Satu Harapan..



Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini adalah hari penting dalam menentukan masa depan masyarakat Malaysia.Biarpun masih bergelar malam di tanah Andalusia ini, namun hakikatnya matahari telah menerbitkan dirinya di tanah tumpah darahku disana.Petugas2 SPR pasti sudah mula keluar dari rumah masing2 untuk memastikan persiapan pengundian hari ini berjalan dengan lancarnya.~Abahku jua..

Malas hendak memanjangkan bicara, hanya satu harapan agar masyarakat Malaysia sudah dapat memikirkan siapa yang layak memimpin negara untuk masa yang akan datang.Pelbagai cara kempen dipersembahkan kepada umum.Tak lupa juga strategi2 kotor oleh sesetengah pihak untuk memudahkan kemenangannya.Suara2 berpengaruh pun dah mula melaungkan petunjuk walaupun manhaj mereka berbeza2.Dr.Mahathir, DS Anwar Ibrahim, SS Dr.Asri, Ustaz Hasrizal, Ustaz Zaharuddin dan ramai lagi.~Apakah ingin menunggu Imam Mahadi..

Munajat Rakyat Kelantan Semalam..SubhanALLAH..

Terharu rasa hati ini melihat lautan umat yang masih cintakan ISLAM bermunajat dikala insan2 lain sedang diulik mimpi untuk mendoakan kemenangan ISLAM disana.Moga ALLAH sentiasa bersama2 mereka yang memperjuangkan ISLAM ini.InsyaALLAH, ISLAM akan menang~harap sangat2..

Muslimah Tiang Negara..=)

Teringat pula aku ketika sedang berchatting dengan seorang sahabatku tentang muraqabah (peperiksaan) yang akan ku hadapi Khamis depan.Terketuk kepalaku seketika dengan kata2nya itu setelah aku berhasrat menangguhkan pembacaanku setelah kemenangan ISLAM di Malaysia.Lantas balasnya:- "Macamana ISLAM nak menang kalau umat ISLAM masih belum 'menang' lagi..", membuatkan aku terfikir, berfikir dan memikir...~terima kasih..


-no perfect person-
0120am
30 Safar 1429h

0 Comments to "Satu Harapan.."

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft