Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini angin bertiup kencang di kota Rabat.Entah kenapa, mungkin kerana angin semangat dari tanah Al-Quds berkunjung ke bumi Andalusia ini.Semalam, berita mengenai 100 umat ISLAM Palestin terbunuh dek serangan zionis yahudi tersebar diseluruh dunia melalui corong2 media.Siang tadi di jamiah, Persatuan Pelajar Jamiah telah mengadakan demonstrasi intifadha Palestin untuk menunjukkan keprihatinan kepada saudara2 ISLAM disana; berjalan dengan aman tanpa kekecohan walaupun pasukan polis sudah berjaga2 di luar pagar jamiah dari pagi lagi..
~doa senjata kita..Pada hari minggu baru ini, kami 12 orang ikhwan dari pelbagai wilayah (Rabat, Kenitra, Mohammedia, dan tak lupa Tetuan pon ade jugaqq..Sabah mari baa..) telah berkunjung ke Kedutaan Malaysia untuk beriadah bersama.Biasalah, hari minggu macam ni la nak buat program bersama pun.Antara yang kami main disana adalah bola tampar, pingpong dan satu permainan 'zaman kanak2', iaitu lempar selipar atau dalam loghat Terengganu mungkin dikenali sebagai 'plekong slipar'
~teringat zaman kecik2 dulu main ngan sepupu-sepapak..
Sempat bergambar sebelum berangkat pulang setelah kepenatan.. Kembali untuk ceritera hari ni, tadi di jamiah aku terdapat juga Program Derma Darah.Hamiz dan Zaid tanpa segan silu merelakan darahnya didermakan.Aku bukannya tidak mahu menderma darahku bersama2 mereka, namun aku lebih tertarik dengan demonstrasi di sekitar jamiah itu.Tu baru alasan pertama dan alasan keduanya pulak sebab program derma darah tu dibuat di tempat awam.Nanti orang nampakkan, riak pulak nanti, kan2??Ahha, walau apapun alasan yang diberi, sebenarnya aku masih belum diberi keberanian untuk melihat jarum menembusi kulitku ini.Bukan takut yea, cuma kurang berani je..
~seria tengok diorang kena cucuk..Dah lama aku mengidam untuk makan nasi lemak disini.Alhamdulillah, tengok2 tukang masak hari ni menghidangkan nasi lemak ikan bilis untuk juadah makan malam.Gembira jugaklah rasa hati dapat melepas kempunan nasi lemak walaupun sambal ikan bilis itu tersangatlah membuatkan telinga aku berasap.Apa2pon, terima kasih kuucapkan kepada Abang Din, tukang masak merangkap roomate aku serta senior aku yang sentiasa mencari2 dimana terletaknya handset dan cermin mata dia sendiri..
~yes aku berjaya makan pedas hari ni..=)-no perfect person-
2344pm
28 safar 1429h
0 Comments to "Ceritera Seorang Aku.."
Post a Comment