb ni..Kalau tahun melompat jer dapat jumpa, kalau tak melompat, tak jumpa la kan..Tapi apakan daya, banyak pulak kisah disebalik malam itu.Ku harap keadaan kembali seperti sediakala..#
~peace-no perfect person-
0141am
23 Safar 1429h
0 Comments to "Festival Malaysia di Morocco"
Post a Comment